PIXI GLOW TONIC REVIEW
I ada satu masalah pada muka I, iaitu biji-biji kecil pada bawah mata yang dah bertahun-tahun menapak dan langsung tiada tanda-tanda nak hilang. Google punya google, Barulah I tahu biji-biji kecil ni dinamakan sebagai milia seed. Apa itu Milia Seed? Milia Seed ialah small bumps yang terkumpul hasil daripada pengumpulan lebihan minyak pada kulit. Selalunya terjadi di bahagian bawah mata. Adakalanya ia hilang sendiri, adakalanya tak hilang-hilang. Macam I punya ni tak hilang-hilang bertahun lamanya! Stres betul jadinya.
Macam-macam petua I cuba untuk hilangkannya tapi tak menjadi. Lagipun I tiada ilmu dermatologi. Nak jumpa pakar takut pula cas yang mahal. Jadi, I ada dm seorang skin care influencer ni, adik Iman Abdul Rahim dan dia cadangkan untuk memakai produk yang mengandungi Lactic Acids or any kind of AHA dan dia suggest brand The Ordinary. Dia tak explain la pula further kenapa perlu pakai pakai acids ni, so I pun mencarilah jawapan sendiri. Segan pula nak selalu tanya-tanya dia kan.
Lactic Acid adalah sejenis AHA (Alpha Hydroxy Acid). Ia berfungsi untuk eksfoliat permukaan sel kulit mati dan memberi ruang untuk sel kulit baru tumbuh. Dengan itu, kulit akan mencerah, halus dan sihat. Semakin I mencari tentang Lactic Acid, semakin banyak pula I jumpa term Glycolic Acid. Glycolic Acid juga merupakan sejenis AHA dan mempunyai fungsi untuk peel off sel kulit mati. Bezanya dengan Lactic Acid ialah Lactic Acid is more gentle. Kedua-dua asid ini boleh digunakan untuk merawat milia seeds.
Kemudian, I terjumpalah artikel tentang PIXI GLOW TONIC yang mengandungi 5% Glycolic Acid dan kebanyakan pengguna sangat berpuas hati dengan keberkesanannya. Fikir punya fikir, I decided to go for it. Antara sebab kenapa I nak cuba PIXI Glow Tonic ni ialah:
1) Kulit muka I kusam, tak ceria. Mungkin faktor usia, sunscreen dan selalu berpanas di dapur.
2) Milia seed bawah mata yang dah bertahun-tahun tanak pergi.
3) I tak pernah pakai any acid exfoliators pada kulit dan I mula la takut kalau sel kulit I tanak replenish sebab usia makin meningkat ni. So I perlukan external exfoliator.
I muat turun aplikasi Sephora untuk order PIXI Glow Tonic tetapi kos penghantaran sahaja dah mencecah RM25. Uishh mahal. Untung jugalah rumah I dekat dengan Aeon, di sana ada Sephora. Kali pertama I pergi Sephora, PIXI Glow Tonic dah habis stok! Kata mereka ianya Best Selling Item jadi kalau restock sahaja mesti habis. Kali kedua I pergi barulah ada stok. Terus I grab botol kecil satu.
PIXI Glow Tonic dijual di dalam dua size yang berbeza iaitu 100ml (RM75) dan 250ml (RM145). Since I am a first timer, I pilih botol kecil dulu. Mana tau tak sesuai dengan kulit. So far I dah pakai selama 3 minggu dan ini review I:
Nama Produk: PIXI GLOW TONIC
Jenis Produk: Eksfoliator
Harga: RM75 (100ml) dan RM145 (250ml)
Kedai: SEPHORA (normal drugstore tiada brand PIXI)
Tuntutan
Mengandungi 5% Glycolic Acid sebagai bahan eksfoliator
Berfungsi sebagai eksfoliator, mencerah dan menghaluskan kulit
Mengandungi Aloe Vera, Ginseng dan ektrak botanika untuk merawat kulit
1) Bersihkan muka dengan pencuci muka pilihan.
2) Sapukan PIXI Glow Tonic dengan menggunakan cotton pad. I tuang sahaja pada tangan dan sapu tanpa cotton pad kerana I rasa membazir tonic ni akan lebih menyerap pada cotton pad berbanding disapu pada muka.
3) Sambung dengan hydrator, serum dan moisturizer anda.
4) Wajib memakai sunscreen SPF kerana AHA akan menyebabkan kulit lebih sensitif terhadap cahaya dan akan menjadikan kulit gelap terutamanya jika kulit tidak biasa dengan produk AHA. Adalah dinasihatkan supaya elakkan cahaya matahari dan menggunakan topi atau payung sekiranya perlu.
No offense sis..tp cara pemakaian sis tu salah. Utk mana2 toner yg acts as an exfoliator, memang kena guna cotton pads. Sbb tu arahan dia mcm tu. Kalau x guna cotton pads, lambat skit la utk kulit exfoliate. Kalau toner yg bsifat menyegarkan baru xyah guna cotton pads. Boleh try google ye @ tgoo youtube pasal jenis2 toner. Sekadar bkongsi
BalasPadam