Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

i-SINAR MEMBERI SINAR HARAPAN BUAT YANG MEMERLUKAN

Imej
Sumber daripada facebook KWSP Umum sudah mengetahui pengumuman yang dibuat oleh KWSP untuk membenarkan pencarum mengeluarkan sejumlah wang sehingga RM10,000 dari Akaun 1 demi kelangsungan hidup semasa situasi Covid ini. Walaubagaimanapun, ini tertaklut pada baki Akaun 1 yang tidak melebihi RM100,000. Tahun 2020 sememangnya tahun yang sangat mencabar buat semua, bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia. Selagi Covid ini masih di sini, selagi itulah kita perlu berhati-hati. Sektor ekonomi negara sudah pasti terjejas teruk terutamanya apabila kebanyakan perusahaan, semakin tersekat susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada Mac 2020. Rata-rata luahan rakyat yang kerungsingan untuk menjana pendapatan semakin meningkat, lebih-lebih lagi buat mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.  Susulan itu, kerajaan mendengar luahan hati rakyat yang terjejas dan meluluskan rayuan untuk mengeluarkan wang simpanan di KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 untuk pencarum yang layak. Ya, p...

RESEPI ROTI JOHN

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Ramai tak yang suka makan roti john? Dulu masa kecil-kecil, roti john ni menu wajib setiap kali pergi ke pasar malam. Dulu rasa unik betul makan roti panjang berinti dan banyak mayonais. Sedap betullah. Banyak pula tu sebab dia dijual sangat panjang. Sesuai di kongsi seisi keluarga. Selain itu, roti john juga sinonim dimakan menjadi juadah berbuka puasa. Maka harini, I bawakan menu nostalgik iaitu roti john. Roti john ni memang di makan comot dan boleh berebut sesama anak-anak. Jom kita tengok resepi dan cara-cara membuat Roti John dirumah: Bahan-bahan Coleslaw: Sedikit Kobis Setengah batang Carrot 1 biji Bawang besar 2 sudu Mayonais (sukatan boleh agak-agak sendiri ye) Cara-cara membuat Coleslaw: 1) Hiris / Sagat nipis kesemua sayur-sayuran. Campur ke dalam satu mangkuk. 2) Masukkan mayonais. Kacau sebati 3) Ketepikan atau boleh letak dipeti ais sekiranya suka sejuk. Bahan-bahan Roti John: 5 ketul Roti Hotdog (Brand gardenia sangat sedap dan lembut) 1 ...

RESEPI MI GORENG KESUKAAN RAMAI

Imej
Hello dan assalamualaikum. Sudah lumrah di Malaysia ini menikmati hidangan Mi Goreng. Boleh di makan semasa sarapan, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam. Mi Goreng memang mudah untuk disediakan, mungkin sebab itu juga ramai yang menghidangkan mi goreng kepada tetamu yang datang mengunjung. Untuk resepi kalini, I nak ajar you guys cara-cara memasak mi goreng yang sedap, cukup rasa, tidak pedas dan menjadi kegilaan anak-anak. Mi kuning yang I gunakan semestinya daripada Gardenia, Mi NuMee. Rasanya lebih enak kerana kenyal, tiada pewarna dan bahan pengawet. Jom kita mulakan! Bahan-bahan: 3 Bawang Merah (dikisar) 3 Ulas bawang putih (dikisar) 1cm halia (dikisar) 6 ekor udang/ sotong/ isi ayam (ikut cita rasa masing-masing) Fishball dan fishcakes secukupnya Daun Kucai dipotong Taugeh setengah mangkuk 1 paket NuMee 1 Mangkuk sawi (boleh guna kobis/carrot) Kicap manis (kipas udang) Sos Tomato Sos Cili Garam dan gula secukup rasa Air Cara-cara: 1. Panaskan minyak, tumiskan b...

RESEPI SPAGETI BOLOGNESE MEMIKAT SELERA ANAK

Imej
Hello dan assalamualaikum. Kebanyakan anak-anak kecil suka makan spageti kan? Ada macam-macam resepi spageti, ada yang dibuat carbonara, aglio olio dan yang paling famous sekali, bolognese. I ada resepi kuah spageti bolognese yang I olah sendiri untuk kesesuaian anak-anak. Sebabnya anak-anak I suka sangat makan spageti bolognese tetapi sering ketepikan sayur-sayur dan daging. Sebab itulah, untuk resepi kalini, I nak ajar buat spageti bolognese yang anak-anak pasti makan licin sebabnya kuah tu pekat kerana bahan-bahan semuanya sudah diblend. Nak blend semua pun boleh, nak blend separuh pun boleh. Secret ingredient untuk hasilkan kuah yang pekat likat ialah mushroom shitake. Jom kita mulakan! Bahan-bahan: Setengah biji bawang holland (terpulang pada size) 1 batang carrot 1 genggam mini tomato 5 ketul cendawan shitake (shitake ni ada aroma dia sendiri, kalau kurang minat, boleh tukar separuh dengan cendawan butang) 1 tin sos pasta ADABI (I sangat minat Adabi kerana rasanya lebih sedap) ...

RESEPI CUCUR SAYUR DAN SOS CICAH

Imej
Hello dan Assalamualaikum, I selalu tak tahu nak masak apa untuk sarapan pagi. Anak-anak ni pun kadang jemu selalu makan cereal, pancake dan nugget untuk breakfast. Kalau menu begini perlu pula masak lain untuk suami I. I pula yang penat terlajak nanti. Mulalah I cuba ingat apa makanan yang Ibu selalu hidangkan pada kami adik beradik. Teringat pula cucur sayur rangup Ibu. Cucur ibu ni memang rangup pada sayurnya. Sedap dan menyenyangkan. Kadang ditambah juga sedikit udang fresh untuk menambahkan protein. Yang lagi mengancam ialah Ibu padankan Cucur Sayur ini dengan Sos Pedas tetapi manis yang Ibu buat sendiri. Jenis-jenis sayur boleh ditukar mengikut selera masing-masing. Antara sayur yang sesuai untuk dibuat cucur ialah carrot, kobis, bawang, taugeh, daun kucai, isi jagung, kentang dan kacang panjang. Anda boleh olah resepi ini mengikut citarasa masing-masing. Selain itu, tepung juga boleh ditukar menggunakan tepung instant seperti cucur adabi. Kalau pakai tepung instant, hanya perlu...

RESEPI DALGONA KAYANGAN

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Tahun 2020 ini, telah viral di Tik Tok cara-cara membuat air nescafe susu yang dinamakan Dalgona. Dalgona dah jadi minuman ruji sepanjang PKP ni. Resepinya sangat mudah dan senang untuk mendapatkan bahan-bahannya. I pun tidak melepaskan peluang untuk merasai Dalgona ini. I sebenarnya tak meminati coffee tetapi sejak dalgona di perkenalkan, I jatuh cinta! Bila dirumah macam-macam style Dalgona I cuba sampailah I buat satu resepi Dalgona yang sangat sedap dah macam minum air di Starbucks pula feelingnya. I panggil ini sebagai Dalgona Kayangan. Peminat coffee pasti meminati resepi Dalgona Kayangan. Bila dah pandai buat sendiri, hari-hari rasa nak buat! Jom I kongsikan resepi Dalgona Kayangan: Bahan-bahan: 2 sudu nescafe instant 2 sudu gula 2 sudu air panas Choc milk (apa-apa brand kegemaran) Fresh milk (apa-apa brand kegemaran) Choc chips cookies (I pakai Black Craving Cookies) Ais Cara-Cara: 1. Masukkan nescafe, gula dan air panas dalam satu cawan 2. Whisk...

RESEPI DAGING DENDENG

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Korang pernah dengar tak daging masak dendeng? hehe bunyi dia kelakar sikit kan. Anak I sebut dinding. I dah ajar banyak kali pun dinding juga yang disebutnya. Dulu-dulu masa I kecil, ibu I selalu masak rendang ayam setiap kali Hari Raya. Sampailah suatu hari tu, Ibu masak daging berwarna hitam gelap dan berkilat. Katanya ni juadah yang dia belajar daripada sahabat dia semasa sahabat dia memenangi pertandingan memasak. Nama juadah ni ialah DENDENG. Pertama kali I makan, memang terus jatuh cinta. Sedap sangat hingga makan pun bertambah-tambah. Sejak dari hari itu, setiap kali raya pastinya Dendeng menjadi juadah utama bersama-sama Nasi Impit. Ibu akan memasak dendeng berkilo-kilo sekali gus untuk diberikan kepada saudara-mara. Bila I dah besar, I belajar masak dendeng ni. Nampak senang tapi sangat meletihkan. Tapi bila orang puji, MasyaAllah betul-betul berbaloi masak di dapur. I juga pernah menjual dendeng. Kebanyakkan customer I akan order dendeng apabila ma...

RESEPI SAMBAL BELACAN KUINI

Imej
Hello dan  Assalamualaikum. Korang biasa tak makan sambal belacan? I memang suka sangat-sangat apatah lagi apabila dicicah dengan ulam-ulaman. Sambal belacan ni dah ada banyak jenis pada zaman sekarang. I paling suka sambal belacan tempoyak dan sambal belacan kuini. Rasa-rasanyanya mungkin sudah masuk musim buah kuini ni berbuah agaknya, kerana pokok kuini di rumah ayah I dah semakin banyak buahnya. Beliau berikan I 4 biji kuini dah dah masak ranum. Bau dia penuh satu rumah dan sangat menyegarkan. I tak pandai nak ratah kuini begitu sahaja, sebab I prefer campurkn dengan sambal belacan. Jom I kongsikan resepi SAMBAL BELACAN KUINI: Bahan-bahan: 1. 1 biji kuini masak 2. 10 tangkai cili padi merah dan hijau 3. 2 tangkai cili merah 4. 2 biji bawang merah 5. 1 inci belacan bakar 6. 2 sudu besar air asam jawa 7. Garam dan gula secukup rasa Cara-cara: 1. Potong cili padi, cili merah, dan bawang secara kasar. 2. Masukkan kesemuanya ke dalam blender. Campurkan air asam jawa dan belacan y...

BEG DAN ALAT TULIS PERCUMA DARI TAWAS UNTUK DARJAH SATU 2021

Imej
Beg Sekolah TAWAS Korang yang ada anak lahir pada tahun 2014 semestinya anak korang akan memasuki ke Tahun 1 pada tahun hadapan kan? Samalah dengan I. Anak sulung I akan memasuki darjah 1 tahun hadapan. Sebak jugalah rasanya cepat betul dia membesar. Masa dia lahir dulu kami ada daftarkan dia Tabung Warisan Anak Selangor "TAWAS".  TAWAS merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. Program ini terbuka kepada anak-anak kelahiran negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak mencecah usia 3 tahun. Apabila permohonan telah diluluskan, ibu bapa boleh mengambil kad SiManja bersama-sama dengan Penyata Simpanan TAWAS bernilai RM1,500. RM1,500 ini boleh dikeluarkan apabila anak sudah mencecah usia 18 tahun. Sekiranya ahli TAWAS meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun, Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM1,500 akan diberikan kepada waris ahli TAWAS. ( Pengenalan TAWAS  )  Untuk pengetahuan ko...

PIXI GLOW TONIC REVIEW

Imej
I ada satu masalah pada muka I, iaitu biji-biji kecil pada bawah mata yang dah bertahun-tahun menapak dan langsung tiada tanda-tanda nak hilang. Google punya google, Barulah I tahu biji-biji kecil ni dinamakan sebagai milia seed. Apa itu Milia Seed? Milia Seed ialah small bumps yang terkumpul hasil daripada pengumpulan lebihan minyak pada kulit. Selalunya terjadi di bahagian bawah mata. Adakalanya ia hilang sendiri, adakalanya tak hilang-hilang. Macam I punya ni tak hilang-hilang bertahun lamanya! Stres betul jadinya. Macam-macam petua I cuba untuk hilangkannya tapi tak menjadi. Lagipun I tiada ilmu dermatologi. Nak jumpa pakar takut pula cas yang mahal. Jadi, I ada dm seorang skin care influencer ni, adik Iman Abdul Rahim dan dia cadangkan untuk memakai produk yang mengandungi Lactic Acids or any kind of AHA dan dia suggest brand The Ordinary. Dia tak explain la pula further kenapa perlu pakai pakai acids ni, so I pun mencarilah jawapan sendiri. Segan pula nak selalu tanya-tanya dia k...

Duo V3: Kerusi Gaming Yang Murah Harga di Bawah RM500! Kerusi Selesa, Harga Berbaloi!

Imej
Our very first Gaming Seat : TTRacing Duo V3 Hello dan Assalamualaikum. Ingat tak masa   11-11   kami ada order kerusi gaming TTRacing Duo V3? Kerusi itu selamat sampai! Alhamdulillah. 😂 Seller sebenarnya ada inform bahawa penghantaran sedikit lambat hingga menjelang bulan Disember baru dapat kerusi disebabkan oleh stok yang terhad. Pada mulanya rasa takut jugalah kena tipu, yelah, lama betul penghantaran hampir sebulan! sedangkan barang bukannya shipping dari luar negara. Kami pun ada mencari-cari kerusi lain di kedai luar juga kalau-kalau nak cancel from seller ni. Tapi Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kerusi ni. Kiranya rezeki pada seller lah kami beli dengan dia dan rezeki kami jugalah sebab dapat beli kerusi ni dengan harga yang murah! So untuk harini, I nak review kerusi gaming baru dari TTRacing. Untuk pengetahuan korang, TTRacing ni merupakan jenama yang mengeluarkan kerusi gaming di Malaysia dengan harga yang berpatutan. Setakat ini, jenama ini sudah mengeluarkan ...

DRAMA KOREA "START-UP" MENAIKKAN NAMA KIM SEON HO

Imej
Hello dan Assalamualaikum, I am pretty sure semua orang tengah panas menonton kdrama Netflix terbaru "Start-Up". Apa yang panasnya dengan drama ini?? Well, selain jalan cerita yang menarik, ada satu lagi kriteria yang membuatkan drama ini menjadi perbualan hangat, iaitu SECOND LEAD SINDROM ataupun lebih sinonim dengan panggilan SLS di Korea Selatan. SLS adalah situasi dimana second lead actor menjadi pilihan kebanyakan penonton berbanding lead actor. Woahh, memang drama kan kalau macam ni! Boleh buat gaduh! haha. Rilek rilek it's just a drama! Poster teaser kdrama baharu "STart-Up" yang dikeluarkan oleh TVN. Sourced from koreaboo.com Start-Up diterajui oleh seorang pelakon wanita yang cukup popular di Korea Selatan iaitu Bae Suzy. Suzy tidak dinafikan mempunyai iras wajah yang cantik dan hasil lakonannya yang mantap. Di dalam drama ini, Suzy yang memainkan peranan sebagai Seo Dal Mi digandingkan dengan Nam Do-san yang dimainkan oleh Nam Joo-Hyuk. Sewaktu episod ...

I HAVE A YOUTUBE ACCOUNT! DAPUR KAKTI is on YT now!!!

Imej
Hai and Assalamualaikum! Guys, I have something to tell you, I have just created a new YOUTUBE ACCOUNT not more than 48 hours ago!! weeheee. I made this account specifically to cater for recipes because I already have a youtube account that I used to post about my kids activities, and I do not want to mix that up with my recipes channel. As for now, I have only uploaded one videos. I will do more shooting insyaAllah soon. I even already have plans for tomorrow's recipe! By the way, bear in mind that I am doing this on my own. I am the videographer, I am the chef, I am the helper, I am the cleaner and I am even the editor! haha everything is on ME!! Well, I do not have a team obviously and I do not have any editing background. I did everything on my phone and the only apps that I used is iMOVIE by Apple. My husband helps by taking care of the kids while I'm busy with shooting and editing. Thank you sayang. Well for the record, I have decided to be more active on these two platf...

RACOON EYES AFTER A TRAUMATIC HEAD INJURY

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Hari ini I bawa my son, Aaron for his check up because as per my previous post, he had a fall. So doctor dah setkan tarikh untuk dia tengok perkembangan terbaru Aaron since dia discharged last week. So far at home memang doktor dah suruh I monitor dia for more than 5 days, and Alhamdulillah he did not show any signs that needed attention. Oh I forgot to mention, I pergi ke AVISENA WOMEN AND CHILDREN HOSPITAL untuk treatment Aaron. Selalunya I pergi ke SJMC di Subang Jaya tetapi memandangkan keadaan Aaron yang sangat teruk masa tu, I terus bawa dia ke Avisena kerana ia lebih dekat dengan my house.  Avisena WC is so gorgeous guyssss! Even the waiting area is spacious and there is a vending machine! Aaron is so excited with the vending machine. Actually, dia memang suka mesin yang boleh masukkan duit. He can be excited with parking ticket machine, and even dryer machine. So I gave him two dollars and he straight away select Yeos' chrysanthemum tea! Good choi...

PENINGNYA PKPB NI? APA YANG BOLEH, APA YANG TIDAK BOLEH??

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Korang pastinya sudah sedia maklum yang kes Covid di negara kita sudah mececah lebih 2000 kes SEHARI dengan sekurang-kurangnya satu kematian SEHARI. Jujur I katakan, ini sangat menyesakkan jiwa, kerana I sudah sangat tepu duduk dirumah, tanpa pergaulan dengan rakan-rakan dan hanya berhubung melalui media sosial sahaja dalam tempoh masa yang panjang. Honestly, I cannot see the end of this anytime soon. Yang paling tidak menyeronokkan ialah pergerakkan yang terbatas kerana Selangor kini berada di zon merah, maka pergerakkan merentas daerah adalah dilarang sama sekali. Gambar diambil daripada instagram Kementerian Kesihatan Malaysia. Nasib baik rumah parents I hanyalah berada 5 minit daripada rumah I, which means dapatlah I kerap ke sana. Namun hati I masih memikirkan keadaan mertua yang berada jauh di Bangi. Rumah kami berlainan daerah, mertua di daerah Hulu Langat dan Kami di daerah petaling. Bagaimana untuk kami pulang ke sana sepanjang PKPB ini?? Mujurlah ka...