PENINGNYA PKPB NI? APA YANG BOLEH, APA YANG TIDAK BOLEH??

Hello dan Assalamualaikum,

Korang pastinya sudah sedia maklum yang kes Covid di negara kita sudah mececah lebih 2000 kes SEHARI dengan sekurang-kurangnya satu kematian SEHARI. Jujur I katakan, ini sangat menyesakkan jiwa, kerana I sudah sangat tepu duduk dirumah, tanpa pergaulan dengan rakan-rakan dan hanya berhubung melalui media sosial sahaja dalam tempoh masa yang panjang. Honestly, I cannot see the end of this anytime soon. Yang paling tidak menyeronokkan ialah pergerakkan yang terbatas kerana Selangor kini berada di zon merah, maka pergerakkan merentas daerah adalah dilarang sama sekali.

Gambar diambil daripada instagram Kementerian Kesihatan Malaysia.


Nasib baik rumah parents I hanyalah berada 5 minit daripada rumah I, which means dapatlah I kerap ke sana. Namun hati I masih memikirkan keadaan mertua yang berada jauh di Bangi. Rumah kami berlainan daerah, mertua di daerah Hulu Langat dan Kami di daerah petaling. Bagaimana untuk kami pulang ke sana sepanjang PKPB ini?? Mujurlah kakak-kakak suami duduk di daerah yang sama dengan mertua. Lega jugalah apabila mereka sering melawat setiap minggu untuk membelikan barang-barang keperluan. Tapi tulah, tidak sama dengan kami sendiri melawat, nak juga melihat mereka di depan mata, barulah tenang hati ni. Syukur juga suami sempat memasang CCTV di rumah mertua, dapat jugalah kami melihat mereka dari jauh hanya menggunakan handphone.

Baru-baru ini I dan suami ada ke Aeon Shah Alam untuk membeli groceries. Anak-anak I tinggalkan di rumah parents I sebab kita masih PKPB, pada pandangan I, tempoh ini anak-anak tidak sepatutnya berada di luar rumah seperti mall dan sekolah. Tetapi, apabila kami tiba di Aeon Shah Alam, I sangatlah terkejut kerana terlalu ramai kanak-kanak, bayi dan keluarga yang berjalan-jalan di Aeon. Like, seriouslyy?? Boleh pula mereka melepasi pak guard yang mengambil suhu di pintu masuk. Confuse betul I dengan pelaksanaan PKPB kali ini. Betul-betul longgar! No wonder cases di selangor melonjak naik sehingga seribu sehari!!

Disebabkan ini, I mula mencari-cari maksud sebenar PKPB kerana rata-rata kawan-kawan suami yang travel untuk bekerja dari daerah yang berbeza mengatakan mereka langsung tidak melalui sebarang roadblok! aishh. Pelik. Bukan kah roadblock di war-warkan berada di setiap tol? hurmmm. So di bawah ini I tampilkan hasil kajian I berkaitan PKPB terutamaya untuk penduduk di Selangor:


1) Apakah yang dimaksudkan dengan PKP dan PKPB?

PKP: Perintah Kawalan Pergerakan. Mula diperkenalkan pada 18 Mac 2020. 

Basically, semasa pelaksanaan PKP, semua rakyat Malaysia TIDAK DIBENARKAN keluar daripada rumah KECUALI untuk membeli barang keperluan dan kecemasan. KANAK-KANAK dan WARGA EMAS berusia 60 tahun ke atas tidak DIBENARKAN MEMASUKI mana-mana premis awam.

PKPB: Perintah Kawalan Pergerakan BERSYARAT.

PKPB merupakan PKP versi longgar dimana kelonggaran ini berobjektif untuk membuka sektor ekonomi negara secara terkawal. Maksudnya, rakyat masih diGALAKKAN duduk di rumah namun sudah dibenarkan untuk melakukan aktiviti ekonomi di luar rumah secara BERSYARAT.


2) Apakah syarat-syarat PKPB yang perlu dipatuhi?

a) Untuk sektor ekonomi kembali pulih, kebanyakan pekerjaan seperti kedai makan dan services sektor perlu beroperasi di PREMIS kerja masing-masing. Untuk itu, norma baharu WAJIB dilaksanakan iaitu kewajipan memakai pelitup muka, penjarakkan social, penggunaan hand sanitizer, dan merekodkan kehadiran di mana-mana premis. 

b) Aktiviti sukan dibenarkan beroperasi namun syarat-syarat berikut wajib dipatuhi, tidak melibatkan body contact antara satu sama lain, mengamalkan penjarakkan sosial, tidak melebihi 10 orang dalam satu-satu masa dan tidak ada audience yang dibenarkan hadir. Tapi I pelik tengok masih ramai yang berbasikal beramai-ramai malah mengupload di insta sory seolah-olah PKPB ini tidak lagi penting.

c) Aktiviti keagamaan tidak dibenarkan beroperasi di pusat keagamaan masing-masing. Contohnya Solat Jumaat tidak dibenarkan berlangsung. Namun sepanjang PKPB ini, ramai yang mengambil langkah untuk meneruskan aktiviti solat jemaah di surau namun syaratnya mereka tidak boleh melebihi 7 orang termasuk imam dalam satu-satu masa. Kebanyakkan surau dan masjid sememangnya ditutup untuk orang awam, jadinya yang solat berjemaah itu sebenarnya hanyalah AJK-AJK surau. 

d) Segala aktiviti gathering dan berkumpul adalah tidak dibenarkan sama sekali. So janganlah buat-buat terkejut apabila tidak dijemput ke majlis perkahwinan. Ataupun kecewa tak dapat buat birthday party anak-anak. Nak buat macam mana kan, nanti jadi cluster hari jadi pula sebagaimana cluster perkahwinan di Bangi beberapa bulan yang lalu. Meeting kerja pula disarankan melalui online sahaja. But I still see ramai yang mengendahkan hal ini. Rata-rata di insta story ramai yang berjumpa rakan-rakan, gathering sanak saudara dan yang paling I terkejut ialah pelaksanaan ABPBH 33 untuk golongan artis. I bukan condemn artis tau. I cuma tak nampak keperluan mengadakan anugerah ini dipentas walaupun mereka insist normal baharu dipraktikkan. Entahlah, do they really practice?

e) Sekolah, nursery, tadika dan pusat pengajian tinggi diarahkan tutup. Terlalu banyak kes covid yang menular ketika sekolah dibuka tempoh hari. Kesian sangat-sangat apabila melihat anak-anak kecil terpaksa menjalani ujian swab covid sampai menangis-nangis dibuatnya. Tapi tulah, beban pada ibu bapa bertambah semula, terpaksa wfh sambil mengendalikan anak-anak.

f) Pergerakan merentas daerah tidak dibenarkan sama sekali. Daerah di setiap negeri adalah berbeza-beza. Di Selangor terdapat 9 buah daerah iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Merentas negeri apatah lagii. Tak perlu lah nak confuse bab ini ye. Untuk yang bekerja mereka perlu stanbykan surat kerja daripada majikan untuk proses merentas daerah.



3) Apakah perkara yang membenarkan merentas daerah atau negeri sepanjang PKPB?

Hanya perkara KECEMASAN dan KEMATIAN sahaja dibenarkan dengan kelulusan pihak polis. Namun untuk hal-hal yang lain masih boleh dipertimbangkan oleh pihak berkuasa. Apa contoh hal-hal lain tersebut??

Antaranya ialah untuk suami dan isteri yang PJJ, untuk melawat kebun yang sudah lama ditinggalkan, faktor pekerjaan, menghantar anak-anak pulang ke kampung, dan ahli keluarga sakit tenat. Hal-hal ini boleh diusulkan untuk mendapat pelepasan namum pelepasan tersebut tertakluk kepada budi bicara pihak berkuasa. 

Borang surat pelepasan merentas daerah/negeri boleh didapati di link ini . Borang ini diprint, diisi dan perlu dibawa ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan kelulusan.

https://www.lpkpm.org.my/uploads/BORANG%20KEBENARAN%20RENTAS%20NEGERI.pdf


4) Bolehkah anak-anak dibawa berjalan-jalan?

Tidak digalakkan! Anak-anak dan warga emas perlu kekal berada dirumah kerana mereka adalah berisiko tinggi. 


5) Berapa orang dibenarkan di dalam satu kenderaan?

Hanya 3 orang dibenarkan buat masa ini. Dengan syarat, mereka daripada kediaman yang SAMA. But seriously if 4 people from the same house I rasa it's ok.


6) Saya nak beriadah boleh ke?

BOLEH tetapi tidak secara berkumpulan yang melebihi 10 orang. Jogging sendirian dibenarkan, malah pusat gimnasium sudah boleh beroperasi dengan mematuhi syarat-syarat tertentu.


7) Setiap masa perlu memakai mask ke?

Bukan setiap masa, tetapi setiap kali anda keluar dari rumah anda perlu memakai mask. Terutamanya apabila anda ingin berjumpa orang lain, membeli barang, atas kemana-mana sahaja yang melibatkan orang lain. Sekiranya anda duduk berseorang seperti di dalam kenderaan, boleh la membuka mask. Semasa makan di restoren juga boleh dibuka. Kalau tidak macam mana mau makan. Wajib memakai mask sekiranya anda menggunakan public transport! seperti bas, LRT, KTM, dan grab!

Aktiviti riadah/ sukan tidak perlu memakai mask. Khuatir pengsan akibat kurang oksigen nanti. Namun norma baharu perlu diamalkan.


8) Bagaimana process ke klinik atau hospital untuk rawatan bukan covid?

Untuk pesakit, boleh mendapatkan rawatan di hospital seperti biasa. Namun tiada peneman di benarkan. Untuk kanak-kanak peneman hanya seorang dibenarkan dan wajib menjalani test swab untuk memastikan bebas covid. Sekiranya anda perlu mengambil ubat, boleh hubungi KK tersebut dan mereka akan menguruskan pengeposan ubat anda. Bagi wanita mengandung yang perlu menjalani check up, jangan tangguhkan, terus sahaja ke KK anda, don't worry. Sekiranya ahli keluarga warded di hospital, tiada pelawat dibenarkan datang, hanya boleh menghantar barang di bawah yang kemudiannya akan dipass kepada pesakit oleh staff hospital.


9) Betul ke ada roadblock?

Semasa permulaan PKPB, memang betul ada roadblock. Malah ramai juga yang berjaya disaman semasa cuba untuk merentas daerah dan tidak mengikut saranan kerajaan.

Namun, berdasarkan pemerhatian kami, roadblok sudah tiada di tol-tol dan sempadan daerah. Sebagai contoh, my husband perlu ke puchong untuk bekerja, ternyata langsung tiada roadblok, malah untuk beliau ke site visit di lembah Klang juga, jalan smooth tanpa sebarang roadblok. Ada juga rakan kami ke Bangi, dan ternyata tiada langsung roadblok. My parents pernah pulang ke kampung untuk menguruskan kebun, roadblock ada tetapi mereka tidak ditahan dan dibenarkan pergi. Abang saya pernah ke Kuantan dengan permit kerja namun juga tiada roadblok sepanjang perjalanan beliau. Sebenarnya ada ke tidak roadblock sekarang ni I pun tatau laaa. Tapi please jangan pula kita ambil mudah.


10) Berapa RM saman perlu dihadap sekiranya didapati melanggar SOP PKPB?

RM1000 untuk satu kesalahan! Jadi janganlah nak melanggar dengan sesuka hati. Duduk di rumah diam-diam dan buatlah aktiviti berfaedah di rumah sendiri.


Oklah, sekian.

Heartiza








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA