RESEPI MI GORENG KESUKAAN RAMAI




Hello dan assalamualaikum.

Sudah lumrah di Malaysia ini menikmati hidangan Mi Goreng. Boleh di makan semasa sarapan, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam. Mi Goreng memang mudah untuk disediakan, mungkin sebab itu juga ramai yang menghidangkan mi goreng kepada tetamu yang datang mengunjung.

Untuk resepi kalini, I nak ajar you guys cara-cara memasak mi goreng yang sedap, cukup rasa, tidak pedas dan menjadi kegilaan anak-anak. Mi kuning yang I gunakan semestinya daripada Gardenia, Mi NuMee. Rasanya lebih enak kerana kenyal, tiada pewarna dan bahan pengawet. Jom kita mulakan!


Bahan-bahan: 3 Bawang Merah (dikisar) 3 Ulas bawang putih (dikisar) 1cm halia (dikisar) 6 ekor udang/ sotong/ isi ayam (ikut cita rasa masing-masing) Fishball dan fishcakes secukupnya Daun Kucai dipotong Taugeh setengah mangkuk 1 paket NuMee 1 Mangkuk sawi (boleh guna kobis/carrot) Kicap manis (kipas udang) Sos Tomato Sos Cili Garam dan gula secukup rasa Air Cara-cara: 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan halia kisar sehingga naik bau. 2. Masukkan sos perasa (1 senduk kicap, 1 senduk sos tomato dan 1 senduk sos cili) 3. Masukkan udang dan fishball/fishcakes. Kacau sehingga masak. 4. Masukkan batang sawi. 5. Tuangkan mi kuning yang sudah di basuh dan dibilas. 6. Kacau rata. kalau kering, tambahkan satu cawan air. 7. Masukkan sawi. 8. Masukkan daun kucai dan taugeh. 9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 10. Siap! boleh dihias dengan telur dadar, cili potong dan bawang goreng. Menu yang sesuai untuk breakfast dan untuk hidangan para tetamu! Selamat menjamu selera!

Kalau nak lihat cara memasaknya dengan lebih lanjut, boleh ke YouTube Dapur KakTi: RESEPI MI GORENG SEDAP

Jangan lupa SubScribe Dapur KakTi!

Selamat Mencuba!

Toodles!

Heartiza

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA