Duo V3: Kerusi Gaming Yang Murah Harga di Bawah RM500! Kerusi Selesa, Harga Berbaloi!

Our very first Gaming Seat : TTRacing Duo V3

Hello dan Assalamualaikum. Ingat tak masa 11-11 kami ada order kerusi gaming TTRacing Duo V3? Kerusi itu selamat sampai! Alhamdulillah. 😂

Seller sebenarnya ada inform bahawa penghantaran sedikit lambat hingga menjelang bulan Disember baru dapat kerusi disebabkan oleh stok yang terhad. Pada mulanya rasa takut jugalah kena tipu, yelah, lama betul penghantaran hampir sebulan! sedangkan barang bukannya shipping dari luar negara. Kami pun ada mencari-cari kerusi lain di kedai luar juga kalau-kalau nak cancel from seller ni. Tapi Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kerusi ni. Kiranya rezeki pada seller lah kami beli dengan dia dan rezeki kami jugalah sebab dapat beli kerusi ni dengan harga yang murah!

So untuk harini, I nak review kerusi gaming baru dari TTRacing. Untuk pengetahuan korang, TTRacing ni merupakan jenama yang mengeluarkan kerusi gaming di Malaysia dengan harga yang berpatutan. Setakat ini, jenama ini sudah mengeluarkan tiga jenis model iaitu Duo V3, Swift X 2020 dan Surge. Harga bagi ketiga-tiga jenis model ini berbeza-beza bersesuaian dengan kualiti masing-masing. Bagi I dan suami yang first time beli kerusi gaming, kami pilih untuk membeli model Duo V3. Jom ikut I review kerusi ni.

Jenama: TTRacing
Model: Duo V3
Warna: Hitam (Pilihan antara Hitam / Merah / Kelabu)
Harga: RM399 ( Promosi RM336 semasa 11.11 sale)

Packaging/Bungkusan: Kerusi ini tiba di dalam kotak yang masih solid, tiada sebarang kerosakan, kemek ataupun tanda-tanda kerusi ini sudah digunakan. Kiranya semua nampak baru dan tiada sebarang unsur penipuan dikenal pasti. Macam beli barang IKEA, setiap bahagian kerusi adalah terpisah, bukannya ia sampai dalam bentuk sebuah kerusi. Jadi, pemasangan sendiri adalah diperlukan. Yang bestnya, setiap bahagian kerusi dibalut dengan plastik dan di dalamnya tersusun kemas dengan polistrin untuk menyerap sebarang hentakan. 

Rating packaging : (5/5 Bintang) ⭐⭐⭐⭐⭐


Komponen & Bahagian: Di dalam kotak ini terdapat 5 buah roda kerusi, 1 unit pemegang roda, 1 unit expander, 2 buah arm rest, 1 unit cushion, 1 unit penyandar, 1 pakej skru pelbagai yang dilabel dengan baik dan 1 helai kertas arahan cara pemasangan. Semua barang cukup dan tiada kekurangan.

Rating Komponen & Bahagian: (5/5 Bintang)⭐⭐⭐⭐⭐


Pemasangan: SANGAT MUDAH! Kertas arahan yang disediakan sememangnya sangat mudah untuk difahami dan diikuti. Ikut sahaja tertib satu persatu insyaAllah takkan salah. Kesemua unit fits in well.  Roda hanya perlu ditekan masuk ke slot masing-masing dengan kuat. Pemasangan expander hanya perlu masukkan ke lorong yang disediakan, Untuk bahagian arm rest perlu sedikit perhatian kerana takut tersalah pasang kiri dan kanan. Pemasangan arm rest lebih mudah jika dilakukan dua orang. Seorang pun boleh kalau kuat untuk tahan arm rest pada cusion dan penyandar. 

Rating pemasangan: (5/5 Bintang)⭐⭐⭐⭐⭐


Material kerusi: Kerusi ini mempunya dua jenis tona surface. Bahagian tepi adalah PU Leather manakala bahagian tengah adalah fabrik. Warna yang kami pilih adalah hitam, maka kesemua permukaannya adalah hitam. Bagi varian merah, yang berbeza adalah bahagian fabriknya berwarna merah. Jadi, ianya dua warna, hitam dan merah.

Rating Material: (5/5 Bintang)⭐⭐⭐⭐⭐


Keselesaan: I bagi 9/10, my husband bagi 10/10. Kenapa berbeza? Sebabnya untuk ketinggian I 157cm, kepala I akan berlaga dengan neck support yang disediakan. Manakala untuk suami I, ketinggian dia 174cm, dia memang sesuai dengan kerusi ni. Everything falls into place for him. Cushion dan penyandar sangat selesa! Ia tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Boleh menyandar hampir 45 degree sekiranya anda dalam mode rehat. 

Rating Keselesaan: (5/5 Bintang)⭐⭐⭐⭐⭐


Kalau korang nak senang faham lagi, boleh tengok video unboxing & install kami bersama si cilik Aaron kat video ni: Youtube Channel : Heartiza


P/S : Jangan lupa Like & Subscribe ye! 

Youtube Channel : Heartiza

Love,


Heartiza 💗



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA