KAFE IGAUAN : HARGA BERPATUTAN, MENU MENARIK DAN SEMESTINYA SEDAP!

Hello dan Assalamualaikum,

Korang pernah tercari-cari kedai makan yang sedap dengan harga yang berpatutan tak? Selalunya kalau sedap tu mesti harganya pun mahal kan. Kadang tu viral sahaja yang lebih, harga dah la mahal tapi rasa tak sedap pun! Bila terjadi macam ni mesti rasa nak marah dan semestinya tak akan repeat makan di kedai itu. I selalu terkena macam tu. Pergi ke kedai kerana viral, kemudian rasanya tidaklah sedap seperti yang diwarwarkan. Untuk elakkan marah, I selalu tanam dalam hati untuk redha sahajalah mungkin sedap pada tekak orang lain, tapi tak kena pada tekak I. Bukan rezeki I lah kiranya kan.

Tapi harini, I nak kenalkan pada korang satu kedai yang pada I, rasanya sedap, portion mengenyangkan dan yang paling penting harga yang berbaloi! I dah banyak kali order dari kedai ni dan so far rasanya memang maintain sedap. Nama kedai ini ialah KAFE IGAUAN yang terletak di Shah Alam, Selangor. Kafe Igauan terkenal dengan menu nasi berlauknya yang pelbagai. 

Sebelum Kafe Igauan mula beroperasi sebagai sebuah restoren, mereka hanya membuka kiosk kecil menumpang di hadapan Restoren Cibiuk di Vista Alam. Kiosk ini hanya berfocus menjual Ayam Goreng Korea. Ayam goreng korea ni macam mana? Ayam ini diperap dan digoreng, kemudian disalutkan dengan sos pedas manis Gochujang dan sos cheese padu. Sedap kan? Anak-anak I memang menggila makan ayam korea ni. Menu ini diberi nama Kaycho. 

Antara Menu yang menjadi SIGNATURE KAFE IGAUAN adalah seperti berikut:


Sedap sangat yang ni! Boleh Request nak Cheese sahaja, atau sos Gochujang sahaja ataupun nak kedua-dua jenis sos. Korang wajib cuba! Sos Gochujang ni bukan beli di supermarket tau. Mereka buat sendiri from scratch! Manis, pedas, dan berlemak!


Haa yang menggemarkan asam pedas boleh cuba menu set asam pedas ikan pari. Set ini dihidangkan bersama air. Selalunya diberikan air sirap. Memang sedap asam pedas ni. Ini yang paling banyak customer repeat order atau Best Seller buat Kafe Igauan.


Nasi ayam memang tak dapat dipisahkan buat mana-mana kedai melayu kan. Nasi Ayam adalah makanan yang paling old school tetapi lengkap dengan, ayam, nasi, sup, sambal dan kicap. Sebab itulah berbaloi membeli nasi ayam. I pernah order untuk anak-anak I makan. Ayamnye elok diperap, rasa dia memang sedap disamping nasi yang harum.


Haa ini pula Nasi Igauan. Kalau makan ni memang boleh sampai mengigau! hihi. Set ini ada Nasi, kuah kari, Ayam Goreng Kunyit dan sambal. Ala-ala macam nasi Kak Wok gitu. Tapi ni versi Igauan.


TERLIUR TAK GUYSSS! Uishh I sambil menulis ni pun perut I dah berbunyi-bunyi!.

Ketika pelaksanaan PKP pada March 2020, Kafe Igauan baru sahaja beroperasi selama 3 bulan!. Kesian betul. Berat dugaan mencari rezeki sepanjang PKP ni kan. Pelanggan berkurang, sales pun jatuh. Itulah yang dialami oleh Kafe Igauan. Namun mereka tetap bangkit dengan mematuhi SOP, selain segera mendaftar dengan Food Panda dan Grabfood Delivery. Menu-menu juga semakin di-improvise mengambil kira menu yang sesuai untuk student, orang yang bekerja mahupun yang di rumah. 

Selain signature menu mereka, ada banyak lagi menu lain yang best-best. Jom kita tengok katalog di bawah:


Best kan! So kat mana Kafe Igauan ni? Kat bawah ni I ada tulis alamat Kafe tersebut. Kalau yang duduk dekat-dekat tu boleh la datang ke kedai dan take away (sementara masih PKP. Nanti dah habis PKP boleh datang dine in). Yang jauh sedikit boleh bukak GrabFood dan Food Panda untuk order! Itupun kalau lokasi korang within the range yang mereka cover. Enjoy korang!

Nama Restoren: 
KAFE IGAUAN

Alamat: 
G.03, Alam Idaman Serviced Apartment, 
Jalan Budiman 22/3,
40300, Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan. 

Link Lokasi:

No Telefon: 
013-6835044

Status:
Halal. Milik Melayu.


JOM ORDER HARINI! 
KITA MAKAN SAMPAI MENGIGAU!


Toodles, 
Heartiza










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA