CARA-CARA MELABUR DI UNIT TRUST/UNIT AMANAH


Hello dan Assalamualaikum,

Untuk yang sudah biasa menyimpan wang, pastinya anda sering mengetepikan sejumlah wang sebagai simpanan sebelum membelanjakan yang lain. Namun, tidak semua orang dikurniakan wang lebihan untuk dijadikan simpanan, rata-rata ramai yang perlu membayar pelbagai hutang bulanan, termasuk menyara anak dan isteri sehinggakan wang untuk disimpan tidak ada. Mujurlah di Malaysia, KWSP diperkenalkan untuk membantu rakyat menyimpan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencecah usia persaraan. 

Dua entry yang lepas I dah explain mengenai Unit Trust, mesti korang yang baca sudah faham serba sedikit mengenai Unit Trust ni yang juga merupakan platform untuk menyimpan wang melalui PELABURAN.  Hari ini, I nak ajar mengenai cara-cara untuk membuat pelaburan Unit Trust.

Tahukah anda, Unit Trust mempunyai dua cara untuk membuat pelaburan? Cara yang pertama ialah:

1) SECARA WANG TUNAI

Kaedah ini sesuai buat mereka yang mempunya lebihan wang di tangan. Caranya mudah sahaja, seperti anda memasukkan duit bulanan ke dalam bank, begitulah juga dengan pelaburan Unit Trust. Anda boleh memilih untuk direct debit secara terus setiap bulan agar pelaburan anda konsisten ataupun membayar cash secara bulanan.

Daripada korang asingkan duit simpanan untuk disimpan bawah bantal, lebih baik laburkan ke dalam Unit Trust. Duit berganda, pelaburan bermakna.


Untuk cara yang kedua pula ialah:


2) PENGELUARAN SEBAHAGIAN DARIPADA AKAUN 1 KWSP

Kaedah ini adalah yang paling mudah kerana anda tidak perlu melihat duit di tangan anda keluar masuk ke dalam dana Unit Trust. Ini sekaligus tidak mengganggu urusan kewangan seharian anda kerana duit yang terlibat datangnya daripada Akaun 1 KWSP. Tahukah Anda Akaun 1 KWSP di benarkan membuat pengeluaran sebelum usia persaraan atas beberapa faktor tertentu. Antaranya ialah untuk tujuan melanjutkan pelajaran, pembelian rumah, membuat pelaburan dan banyak lagi.

Kiraan pelaburan melalui Akaun 1 KWSP adalah tertakluk kepada BASIC SAVINGS anda. Tujuan basic saving ini adalah untuk jaminan supaya kita masih mempunyai baki selamat di Akaun 1. Cara pengiraan jumlah yang boleh dilaburkan adalah seperti berikut:


Jumlah Akaun 1 - Basic Saving = RM YYY

30% x RM YYY = RM XXX

Jumlah yang boleh dilaburkan = RM XXX


Sedangkan KWSP yang sangat protected itu pun memberi kebenaran untuk pelaburan, masakan kita masih ragu-ragu untuk melabur. Laburkan ke dalam Unit Trust tanpa ragu-ragu!

Boleh hubungi I untuk sebarang pertanyaan mengenai pelaburan Unit Trust.

Heartiza

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA