PROTON X50, KETERUJAAN BERGANDA

Hello dan assalamualaikum!

Rata-rata rakyat Malaysia yang meminati dunia automotif pastinya tidak sabar untuk menantikan pelancaran kereta nasional berkonsepkan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang kedua tidak lama lagi, X50. SUV mereka yang pertama, X70, mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak pelancarannya pada tahun 2018. Walaupun kedua-dua SUV ini sebenarnya diambil dari jenama Geely di China, kemampuan Proton untuk mengolah sedikit kereta ini menjadikannya sesuai untuk didambakan oleh rakyat Malaysia. Baru-baru ini Proton mengeluarkan gambar rasmi sebagai teaser sempena pelancaran X50. 3 keping gambar yang hanya menunjukkan luaran dan dalamam X50 sudah mampu untuk menaikkan keterujaan rakyat Malaysia yang semestinya tidak sabar menantikan pelancarannya. 

Gambar rasmi yang dikeluarkan oleh Proton di facebook. Secara luaran X50 sememangnya nampak sporty dan elegan. Sizenya sedikit kecil berbanding abangnya X70. Nampaknya Proton menunjukkan teaser bahawa kereta ni bakal mempunyai dwi-warna jika dilihat pada bumbung kereta berwarna hitam dan body kereta berwarna merah. Namun, mungkin juga ini untuk variant high spec. 


Gambar rasmi yang dikeluarkan oleh Proton di facebook. Dalaman X50 sangat cantik dan sporty dengan warnanya yang hitam bercampur merah. Nampaknya ada aircond vent untuk penumpang di belakang. Rekaannya tidak jauh berbeza dengan Geely Binyue dari China. Kereta ini boleh memuatkan 5 orang, sama seperti X70 cuma sizenya sedikit kompak.


Gambar rasmi yang dikeluarkan oleh Proton di facebook. Lagi satu teaser dari Proton menunjukkan X50 yang berwarna kelabu bronze juga dipadankan dengan bumbung hitam. Tak pasti sama ada ini ada untuk setiap variant ataupun tidak. Cantik, Kemas dan Elegen. 

Berbeza dengan abangnya X70 yang merupakan kenderaan Segmen C, X50 dikategorikan di dalam Segment B dimana persaingannya adalah Honda HRV, Toyota CHR, dan Peugeot 2008. Di China, X50 lebih dikenali sebagai Geely Binyue. Harga bagi X50 masih lagi belum diumumkan memandangkan ia belum lagi dilancarkan secara rasmi. Namun kebanyakan sudah dapat mengagak harganya pasti di dalam lingkungan RM70,000 sehingga RM85,000 memandangkan harga X70 dijual serendah RM99,800. Jadi agak logiklah untuk harganya lebih murah berbanding X70.

Secara personal, I ni memang meminati kereta Proton. I memiliki kereta Proton Persona sejak tahun 2010 sehinggalah kini masih lagi setia dengan Proton Persona I. Kualiti daripada Proton bagi I memang terbaik dan bersesuaian dengan harganya. Selepas pelancaran X70 dua tahun yang lalu, I sering ternampak kereta tersebut di jalan raya. Nampak sungguh mewah. Pada I ianya adalah kereta mewah mampu dimiliki kerana harganya tidaklah semahal harga kereta mewah lain. Sizenya juga besar, metal body yang sangat solid, dan design yang sudah diolah oleh Proton membawakan X70 ni sangatlah cantik! Walaupun harganya tidaklah terlalu mahal, tetapi I masih belum mampu memiliki X70. Dan sekarang Proton X50 pula bakal dilancarkan. Proton X50 ni memang mencuri hati I. Lagi-lagi dengan adanya aircond khas untuk penumpang belakang, pastinya anak-anak I lebih selesa. Tak sabar menantikan harga rasminya nanti. Kalau ada rezeki doakan I dapat memiliki kereta ini. Amin.

Update: Media launching telah diadakan khas untuk media-media automotif mendapatkan first look untuk Proton X50. Proton juga telah menawarkan booking fees serendah RM500 pada Hari Malaysia iaitu 16 September 2020.  


Toodles for now,

Love,

ArTIZA S.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA