i-SINAR MEMBERI SINAR HARAPAN BUAT YANG MEMERLUKAN
Umum sudah mengetahui pengumuman yang dibuat oleh KWSP untuk membenarkan pencarum mengeluarkan sejumlah wang sehingga RM10,000 dari Akaun 1 demi kelangsungan hidup semasa situasi Covid ini. Walaubagaimanapun, ini tertaklut pada baki Akaun 1 yang tidak melebihi RM100,000. Tahun 2020 sememangnya tahun yang sangat mencabar buat semua, bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia. Selagi Covid ini masih di sini, selagi itulah kita perlu berhati-hati. Sektor ekonomi negara sudah pasti terjejas teruk terutamanya apabila kebanyakan perusahaan, semakin tersekat susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada Mac 2020. Rata-rata luahan rakyat yang kerungsingan untuk menjana pendapatan semakin meningkat, lebih-lebih lagi buat mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.
Susulan itu, kerajaan mendengar luahan hati rakyat yang terjejas dan meluluskan rayuan untuk mengeluarkan wang simpanan di KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 untuk pencarum yang layak. Ya, pengeluaran ini tidaklah diluluskan untuk semua, tetapi ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi.
Untuk pengetahuan semua, program pengeluaran RM10,000 daripada akaun 1 ini dinamakan i-Sinar bertujuan untuk menjanakan pendapatan sementara buat pencarum yang terjejas. Tujuan utama -i-Sinar ialah untuk membantu ahli yang kehilngan pekerjaan dan pendapatan untuk teruskan kelangsungan hidup ketika tempoh krisis semasa.
i-Sinar terbahagi kepada dua golongan:
1) Kategori 1
2) Kategori 2
KATEGORI 1
Sumber daripada facebook KWSP
Kedua-dua golongan ini mempunyai syarat-syarat kelayakan yang berbeza. Bagi Kategori 1, mereka yang layak adalah termasuk ahli yang sudah lama tidak mencarum, suri rumah, bekerja sendiri, bekerja di sektor ekonomi gig, mereka yang hilang pekerjaan, mereka yang cuti tanpa gaji dan mereka yang hilang sumber pendapatan. Permohanan bagi Kategori 1 ini dibuka bermula 21 Disember 2020 dan dokumen sokongan TIDAK DIPERLUKAN. Antara syarat-syarat untuk KATEGORI 1 ialah:
1) Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya 2 BULAN BERTURUT-TURUT semasa permohanan dibuat; atau
2) Ahli yang telah mengalami PENGURANGAN GAJI POKOK SEBANYAK 30% DAN KE ATAS sejak 1 Mac 2020.
KATEGORI 2
Sumber daripada facebook KWSP
Bagi Kategori 2, mereka yang layak adalah ahli yang mengalami PENGURANGAN PENDAPATAN KESELURUHAN sebanyak 30% DAN KE ATAS (Jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa (OT)) sejak 1 Mac 2020. Permohanan bagi Kategori 2 akan bermula pada 11 Januari 2021 dan dokumen sokongan perlu disertakan. Dokumen sokonagn yang diperlukan ialah:
1) Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan atau notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntukan kerja lebih masa.
2) Jika dokumen berkaitan tidak dapat dikemukakan, dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Permohonan i-Sinar hanya boleh dilakukan secara online melalui laman isinar.kwsp.gov.my .
Sesungguhnya Covid ini merupakan ujian hebat buat semua. Ambillah peluang keemasaan ini sekiranya pendapatan anda terjejas. Pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu baki Akaun 1 anda. Jangan risau, pengeluaran i-Sinar adalah duit anda sendiri, tidak perlu untuk membayar balik jumlah tersebut.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Ulasan
Catat Ulasan