RESEPI SPAGETI BOLOGNESE MEMIKAT SELERA ANAK


Hello dan assalamualaikum.

Kebanyakan anak-anak kecil suka makan spageti kan? Ada macam-macam resepi spageti, ada yang dibuat carbonara, aglio olio dan yang paling famous sekali, bolognese. I ada resepi kuah spageti bolognese yang I olah sendiri untuk kesesuaian anak-anak. Sebabnya anak-anak I suka sangat makan spageti bolognese tetapi sering ketepikan sayur-sayur dan daging. Sebab itulah, untuk resepi kalini, I nak ajar buat spageti bolognese yang anak-anak pasti makan licin sebabnya kuah tu pekat kerana bahan-bahan semuanya sudah diblend. Nak blend semua pun boleh, nak blend separuh pun boleh. Secret ingredient untuk hasilkan kuah yang pekat likat ialah mushroom shitake. Jom kita mulakan!



Bahan-bahan: Setengah biji bawang holland (terpulang pada size) 1 batang carrot 1 genggam mini tomato 5 ketul cendawan shitake (shitake ni ada aroma dia sendiri, kalau kurang minat, boleh tukar separuh dengan cendawan butang) 1 tin sos pasta ADABI (I sangat minat Adabi kerana rasanya lebih sedap) 200g minced beef Garam dan lada hitam untuk perasa Cara-cara: 1. CIncang semua carrot, bawang, cendawan dan tomato. 2. Panaskan minyak dan tumiskan semua sayur-sayur yang dicincang. 3. Masukkan daging dan digoreng bersama sayur2 sehingga masak dan lembut. Tambahkan 1 cawan air. Biarkan mendidih. 4. Keluarkan separuh dan blend halus. kemudian masukkan kembali ke dalam periuk. (slow kan api) 5. Masukkan sos pasta adabi dan setengah tin air. 6. Kacau sebati. 7. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Cara-cara merebus spageti: Panaskan air, masukkan minyak dan sedikit garam. Rebus spageti sehingga masak dan lembut.






Sedia untuk dihidang! boleh tabur cheese di atasnya. Anak-anak sukakan cheese cheddar. Boleh juga ditabur parmesan atau mozarella ikut kesukaan anda.

Kalau mahukan lebih penjelasan lanjut tentang cara-cara membuat sos bolognese, boleh lihat do YouTube channel Dapur KakTi: RESEPI SPAGETI BOLOGNESE

Selamat mencuba!

Toodles,
Heartiza

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA