RESEPI SAMBAL BELACAN KUINI

Hello dan Assalamualaikum.

Korang biasa tak makan sambal belacan? I memang suka sangat-sangat apatah lagi apabila dicicah dengan ulam-ulaman. Sambal belacan ni dah ada banyak jenis pada zaman sekarang. I paling suka sambal belacan tempoyak dan sambal belacan kuini. Rasa-rasanyanya mungkin sudah masuk musim buah kuini ni berbuah agaknya, kerana pokok kuini di rumah ayah I dah semakin banyak buahnya. Beliau berikan I 4 biji kuini dah dah masak ranum. Bau dia penuh satu rumah dan sangat menyegarkan. I tak pandai nak ratah kuini begitu sahaja, sebab I prefer campurkn dengan sambal belacan. Jom I kongsikan resepi SAMBAL BELACAN KUINI:

Bahan-bahan: 1. 1 biji kuini masak 2. 10 tangkai cili padi merah dan hijau 3. 2 tangkai cili merah 4. 2 biji bawang merah 5. 1 inci belacan bakar 6. 2 sudu besar air asam jawa 7. Garam dan gula secukup rasa Cara-cara: 1. Potong cili padi, cili merah, dan bawang secara kasar. 2. Masukkan kesemuanya ke dalam blender. Campurkan air asam jawa dan belacan yang telah di bakar. 3. Perasakan dengan garam dan gula. 4. Blend sehingga lumat. 5. Cincang isi buah kuini. 6. Tumbuk sambal belacan dan kuini di dalam lesung batu. 7. Perasakan dengan garam dan gula sekiranya perlu. Sudah siap! boleh perahkan dengan air air limau nipis untuk rasa yang lagi kick!




Kalau nak lebih detail, boleh ke YouTube Dapur KakTi : Resepi Sambal Belacan Kuini
Selamat mencuba. Jangan lupa klik like dan subscribes!

Toodles!,

Heartiza

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA