ANAS COSMETIC HOLIDAY EDITION SET HONEST REVIEW

 ANAS COSMETIC REVIEW


Hello dan assalamualaikum! 

Baru-baru ni I ada order Anas Cosmetic Holiday Edition. Mesti korang yang kat Malaysia ni rata-rata familiar bila dengar Anas Cosmetic kan. Truth is, I memang selalu dengar tapi I tak pernah beli pun any cosmetics from this brand. Sebabnya I bukanlah jenis yang suka pakai makeup, I cuma pakai sunblock, compact powder, blusher dan lipstick sahaja. Lagipun kalau pakai make up I rasa susah untuk solat nanti, kene cuci betul-betul bersih sebelum solat. Ada make up yang jenis susah betul nak hilang sampai muka I hitam-hitam berbekas kesan daripada mascara. huhu. Tapi kali ni kakak I tiba-tiba katanya dia menjadi dropship untuk Anas Cosmetics dan sekarang ni Anas Cosmetics ada Holiday Edition yang di markdownkan pricenya gila-gila!

I terus bagitau suami I yang I teringin set make up ni. Harga asalnya RM338.50 tapi kini RM99.90 sahaja! Lagipun our anniversary is very soon, I pun mintalah satu set ni untuk hadiah. Sebenarnya Holiday Edition ni ada 4 set yang diberi nama Pangkor, Redang, Tioman dan Langkawi. Cuti-cuti Malaysia gitu konsepnya. Di dalam setiap set ini ada, blusher, concealer, liquid lipstick, eyebrow pencil, mascara, dan eyeshadow palette. Kesemua 4 set ini mempunyai Concealer Code CARAMEL, Blusher code LOVE ROSIE, dan Mascara in Black. Manakala Eyebrow pencil, liquid lipstick dan eyeshadow palette pula berbeza-beza mengikut kotak masing-masing.

LANGKAWI. 
Concealer: Caramel
Blusher: Love Rosie
Mascara: Black
Eyebrow pencil: Charcoal
Liquid lipstick: Jamela
Eyeshadow Palette: Rosegold


PANGKOR
Concealer: Caramel
Blusher: Love Rosie
Mascara: Black
Eyebrow pencil: Charcoal
Liquid lipstick: Chanela
Eyeshadow Palette: Matteness


REDANG
Concealer: Caramel
Blusher: Love Rosie
Mascara: Black
Eyebrow pencil: Espresso
Liquid lipstick: Latifa
Eyeshadow Palette: Starlove


TIOMAN
Concealer: Caramel
Blusher: Love Rosie
Mascara: Black
Eyebrow pencil: Espresso
Liquid lipstick: Fatima
Eyeshadow Palette: Wonderlust


Pening jugalah I nak pilih antara keempat-empat set ini. Bila ditenung lama-lama I rasanya sukakan eye pallete Starlove, jadi I pilih set REDANG. Ok jom ikut i unboxing set redang!



Tu diaaa. Memang LOVE sangatlah. complete set in one box. Semua cosmetics memang baru, masih berbalut plastik. I suka packaging setiap kotak, nampak berkilat-kilat.


I dapat free gift! Make up remover. yey!

Inilah dia the whole set yang I beli. Semua ada, complete dalam satu kotak. Puas hati sangat.

Major Love untuk bottle macam ni. nampak sangat eksklusif!. 

Tapi, warna concealer ni CARAMEL, bagi I ia terlalu gelap untuk kulit I. Bila I pakai, kulit I jadi seolah-olah sunburn pula warnanya. Maybe juga I terpakai banyak. tetapi fret not, sebab concealer sebenarnya its ok untuk pakai warna yang sedikit gelap daripada tona kulit tau. sebabnya nanti barulah segala kecacatan dapat di tutup sempurna. Lagipun nanti kita akan sapu foundation or powder on top of it, so tidaklah berbeza sangat warnanya. I dapat tips ni daripada one of a instafamous masa dia buat session make up live.

Blusher Love Rosie, warna dia cantik sangat, pink! Tetapi tiada berus. kena pakai berus sendirilah nampaknya.


Starlove eye palette. bukan star wars tau haha


I pilih eye palette ini sebab ada campuran warna gelap, cerah dan vibrant in one palette.



Eyebrow pencil. to be honest, ini first time I ada eyebrow pencil. I tak pernah pakai sebabnya kening I jenis lebat, dan I tak cukur, so i rasa pelik untuk I nak pakai pencil ni for shaping when my eyebrow is already out of place haha.


Kedua-dua muka eyebrow pencil. Satu pencil, satu lagi berus.


Liquid Lipstick Latifa. I sukakan warna dia. Tetapi yang paling win ialah texture dia tersangatlah ringan, sedap memakai.


Mascara Ultra Madness. Love teruk yang ni. liquid dia tak bercapuk, bila pakai memang smooth dan bulu mata nampak lebih panjang dan kemas!

I cuba untuk pakai kesemua produk di dalam set Redang ni. I sebenarnya tak pandai make up pun. Dan I tak suka make up tebal-tebal. Light je I sapu kat muka.




Nampak ke beza? Muka I banyak freckles, tapi dapat dihilangkan dengan concealer. So far nampak lah lively sket muka I bila dah make up kan. hehe. I make up biasa-biasa je untuk hilangkan kusam. Korang kalau lagi pandai make up dari I, buatlah tutorial menggunakan set ni. teringin juga I nak belajar. I boleh pakai di rumah lawa-lawa untuk suami I, since dia yang belikan set ni hiks.



Ok, lepas dah make up, I nak cuci, bila I picit make up remover Anas, I tak suka sebab jenis minyak. I prefer micellar water seperti Maybelline dan Garnier punya make up remover. Tetapi I still give it a try. MasyaAllah, senang betul nak hilangkan make up. Especially untuk mascara yang berwarna hitam, make up remover Anas ni memang dapat menghilangkannya. I gunakan make up remover Anas ni pada bahagian kanan muka I. dan sebelah kiri pula I pakai Micellar Water Garnier. Micellar water ni susah nak hilangkan make up Anas. berkali-kali I lap, masih lagi hitam-hitam muka I. 


Korang boleh nampak tak on my right side, nampak clean selepas 2-3 kali sapuan make up remover Anas. Dan on my left side, masih bercapuk hitam selepas 2-3 kali sapuan micellar water Garnier. So I memang sangat suka make up remover Anas, rasa bersih sangat walaupun jenis minyak.

So hasil daripada unboxing harini, my favourites are:

1) Make Up Remover - 10/10 (Very recomended)
2) Mascara - 9/10
3) Blusher - 8/10
4) Liquid Lipstick - 8/10

Yang I paling tak berkenan:

1) Concealer - gelap
2) Blusher, Eye Palette tiada brush. Kena pakai berus sendiri.

Korang boleh beli set make up Anas Holiday Edition dengan dropshippers yang sah.

Oklah, toodles for now,

Love,
ArTIZA S.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA