MACAM MANA RASA MAMEE MOSTER THIN THIN BAHARU ??

MAMEE MONSTER THIN THIN


Hello dan Assalamualaikum everyone!

Kalau korang pergi kedai runcit atau groceries shopping, ada nampak tak produk terbaru rangkaian mamee monster? Haaa semalam I pergi kedai 7-11, biasalah bawa anak-anak beli jajan. My daughter beli air milo, and my son pula beli kinder joy. I selalu x beli apa-apa pun for myself, lagipun I puasa semalam. Tapi tiba-tiba tadi terpandang pulak shelf kerepek kentang. Ada nampak kelainan sikit. Selalunya brand Mister Potato dan Pringles je tapi semalam ada brand Mamee Monster! Eh eh! Produk baru ni. Nama dia MAMEE MONSTER THIN THIN. Belek-belek ada tiga jenis perisa. I teringin pulak nak beli. Mungkin sebab nafsu lapar semasa berpuasa ni menghantui diri. wakaka. Last-last I beli all 3 flavours. haha ya ampunn lahapnya nafsu. Tapi i takdelah bukak puasa . I nak makan untuk berbuka tau. 

Harga setiap satu jenis kraker ni ialah RM4.90 di kedai 7-11. I am not sure dekat kedai lain or supermarket jual berapa RM.

Kesemua ni adalah kraker kentang. Dan ianya OVEN BAKED. Tapi bila tengok gambar, rupa dia langsung tak sama mcm kerepek kentang Pringles atau Mister Potato. Rupa dia lebih kepada biskut. 

Ketiga-tiga perasa. BBQ, KEJU dan PEDAS


Pada bahagian atas packaging, ada tertulis 31% LESS FAT. I tak tau la less fat compared to what. Maybe sebab tu jugak nama dia THIN THIN, sebab kandungannya kurang lemak. But this is not considered as healthy food tau. Jangan korang buat krakers ni makanan ruji dah la.


Berat bersih setiap package ialah 100g. Ada tertulis di bawah sekali. ringan je. Berbaloi ke tidak ye untuk harga RM4.90?

Flavours yang ada ialah keju (cheese), BBQ dan Pedas. Bila dapat berbuka puasa semalam perghh laju je I bukak kerepek I. haha. Jom ikut I try one by one. Tapi sebelum tu, kita bukak dulu packaging dia.

Bila I bukak memang boleh nampak dengan terang dia ada plastik tray kat dalam tu. Rupanya bukanlah seluruh balang tu berisi krakers, hanya sebahagian besar sahaja. The balance is the plastic tray.

Kebetulan I ada balang Mister Potato chips kat rumah, so I buat comparison dari segi size balang.

Boleh nampak dengan jelas size MAMEE MONSTER THIN THIN ni slightly smaller/rendah than Mister Potato.


Dari pandangan atas juga kelebaran balang Mamee Monster THIN THIN nampak lebih kecil berbanding Mister Potato.


Berat bersih Mister Potato Chips ialah 150g, 50g lebih berat berbanding Mamee Monster THIN THIN  iaitu100g sahaja.

So sekarang kita cuba try rasa dia:

1. Yang pertama skali I cuba ialah perisa CHEESE! 

Masa I buka je kraker tu, terkejut I nampak ada tray plastic. I tarik keluar ohh baru la I perasan kraker ni disusun dlm tray. Mungkin supaya tak senang pecah. Kraker ni kecil je sizenya. Berbentuk segi empat sama. Rasa dia..... ohhh! sedap! Kraker dia berlemak manis, one side of each cracker sahaja ada flavour, bukan both sides. Kalau yang I buka ni flavour cheese lah. Sedap! Betul2 meet my first impression. Rasa cheese dia padu dan berlemak. I perasan the flavour is more enhanced bila korang makan dengan bahagian yang ada flavour tu kene pada lidah. This is the tips to fully enjoy Mamee Monster THIN THIN cracker. Kalau you guys do it the other way, rasa dia kurang kuat tetapi masih lagi sedap dan terasa flavour dia. My kids love this. Diorang makan sekejap je dah half tray. but after that diorang tak nak dah, I guess lemak cheese tu makes them muak kot kalau makan banyak-banyak. 

So, for the cheese flavour, I bagi 8/10 bintang! hehe

Perisa cheese. Boleh perasan Monster Biru pegang cheese kat tangan kanan, dan pegang kraker kat tangan kiri. Kat bahagian luar tu ada tulis "Tray Inside".  Balang cheese ni berwarna kuning.


This is the side with flavour. Korang boleh nampak serbuk2 perasa pada kraker tu. bahagian belakang kraker pula tiada serbuk flavour ni.



2. Ok next kita cuba perisa BBQ

Packaging untuk perisa BBQ sama sahaja dengan perisa Cheese. Bentuk cracker juga sama. Rasa dia pula, sangat sedap! Between BBQ dan Cheese, I lagi suka BBQ. Mungkin sebab I suka rasa lemak masin dan ia ada that smoky smell and flavour. Serbuk perasa juga ada on one side of the cracker. So memang lagi sedap bila makan yang ada flavour kena pada lidah. My son sangat-sangat suka dengan flavour BBQ ni. I makan dlm 3 keping je, then my husband makan about 4 keping, the rest of them, my son yang habiskan! he really enjoys this flavour. Rasa BBQ dia tak terlalu masin, dan tak muak. 

So, for the BBQ flavour, I bagi 9/10 bintang! 

Untuk Perisa BBQ, warna yang digunakan adalah merah jambu. Monster Biru tu pegang skewer BBQ. So jangan tertukar dengan perisa lain tau.



3. Untuk perisa terakhir, PEDAS.

Ni perisa yang paling dinanti-nantikan. I memang suka rasa pedas. Tapi sejauh mana kepedasan dia let's check it out. As usual, packaging, tetap sama dengan flavour cheese dan BBQ. Juga ada tray plastik untuk keselamatan kraker. haha. Perasa juga ada pada sebelah side of the cracker. dan.. rasa dia... juga SEDAP tetapi tidak la pedas yang I expect ! Untuk I, this is what I like in a cracker, ada rasa masin, lemak dan PEDAS. Kepedasan dia boleh rasa kat lidah. Namun dia tak la terlalu pedas berapi. Just nice untuk dikunyah-kunyah for leisure. Untuk perisa pedas ni mungkin x sesuai for kids tapi I tak bagi lagi my kids try them. Kalau korang pernah rasa mamee monster yg perisa pedas, pedas dia kurang sikit daripada tu. Maybe juga kids will love them.

So, for the PEDAS flavour, I bagi 8/10 bintang! Because I prefer lebih pedas.

Yang ini warnanya merah! haha memang sesuai untuk menunjukkan rasa dia pedas. Tengok la monster biru tu pegang cili. 


So this is what I meant that the flavour ada satu side sahaja. Sebelah ada serbuk perasa, sebelah lagi kosong.


Untuk semua jenis, bagi I amount dia sangat sedikit. Lebih kurang separuh balang sahaja. Sebab bila I keluarkan tray, bukannya cracker ada dlm seluruh tray tu. lebih pada plastik je. Bila jadi macam ni automatik harga rasa mahal sebab RM4.90 untuk separuh balang sahaja.

Tapi dari segi rasa memang sedap dan puas hati. Belilah kalau korang nak cuba. Kids will love this. 

Toodles for now, 

Love,
ArTIZA S.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA