BEG DAN ALAT TULIS PERCUMA DARI TAWAS UNTUK DARJAH SATU 2021

Beg Sekolah TAWAS

Korang yang ada anak lahir pada tahun 2014 semestinya anak korang akan memasuki ke Tahun 1 pada tahun hadapan kan? Samalah dengan I. Anak sulung I akan memasuki darjah 1 tahun hadapan. Sebak jugalah rasanya cepat betul dia membesar. Masa dia lahir dulu kami ada daftarkan dia Tabung Warisan Anak Selangor "TAWAS". 

TAWAS merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. Program ini terbuka kepada anak-anak kelahiran negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak mencecah usia 3 tahun. Apabila permohonan telah diluluskan, ibu bapa boleh mengambil kad SiManja bersama-sama dengan Penyata Simpanan TAWAS bernilai RM1,500. RM1,500 ini boleh dikeluarkan apabila anak sudah mencecah usia 18 tahun. Sekiranya ahli TAWAS meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun, Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM1,500 akan diberikan kepada waris ahli TAWAS. (Pengenalan TAWAS ) 

Untuk pengetahuan korang, program ini sudah ditamatkan pendaftaran baru pada 31 Januari 2019. Hanya anak-anak Selangor yang lahir pada 2014-2018 sahaja yang sempat berdaftar.

Memandangkan anak sulung kami dah nak masuk ke sekolah rendah, kami ada menerima sms daripada TAWAS menyatakan kelayakan untuk menerima Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) dan perlu hadir ke DUN Kota Anggerik untuk mengambil beg sekolah, alat tulis dan botol air secara PERCUMA! 


Jadi, pada minggu lepas, suami I pergi ke Dun Kota Anggerik untuk mengambil beg sekolah tersebut. Kalau korang nak pergi, DUN Kota Anggerik dibuka pada Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja untuk collect beg sekolah. Alhamdulillah, Beg tersebut sangatlah berkualiti! Saiznya besar, jahitannya kemas dan solid, bahkan boleh memuatkan laptop juga. Di dalamnya, terdapat satu unit bekas alat tulis, alatan menulis, botol air, bekas makanan, buku nota, mask dan sanitizer! Wahh! memang cukup segala peralatan untuk anak-anak masuk ke tahun 1.

Posing dengan hadiah daripada TAWAS


I sebenarnya nervous juga kalau anak I tak minat beg ini kerana dia dah berkali-kali meminta beg Smiggle. Bukannya kami tak nak belikan Smiggle tu tapi risau juga kalau sekolah tak dibuka nanti beg tu tak kemana pun jadinya. Takut membazir. Smiggle pun bukannya murah. Tetapi apabila suami I pulang ke rumah dan menghadiahkan beg sekolah TAWAS, dia tersangatlah suka! Sampaikan dia kata pada I "mommy, tak payahla beg smiggle. Beg ni so prettyyy. I love it!" NO kidding tau. Dia betul-betul cakap macam tu. Esoknya apabila anak jiran datang bermain, heboh dia keluarkan beg TAWAS untuk menunjuk pada kawan-kawannya. 


Saiz beg yang besar sesuai untuk Tahun 1 hingga dewasa.


Pergilah rujuk pada TAWAS untuk pengambilan beg baru ini. Kalau anak-anak tak minat beg ni pun, ibu bapa boleh gunakan untuk membawa laptop dan sebagainya.

Itu sahaja untuk harini. 

Love, 
Heartiza







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA