DRAMA KOREA "START-UP" MENAIKKAN NAMA KIM SEON HO
Hello dan Assalamualaikum,
I am pretty sure semua orang tengah panas menonton kdrama Netflix terbaru "Start-Up". Apa yang panasnya dengan drama ini?? Well, selain jalan cerita yang menarik, ada satu lagi kriteria yang membuatkan drama ini menjadi perbualan hangat, iaitu SECOND LEAD SINDROM ataupun lebih sinonim dengan panggilan SLS di Korea Selatan. SLS adalah situasi dimana second lead actor menjadi pilihan kebanyakan penonton berbanding lead actor. Woahh, memang drama kan kalau macam ni! Boleh buat gaduh! haha. Rilek rilek it's just a drama!
Start-Up diterajui oleh seorang pelakon wanita yang cukup popular di Korea Selatan iaitu Bae Suzy. Suzy tidak dinafikan mempunyai iras wajah yang cantik dan hasil lakonannya yang mantap. Di dalam drama ini, Suzy yang memainkan peranan sebagai Seo Dal Mi digandingkan dengan Nam Do-san yang dimainkan oleh Nam Joo-Hyuk. Sewaktu episod pertama drama ini dimainkan, penonton diperkenalkan dengan seorang remaja yang "Good Boy" bernama Han Ji-Pyeong (dimainkan oleh Kim Seon Ho yang by the way, sangatlah kacak!) yang dibesarkan oleh nenek Dal Mi.
Disinilah perasaan penonton dimainkan! Sebabnya, semasa remaja, Ji-Pyeong dan Dal Mi berbalas surat cinta selama setahun membuatkan Dal Mi betul-betul jatuh cinta padanya. TETAPI, Ji-Pyeong tidak menggunakan nama sebenar, sebaliknya hanya memetik nama "Nam Do San" yang dijumpai dari surat khabar. So, Dal Mi selama ini jatuh cinta kepada Do san hanya berdasarkan surat. Kalau korang tengok cerita tu aishhh, memang korang akan sangkakan Dal Mi dan Ji-Pyeong akan together bila dah besar nanti. Tetapi.........Muncul pula Nam Do San yang sebenar. Ahh sudah. Stress betul jadiknya.
Sourced from koreaboo.com
Dal Mi pula tak tau yang berbalas surat dengannya ialah Ji-Pyeong. Jadi dia dan Do San terus bercinta la ceritanya. Ehhh pening betul. Punyalah kemain direktor tunjuk jalan cerita si Ji Pyeong dari mula drama, tiba-tiba watak Ji Pyeong semakin kurang dalam setiap episod dan watak Do San yang semakin menyerlah. Ehh geram betul. Dalam drama mestilah Ji-Pyeong pun suka pada Dal Mi. Kira ni 2 guys in love with the same girl laa. Pembawakkan watak Ji-Pyeong betul-betul menyejukkan hati I sebab dia sebenarnya very very charming, and a very good boy indeed. So in a way, i am rooting for them to be together. But the latest episod, menunjukkan yang Dal Mi langsung tiada perasaan pada Ji Pyeong dan hanya fikirkan Do San sahaja. ohh welll..... redhaa je laaa.
The four leads in Start-Up. Picture sourced from koreaboo.com
By the way guys, bukan I sorang je yang stress dengan perkembangan watak yang dimainkan oleh Kim Seon Ho ni, rata-rata majoriti peminat kdrama pun bengang. Tapi still, kita tengok jugak drama tu ekeke. Drama ini dijangka sampai ke episod akhir pada minggu hadapan. Tak sabar nak tengok the ending. I am hoping for a happy ending for Han Ji-Pyeong even though he is obviously not the one to be with Dal Mi. Maybe another girl for him.
Korang tau tak, this is a rare case di mana second lead actor lebih popular dan dicari di internet berbanding first lead actor?? I am not kidding tau. Even kalau korang bukak YouTube, memang ramai yang buat video kolaj tentang Kim Seon Ho. I langsung tak berminat nak tau pasal the actual lead actor. Aduhh parah betul la. Kronik betul sindrom SLS ni pada I.
Anyway, pusing punya pusing I pun banyak la cari information pasal Kim Seon Ho ni. Jom ikut I cerita pasal biodata Kim Seon Ho:
Tarikh Lahir: 8 May 1986 (maknanya tahun 2020 ni umur dia 34 tahun)
Pendidikan: Seoul Institute of Arts
Drama: Good Manager, Strongest Deliveryman, Two Cops, You Drive Me Crazy, 100 Days My Prince, Welcome to Waikiki 2, Catch The Ghost, Find Me In Your Memory dan Start Up.
Status: SINGLE (ehemmm to all single ladiess this is a good news)
Lakonan beliau memang melonjak naik dengan drama Start Up berbanding drama-drama sebelumnya. Korang dah tengok belum drama "Start Up"? Ada di Netflix sekaraaaaang. Sila tengok!
That's all for today.
Lots of love,
Heartiza
Ulasan
Catat Ulasan