RESEPI DAGING DENDENG
Korang pernah dengar tak daging masak dendeng? hehe bunyi dia kelakar sikit kan. Anak I sebut dinding. I dah ajar banyak kali pun dinding juga yang disebutnya. Dulu-dulu masa I kecil, ibu I selalu masak rendang ayam setiap kali Hari Raya. Sampailah suatu hari tu, Ibu masak daging berwarna hitam gelap dan berkilat. Katanya ni juadah yang dia belajar daripada sahabat dia semasa sahabat dia memenangi pertandingan memasak. Nama juadah ni ialah DENDENG. Pertama kali I makan, memang terus jatuh cinta. Sedap sangat hingga makan pun bertambah-tambah. Sejak dari hari itu, setiap kali raya pastinya Dendeng menjadi juadah utama bersama-sama Nasi Impit.
Ibu akan memasak dendeng berkilo-kilo sekali gus untuk diberikan kepada saudara-mara. Bila I dah besar, I belajar masak dendeng ni. Nampak senang tapi sangat meletihkan. Tapi bila orang puji, MasyaAllah betul-betul berbaloi masak di dapur. I juga pernah menjual dendeng. Kebanyakkan customer I akan order dendeng apabila masuk bulan Ramadhan kerana Dendeng sangat mudah untuk dimakan semasa sahur. Hanya panaskan dan cicah dengan roti. Mudah dan mengenyangkan. Penghujung Ramadhan pula ramai yang akan minta I masakkan untuk dijadikan juadah Hari Raya. I akan masak awal dan jual kepada mereka yang telah difrozenkan dan mereka sendiri akan panaskan dipagi hariraya. Jom I kongsikan RESEPI DENDENG:
Ulasan
Catat Ulasan