RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

 RESEPI SOS SHELLOUT

Minggu lepas, adik beradik suami plan untuk makan-makan bersama. Sajalah nak berkumpul masing-masing rindu, apatah lagi mak ayah mertua selalu bertanya bila nak balik ni? ktorang ni selalu balik lain-lain pulak tu. Susah nak dapat berkumpul semua beradik. Alang-alang pulak tu kita sambut la sekali birthday untuk anak tersayang. Pikir punya pikir apa menu best nak masak last-last "haaa! jom shellout!" I pernah sekali buat sendiri shellout dirumah semasa tempoh PKP, tapi rasa dia tak berapa best pula. I pula masa tu tak google pun resepi shellout. I cuma buat sambal ala-ala sambal nasi lemak yang digaul bersama-sama udang dan sotong. Kemudian I buat ayam buttermilk. Combination dia tak berapa ONZ. 

Terliur kan? I tengok gambar ni pun rasa nak buat lagi shellout.


Shellout yang dah terhidang, tapi kita tiup lilin dulu supaya anak-anak gembira.

Pernah juga I order shellout daripada COMOT2. Yang ini memang marvellous. kalau korang nak rasa shellout tersedap, beli la dgn COMOT2. Tetapi harga dia agak mahal la bagi I. Masa I order dulu tu makan-makan untuk 8 orang dah cecah RM220, ini belum ditambah pula dengan delivery RM45. I ada juga beli tambahan sos. Jadinya total harga RM300 lebih. Kalini berkumpul adik beradik suami bersama anak-anak, jadinya ada lebih kurang 13 orang, kalau order daripada Comot2 pastinya akan mencecah RM600! mahal sangatlah pula. 

So I mulalah menggoogle resepi-resepi sos shellout yang sedap. Sampailah I terjumpa resepi Shellout oleh Azlita Masam Manis. Bahan yang digunakan memang sangat byk, dan rata-rata ramai yang komen memang sedap. Jadi I pun mengvolunteer untuk memasak sos shellout. Kakak yang sulung volunteer untuk membeli segala haiwan-haiwan yang terlibat (udang, lala, kerang, sotong dan ketam), dan kakak yang kedua sediakan nasi goreng dan popcorn chicken.

Awal pagi I dah tulis bahan2 yang diperlukan, dan terus my husband and I pergi ke econsave untuk membeli bahan-bahan. Tetapi sebelum I nak buat sos shellout Kak Azlita ni, I betul-betul rasa sos ni perlu dikombinasikan bersama dengan creamy buttermilk sos juga. I pernah rasa sos buttermilk yang sangat sedap, manis, berlemak dan pedas. Sepanjang tempoh PKP dulu, I trial and error beberapa kali, sampailah rasa dia kene pada tekak I. So, harini I nak share sos creamy buttermilk versi Artiza. haha. Nama I dah macam nama kak Azlita pula. Semoga ada rezeki I jadi blogger berjaya macam beliau. 

So you guys dah ready? Jom kte buat step by step Sos Creamy Buttermilk.

SOS CREAMY BUTTERMILK Artiza

Bahan-bahan (10 orang)

1 ketul bawang besar dicincang halus
1 labu bawang putih dicincang halus
5 tangkai cili api merah dihiris halus
1/2 blok buttercup (125g) 
4 sudu besar serbuk kari ayam - digaul dengan sedikit air
3 tangkai daun kari
1 sudu tepung jagung - digaul dengan sedikit air untuk memekatkan kuah
1 tin susu cair 
Garam dan gula untuk perasa

Cara-cara

1. Cairkan butter diatas kuali dengan api sederhana, campur sedikit minyak supaya butter tidak hangit. Butter elok di potong-potong supaya cepat dia mencair.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili api dan daun kari. Tumiskan bersama dengan butter tersebut. Masa ni, bau dia memang semerbak. sedap sangat bau daun kari yang di tumis dgn butter.
3. Masukkan serbuk kari. Tumis seketika.
4. Tuang 1 tin susu cair dan di kacau sehingga mendidih.
5. Tambahkan garam dan gula secukupnya.
6. Untuk kuah yang lebih pekat, campurkan air tepung jagung. I tak masukkan sebab I kacau-kacau sehingga mendidih dan dia memekat sendiri. Terpulang pada anda, nak letak boleh, tak letak pun boleh.
7. Masukkan haiwan-haiwan laut yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata bersama sos buttermilk.

Ini lah dia hasil masakan. Kita hidang atas kertas mahjung untuk dapatkan feel sheellout sebenar. hidangan sos buttermilk I ada kat tengah-tengah makanan ni. I saja apitkan dgn hidangan sos kak Azlita.



Untuk gizi yang seimbang, sayur-sayur jangan dilupakan. I rebus brokoli, carrot dan jagung. memang matching untuk menu shellout ni.


Bergambar dahulu sebelum makan!

Tutup lampu, kita tiup birthday kek!

Selepas makan, memang licin, tinggal kulit sahaja. Nak kemas pun senang, balut sahaja dengan kertas mahjung dan masuk tong sampah. 


Rasa sos buttermilk i memang berlemak tetapi tidak muak sebab ada campuran serbuk kari. Kalau nak lagi pedas, boleh sahaja tambahkan lagi cili api merah. I nervous juga takut tak kene pada tekak orang lain, tetapi semua memuji sedap sos buttermilk ni. Lagi-lagi apabila di makan dengan sos shellout kak Azlita yang I juga masak. Yang paling I suka tengok mak mertua I makan sos buttermilk sehingga menjilat jari. Dia kata "Mama paling suka sos yang ni. SEDAP BETUL LA". Sebelum kami pulang ke rumah petang tu, I bersalam dengan mak mertua, dia terus cakap "sedap kau masak, nanti boleh masakkan lagi" wahhhh hati I berbunga-bunga tau haritu. Alhamdulillah. Korang cubalah combination dua resepi shellout Kak Azlita dan Artiza. Kalau nak masak sedikit boleh bahagikan sukatan bahan ke separuh.

So kat bawah ni I share resepi kak Azlita pula ya. Boleh juga korang search dalam blog beliau untuk resepi ni.

Sumber: Azlita Masam Manis

SOS SHELLOUT

Bahan A ~ di kisar

20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih ( 10 ulas )
1 inc halia
1 inc belacan
1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus

Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Bahan C ~ perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

1) Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
2) Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
3) Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
4) Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
5) Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
6) Kemudian baru masukkan garam 
* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
7) Biarkan kuah merenih sebentar.
8) Angkat dan masukkan dalam periuk lain
9) Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
10) Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
11) Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
12) Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
13) Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain. 



Alhamdulillah selesai. Total cost pun dalam RM300 je. 

Toodles for now,

LOVE,
ArTIZA S.

Ulasan

  1. Saya nak trylah akak punya sos buttermilk tu. Saya selalu makan shell out sbb nak rasa buttermilk tu je, kita tak pandai buat kan terpaksa le HAHHAHAH so sebab dah ada resepi ni tiada lagi alasan utk makan kt kedai.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA