DIY CHALKWALL UNTUK ANAK-ANAK MELUKIS DI DINDING

 DIY CHALKWALL MENGGUNAKAN CAT!


Semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), semakin banyak aktiviti-aktiviti yang tular di media sosial untuk rakyat Malaysia mengisi masa lapang. Ada juga yang berkongsi resepi, bermain tik tok, bercucuk tanam, dan yang paling I gemari ialah projek bina sendiri (DIY). Ada macam-macamlah projek tutorial yang ada di media sosial, dan yang paling I ingat ialah project DIY wainscoting. Ada bermacam pattern dan ada tutorial yang sangat complete dari segi di mana nak dapatkan material, harga material dan code warna cat. Mula-mula tu ada juga terpikir untuk buat feature wall wainscoting, tapi pikir punya pikir, kami tak berani lagi nak buat sendiri. Lagi-lagi ada anak kecil ni semestinya banyak gangguan.

Kemudian, apabila PKP sudah dilonggarkan sedikit, I bawa anak-anak pergi ke rumah atok, sekali yang sulung katanya nak tidur sana sebab rindu atok nenek dan sepupu-sepapat. haha. Oklah, I bagi. Cuma si kecik sahaja yang ikut kami balik ke rumah. Malam tu terasa sunyi pula bila anak sulung di rumah atok, dia memang meriah orangnya. Last-last I pun ehh alang-alang dia takde ni baik I kemas bilik anak-anak. Memang rasa macam nak complete overhaul la. So I pun mulakan lah memunggah segala mainan. MasyaAllah banyak betul mainan. Yang tak main pun banyak! Jadinya, I ambil masa yang sangat lama untuk sorting mainan-mainan untuk simpan, dan banyak mainan untuk bayi sedangkan anak-anak I dah lebih 3 tahun ke atas. 

Pening jugalah kepala ni bila messy sangat. Tapi I tak give up. I kena juga siapkan. bila lagi nak buat kan.

Malam tu memang xdapat nak siapkan semuanya sebab betul-betul banyak barangnya! . I decide untuk rehat dan sambung je esok. Esok pagi tu haa I terus hadap semak samun bilik tu. Sorting punya sorting akhirnya dah tengahari baru siap! Fuhhhh. Bila dah siap tu I perasan ada satu wall yang nampak kosong pula. Teringat pula kat facebook ada yang berkongsi diy chalkwall. Terus bincang dengan suami dan dia pun setuju! Yeayy. dia Ke kedai hardware cari bahan mengecat. Cat pula kami ikut sebijik dengan Code yang dikongsikan. 

Finally setelah hampir 12 jam, siap juga kami mengemas. Penat dia jangan citer. 


Nampak pula wall kosong ni yang penuh dengan contengan anak-anak. Kita buat chalkwall la kat sini!


Sementara suami pergi membeli barang, I sambung menyimpan barang-barang mainan dan melabelkan dalam kotak. Kemudian, I lap dinding yang hendak dicat supaya bersih sebelum kita layerkan dengan cat. Cat asal bilik tu memang dah putih. Jadi tak perlulah kami cat warna primer putih dahulu. Fuhh jimat masa.

Soft toys semua I kumpulkan masuk dalam plastik untuk disedut angin (vacuum). lepastu simpan dalam kotak.

Selepas di vacum packed, ada ruang lagi untuk simpan barang.

Toys yang jenis puzzle I clingwrap supaya tak hilang cebisan puzzle.

Bila dah siap clingwrap semuanya, I masukkan dalam kotak tadi untuk di simpan.

Baby toys pula I kumpulkan dalam satu kotak yang lain. Kalau ada rezeki tambah baby, InsyaAllah boleh keluarkan kotak ni semula.

Bila suami dah balik, kami pun tape tepi-tepi dinding tersebut dengan masking tape dan surat khabar. Then tibalah masanya untuk mengecat. Berdebar betul rasanya. Kami masing-masing ada berus termasuklah si kecik ni. Leka dia menconteng dinding dan kami pula mengecat hasil karya dia haha.


jom mula mengecat! Ni lah warnanya, Hijau gelap.


Rajin si kecik ni join menconteng.hehe


Dalam sejam semuanya siap! Bilik berbau cat. Kami biarkan kipas terpasang supaya lekas kering cat tersebut. Malam tu anak dara I balik, terkejut dia tengok mainan dia berkurang. Lagi bertambah terkejut bila dia nampak dinding hijau gelap. Haha. Dinding ni masih basah. Jadi, kami tak benarkan anak-anak menggunakannya lagi.


Ni dah siap cat, tinggal nak tunggu kering je.

Esoknya I pergi ke kedai buku untuk membeli pemadam dan kapur. Selepas itu, anak-anak terus dapat berkarya. Seronok mereka main cikgu-cikgu. I dan suami pun berkarya la juga. Haha.



Alhamdulillah siap! puas hati, anak-anak pun gembira melukis.

Untuk wall kecik macam kami, satu tong kecil cat pun tak habis. Korang takperlu la beli banyak-banyak kecuali nak cat satu dinding. 

Code paint: Nippon Paint AC 2106A GREAT SEASCAPE

Brand: NIPPON PAINT CC (SATIN GLO)

Berat: 1L


Toodles, for now,

LOVE, 

ArTIZA.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA