Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA
Hello dan Assalamualaikum,
Rasa macam dah lama tak update blog ni. Sebenarnya minggu ni I sibuk sedikit, jadinya I kurang masa untuk menghadap laptop lama-lama. Pada hari selasa, rumah my parents black out dari pagi hingga petang, so they all datang ke rumah I untuk tumpang berehat. Tambah pula my dad baru balik dari main golf, dia berpeluh kepanasan. Sampai saja di rumah I terus dia pasang aircond, baring dan tidur. I biarkan saja dia berehat, while my mom and I sibuk melayan anak-anak and my niece. My parents jaga my sister's kids while she went off to work. Diorang at my house until 2.30pm. And then the next day pula, I ada wedding. Yup, wedding on a Wednesday! best! sangat-sangat private dan intimate. I really had fun meeting all of my best friends. My parents tolong I pick up my daughter from school and habis je wedding tu I terus zass ke rumah my parents and lepak there dengan anak-anak.
Then Thursday comes, which is todaylah. I ada appoinment untuk buat breast biopsi di Ramsay Sime Darby Medical Centre Subang Jaya (RSDMC). So harini I nak cerita sikit pasal breast biopsi ni sebab masa I dapat tau I kene buat biopsi, rata-rata I tak jumpa langsung pengalaman orang kat Malaysia ni yang buat biopsi. Banyak pengalaman dari luar negara sahaja. Ataupun, review dari medical sites. So I hope my review here will give some ideas untuk wanita Malaysia yang perlu menjalani biopsi macam I.
1. Q: Macam mana I tahu I ada ketulan di payudara?
A: Ok, sejak I berkahwin pada 8 tahun yang lalu, my husband and I memang dah berpakat untuk buat full medical check up dua tahun sekali. Kami berdua tiada penyakit kronik, cuma kami takutlah kalau ada apa-apa sakit yang kami tak tahu pun kami ada. Medical check up ni bagus sebenarnya sebab dari situlah kami tahu tahap kolestrol, kencing manis, masalah jantung, dan berat badan yang ideal untuk kami. Untuk I, seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, I ambil package full medical checkup berserta BREAST ULTRASOUND dan PAP SMEAR.
Pada awal bulan Mac 2020, I ambil medical check up ini. I punya keputusan pap smear adalah normal, tiada sebarang ketumbuhan or penyakit yang dikenal pasti. Tetapi, Breast Ultrasound pula detect ketulan kecil / a small lump di payudara kiri I. Jujur I cakap, I tak pernah rasa ada benjolan atau sakit di payudara. Dan doktor yang cek dengan tangan pun tak detect any ketulan, but only detected during ultrasound. So korang please do this test. Sebab dalam badan kita tak nampak. Maybe this can save lives kalau detect early.
2. Q: Bahaya ke ketulan tu?
A: I tak tahu, and Doktor pun tak boleh confirmkan sama ada ia bahaya from the ultrasound. So, Doktor ada bagi referral letter untuk I jumpa breast surgeon dalam 3 bulan akan datang and repeat breast ultrasound untuk lihat perkembangan ketulan tersebut. Kata doctor mungkin ketulan tersebut akan hilang dengan sendiri namun doktor tak pasti. So I have to do another test in 3 months time.
Long story short, I delayed the appoinment sebab PKP dah start. So bila PKPP dah mula, I book a slot dengan breast surgeon di RSDMC. Doktor explain pada I kalau ketulan tu berbentuk bulat licin, selalunya ia tidak merbahaya. Tetapi sekiranya ia berbentuk fuzzy, berbengkok-bengkok, kemungkinan besar ianya bahaya. Unfortunately untuk I, bentuk ketulan I tu adalah BOTH! one side licin, while the other side is fuzzy. Dan size ketulan semakin membesar pula, tetapi tidaklah significant pembesarannya.
3. Q: Kenapa perlu buat biopsi?
A: Bila doktor pakar pun tidak dapat nak identify apakah sebenarnya ketulan itu, doktor suggest I buat biopsi untuk keluarkan sample ketulan tersebut. Sample tersebut akan di buat ujian di makmal. Sebelum itu, doktor ada tanya tentang sejarah keluarga I. My sister pernah ada lump juga. Dia sendiri dapat detect ketulan tersebut sebab boleh rasa dengan tangan. Lump tersebut dikeluarkan atas nasihat doktor. Keluarga belah my father ramai yang menghidap kanser. Jadinya, its a red flag sebab boleh juga menjadi kanser secara genetik.
4. Q: Breast biopsi ni apa sebenarnya?
A: Inilah soalan pertama I bila I dengar doktor cakap "You need to do a biopsy, dear". Biopsi ni sebenarnya, doktor akan cucuk jarum pada payudara dan sedut keluar secebis ketulan untuk dijadikan sample untuk ujian makmal. Prosedur ni sekejap sahaja. Tak sampai 15 minit pun. malah, tak perlu masuk dalam wad. Kalau dah doktor suggest biopsi, I teruslah setuju. I pun takut juga sebab tak tahu apakah ketulan ni sebenarnya. I doa banyak-banyak supaya ianya ketulan yang tidak merbahaya. Korang doakan I tau!
5. Q: Apa procedure sebelum biopsi?
A: Ada satu sahaja prosedur yang I perlu lakukan, iaitu datang sehari awal sebelum tarikh prosedur untuk clearkan Insurance. Macam biasa I just bagi sahaja kad PRU BSN TAKAFUL dan hospital terus buat request. Lepas tu I balik rumah dan rehat-rehat sahaja. Simple sahaja. Biopsi bukanlah perlu masuk wad pun tetapi ia masih dianggap "hospitalization". So alhamdulillah, cepat sahaja PRU BSN TAKAFUL I diapprove. Sebelum menjalani biopsi, tak perlu pun berpuasa pun. Korang boleh makan-makan dan datang untuk biopsi.
Biopsi I dijadualkan pada jam 2 petang. Tetapi I disuruh datang pada jam 12 tengahari untuk registration dan untuk pihak hospital buat preparation. Ada masa 2 jam menunggu tu, I pun dating lah kejap dengan my husband di Starbucks di dalam bangunan hospital juga sebab I takut kalau tiba-tiba doktor call suruh buat segera. Alhamdulillah. Dah lama sebenarnya tak dating berdua. Anak-anak I tinggalkan di rumah my parents. Kemudian kami bergilir solat zuhur. Sempat juga I tengok sedikit episod K-drama "Flower of Evil" hehe.
6. Q: Sakit ke Biopsi?
A: Tak sakit. Jujur tak sakit langsung. sekadar nyilu-nyilu sikit ke. Itupun sebab breast akan dibius. Jadi janganlah takut ye. Masa doktor cucuk ubat bius pun tak sakit. Macam kene gigit semut sahaja.
7: Q: Biopsi ni doktor buat macam mana?
A: Ok, lepas I dah tukar baju hospital, nurse suruh I baring, dan buka baju belah breast kiri sahaja (sebab I ada ketulan belah kiri). Then these steps follows:
a) Doktor akan pakai ultrasound, untuk tengok kedudukan sebenar ketulan tersebut. Doktor tandakan lokasi dengan pen marker dan letak kain menutup badan I kecuali my left breast. Position I masa ni baring megiring ke kanan. Tangan kiri I atas kepala.
b) Kemudian, doktor cucuk ubat bius. Tak sakit. Jangan risau. Doktor sangat gentle. Dia berborak sahaja dengan I untuk hilangkan takut I. Syukur dapat doktor baik macam ni.
c) Tanpa tunggu lama, doktor cucuk-cucuk I dengan jarum sambil tanya sakit tak? I cakap tak sakit. Maksudnya ubat bius dah berfungsi. Rupanya doktor masukkan jarum untuk buat pathway supaya dapat sedut ketulan nanti.
d) Doktor ambil alat sedut ketulan. Alat tu besar juga. Jarumnya masyaAllah besar dan panjang. memang I meremang sangat-sangat. Tetapi doktor bagitau I memang tak sakit. dont worry.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamThanks for your experience. Akhirnya jumpa jugak yang latest. Actually saya punya biopsy next week 22/3 di hosp kerajaan. Kenapa doc said tak guna bius ya? Serious saya ngeri. Kenapa doc kata tanpa bius ye �� Takkan nak cucuk hidup2 kat situ ��
BalasPadamIsh tak terbayang kalau biopsi tanpa bius. how are you? dah selesai process biopsi kan?
PadamLepas hilang bius,puan x rs sakit ke..
Padamlepas hilang bius sy tak rasa apa2. tak sakit. mcm biasa sahaja Alhamdulillah
PadamSy kiri kanan ade benjolan.19.5 ni biopsi.x bleh nk tidur takut n ngeri...harap2 Allah bg kekuatan pd sy😔
BalasPadamSaya pun doktor ckp kena buat biopsy. Nak menangis dgr sbb ada ketulan 3.33 cm. Doktor ckp besar. Sy menyusu lepastu haritu bengkak susu. Sekarang makin besar pulak.
BalasPadam