TOYS R US MEMBERSHIP SALE 3-7 SEPT 2020 IN SUMMIT

JUALAN HEBAT TOYS 'R' US di Summit


Hello dan Assalamualaikum!

Hari ni hari Sabtu, my kids ada vaccination di hospital. Jadinya sesudah Subuh I mandikan my daughter untuk terus bersiap,  then my son pula my husband terus je angkut bawak masuk kereta. Tak mandi pun dia sebab mesti dia mengantuk lagi, tapi sudahnya bila dukung dia terus terbangun tak tidur-tidur.

Alang-alang my children ada check up, I pun buat appointment untuk myself jumpa doktor. After the kids settled, I pula pergi klinik jumpa Doc Daphne, breast surgeon. Masa bulan March I dapat tahu I ada small lump, today I just need to do a check up. Procedure I lama sikit sebab ramai patient harini.  Anak-anak pula dah kebosanan, asyik ajak balik saja. Tiba-tiba suami teringat eh ada “TOYS R US sales” di Summit la. So apa lagi they all went to Summit tinggalkan I buat check up kat hospital hahaha. Dekat je Hospital SJMC dengan Summit tu. 

Sambil I tunggu turn my husband update la about the sale. Rupanya ni sale untuk members Toys r Us. Sale s dia mmg berbaloi, ada yang sehingga 80% pengurangan harga! Mainan daripada toys r us semuanya branded belaka. Antara brand yang turut terlibat dalam sales ni ialah Hasbro, Marvel, Lego, Barbie, Mattel, Hotwheels dan banyaklah lagi!  

Waktu dia bermula pada jam 10 Pagi hingga jam 10 malam. Suami dan anak-anak tiba jam 10.15 pagi dan sememangnya sangat lengang!

Banner di ruang tunggu lif di Summit, boleh baca dengan jelas brand-brand yang terlibat dalam sales ni.


Sales ni sudah berlangsung semenjak 3 September 2020 dan akan berakhir pada 7 September 2020. Hanya 5 hari sahaja! Harganya sangatlah berbaloi. My daughter sampai rambang mata nak pilih toys apa nak di beli. Kejap nak pony, kejap nak LOL, while my son, dia rileks sahaja orangnya, dia tak memilih pun toys. Tapi sebelum bayar tu dia akhirnya pilih bola comel RM10. Harga asalnya RM55. Berbaloi la juga! 


Lego kecil ni berharga RM49.90, selepas diskaun harganya RM34.93. Suami beli yang ni. Dia memang suka main lego dengan anak-anak.


Yang ini harganya RM149 sebelum diskaun, tak pasti pula harga selepas diskaun berapa. 


Harga Retail untuk Llama ni RM209, selepas diskaun harganya RM150 sahaja!

My daughter berminat dengan LOL surprise ball ni harga selepas diskaun untuk kedua-dua ball ini RM100.


My Little Pony toys retail harganya RM201, selepas diskaun RM150.



Ball comel yang my son pilih, RM10 after diskaun.


Penat mengejar si kecik ni hehe


Finally, horse pink comel ni menjadi pilihan anak I, harga asal RM65.99, after diskaun RM52.79.


Seronok sakan anak-anak harini. hehe. Kalau korang ada membership Toys'r Us, pergilah ke sales ni. memang berbaloi! cepat jangan lambat, sales berakhir pada Isnin ni. tinggal dua hari saja lagi!!

Ok, Toodles for now,

Love, 
ArTiza S.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA