RESEPI ROTI JOHN
Hello dan Assalamualaikum,
Ramai tak yang suka makan roti john? Dulu masa kecil-kecil, roti john ni menu wajib setiap kali pergi ke pasar malam. Dulu rasa unik betul makan roti panjang berinti dan banyak mayonais. Sedap betullah. Banyak pula tu sebab dia dijual sangat panjang. Sesuai di kongsi seisi keluarga. Selain itu, roti john juga sinonim dimakan menjadi juadah berbuka puasa. Maka harini, I bawakan menu nostalgik iaitu roti john. Roti john ni memang di makan comot dan boleh berebut sesama anak-anak. Jom kita tengok resepi dan cara-cara membuat Roti John dirumah:
Bahan-bahan Coleslaw:
Sedikit Kobis
Setengah batang Carrot
1 biji Bawang besar
2 sudu Mayonais
(sukatan boleh agak-agak sendiri ye)
Cara-cara membuat Coleslaw:
1) Hiris / Sagat nipis kesemua sayur-sayuran. Campur ke dalam satu mangkuk.
2) Masukkan mayonais. Kacau sebati
3) Ketepikan atau boleh letak dipeti ais sekiranya suka sejuk.
Bahan-bahan Roti John:
5 ketul Roti Hotdog (Brand gardenia sangat sedap dan lembut)
1 mangkuk isi ayam yang sudah dicincang
1 sudu serbuk kari
1 sudu lada sulah
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar
3 biji telur
Sedikit daun sup
1 keping cheddar cheese
Sos Cili
Cara-cara membuat Roti John:
1) Gaulkan dan perap seketika isi ayam bersama serbuk kari, lada sulah, dan garam. Ketepikan.
2) 1 biji bawang dan 3 biji telur di blend sehingga berbuih.
3) Masukkan campuran telur ke dalam satu mangkuk, tuangkan sedikit daun sup dan cheese cheddar yang dicarik2. Ketepikan.
4) Isi ayam yang sudah diperap digoreng di atas minyak yang panas. Minyak sedikit sahaja. Tak perlu banyak.
5) Apabila ayam sudah masak, angkat ayam tersebut dan masukkan ke dalam campuran telur tadi. Kacau rata.
6) Menggunakan pan yang sama, panaskan sedikit minyak, tuangkan separuh bancuhan telur dan ayam tadi.
7) Ambil roti, belah di tengahnya dan telangkupkan pada permukaan telur dan ayam di dalam pan tadi supaya telur melekat elok pada roti.
8) Balikkan roti supaya bahagian atas roti juga garing.
9) Angkat roti dan letak di atas pinggan.
10) Ambil coleslaw tadi dan sapukan pada atas telur.
11) Tuangkan sos cili secukupnya. Tutup roti tersebut.
12) Repeat sehingga habis roti dan bancuhan telur dan ayam.
Sedia untuk dihidang! Memang sedap, cubalah!
Jangan lupa subscribe channel Dapur KakTi.
Selamat Mencuba!
Toodles!
Heartiza
Ulasan
Catat Ulasan