KANAK-KANAK YANG MENDOMINASI YOUTUBE
Sedar tak sekarang ni YouTube memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Lebih-lebih lagi dunia yang sedang tenat di landa Covid, anak-anak kebosanan duduk di rumah maka mereka mencari alternatif lain untuk menghilangkan bosan, iaitu dengan menonton YouTube! I bukan nak bash any parents, sebabnya I pun samalah macam tu juga. Anak-anak I sibuk main handphone/ipad/ Tv semuanya untuk tengok You Tube. Cuma di rumah I control anak-anak I untuk tengok YouTube Kids sahaja. You Tube I bagi tengok bila I ada bersama kalau tidak, I takut mereka terdedah dengan video yang bukan-bukan pula.
Bila kat rumah ni anak-anak banyak melayan YouTube Kids, I pun samalah tengok. Sekarang ni memang ramai betullah YouTuber kanak-kanak. Anak-anak I suka tengok channel YouTuber berbanding tengok cartoon. Harini I nak senaraikan antara channel YouTube Kids yang anak-anak I sangat fan tegar!
1) LITTLE BIG TOYS (5.04mil subscribers)
Pemilik channel Little Big Toys (LBT) bernama Celestine atau lebih popular dikenali sebagai Bug. Bug berusia 10 tahun dan berasal dari Philipphines. Video-video di LBT banyak menunjukkan hasil kerja mereka yang sangat original antaranya mereka membuat sendiri istana untuk Elsa, make over sebuah bus sekolah, binaan mesin membuat mainan Santa Claus dan yang paling popular kewujudan Aqua yang juga dilakonkan oleh Bug sendiri. Kebanyakaan video LBT melibatkan kedua-dua ibu bapa Bug dan pembantu rumahnya Nana.
Namun, pada Oktober 2020 bapa Bug telah meninggal dunia secara mengejut akibat aneurysm. Bug dan ibunya membuat satu video memperingati bapa Bug dengan tajuk "Bug and Mom's Biggest Star: Missing You". I menangis setiap kali menonton video ini. Sedih apabila mengenangkan anak kecil berusia 9 tahun yang kematian bapanya. Namun Bug dan ibunya kekal kuat dan tabah. Mereka meneruskan legasi YouTube mereka dengan lebih banyak content yang menarik biarpun kali ini bapanya tidak lagi dapat turut serta.
2) RYAN'S WORLD (27.9mil subscribers)
Kredit gambar daripada YouTube Ryan's World.
Nama Ryan sudah tidak asing lagi buat semua penonton YouTube. Ryan memulakan video YouTube hanya dari rumah dengan bermain bersama ibu bapanya pada usia 4 tahun. Pada ketika itu, channel mereka dikenali sebagai Ryan's Toy Review. Tanpa disedari, video rakaman dari rumah itu mendapat pelbagai tontonan daripada kanak-kanak di serata dunia. Apa yang I paling suka tentang Ryan's World ialah evolusi channelnya yang pada mulanya berfokus pada review mainan, dan sekarang sudah mempunyai banyak kategori lain seperti science experiment. Ryan World's semakin berkembang dengan kelahiran adik kembarnya Emma dan Kate, dan kemudiannya mereka memperkenalkan animasi berkaitan kedua-dua adik kembar Ryan yang diberi nama EK Doodle.
Ryan World's mempunyai pelbagai produk permainan sendiri yang dijual di Walmart, pakaian berjenama Marks and Spencer, dan juga tv series di Nickelodeon, Ryan's Mystery Playdate. Ryan yang kini berusia 10 tahun, dianggarkan sebagai kanak-kanak terkaya dari YouTube dengan pendapatan mencecah $29.5 juta melalui platform YouTube dan $200 juta melalui jualan produknya.
3) BLIPPI (10.9mil subscribers)
Kredit gambar daripada YouTube BLIPPI
Blippi merupakan seorang lelaki dewasa berpakaian biru dan oren cerah yang channelnya memfokuskan pembelajaran sambil bermain. Blipi yang dilakonkan oleh Stevin John pada mulanya membuat video untuk anak buahnya dan kemudiannya menjadi tontonan lebih ramai kanak-kanak. Blippi membuat pelbagai review taman permainan kanak-kanak sambil mengajar warna, bentuk, huruf dan sebagainya. Selain itu, Blippi juga membuat video untuk melihat dengan lebih dekat ke kilang-kilang pembuatan seperti kilang chocolate, bakeri, pembungkusan raspbery, dan banyak lagi.
Anak-anak I suka tengok Blippi kerana mereka merasakan seolah-olah mereka turut bermain bersama di taman permainan. Blippi juga sangat engaging dengan penonton. Tagline yang mudah di ingat ialah ejaan nama beliau, B L I P P I, Blippi!
4) DIANA KIDS SHOW (72.4mil subscribers)
Diana, Roma dan bapa mereka. Kredit gambar daripada YouTube Diana Kids Show.
Diana, seorang kanak-kanak perempuan Ukrain yang sangat comel bersama-sama dengan abangnya Roma mewarnaikan dunia Diana Kids Show. Channel ini yang dikendalikan oleh ibu bapa Diana dan Roma mempunyai fokus bermain untuk kanak-kanak. Di dalam video-video mereka, keluarga ini ternyata cukup kaya dengan rumah yang sangat besar, kereta mewah, pakaian yang cantik-cantik, majlis hari jadi yang cukup mewah dan mainan kanak-kanak yang terlalu banyak!
Diana Kids Show ada masanya tidak berapa sesuai dengan kanak-kanak kerana banyak mengajar kanak-kanak meminta-minta mainan dan sekiranya tak dapat, Diana akan merajuk. Susah juga ya pengaruh dunia kanak-kanak ini. Diana juga ada mengeluarkan lagu dan muzik video sendiri. Lagu yang cukup popular ialah Lighter, Like It dan Play It Be It. I admit, lagu-lagu Diana sememangkan sangat catchy!
5) LIKE NASTYA (67mil subscribers)
Kredit gambar daripada YouTube Like Nastya.
Nastya, atau nama sebenarnya Anastasia merupakan seorang kanak-kanak Russia-Amerika. Channel beliau dimulakan untuk merekodkan progress hidup Nastya sebagai seorang penghidap Cerebral Palsy. Kebanyakkan video adalah Nastya dan bapanya bermain bersama-sama. Hubungan mereka memang nampak sangat erat. Sebelum bermulanya era Youtube Like Nastya, ibunya mempunyai sebuah salon dan bapanya mempunyai syarikat kontraktor. Mereka menjual kompeni masing-masing dan fokus pada channel Like Nastya. Mereka banyak melancong ke luar negara untuk merekodkan video untuk channel ini.
Kini mereka menetap di USA. Nastya juga merupakan kawan rapat kepada Roma dan Diana. I pun tak pasti macam mana mereka boleh rapat. Mungkin pernah menjadi jiran, ataupun kawan YouTuber semata. Hari jadi Nastya dibuat cukup mewah dengan kehadiran Barbie dan lagu Nastya dikeluarkan. Sedap lagunya. Anak-anak I suka mendengarnya.
6) TOYS AND COLORS (28.2mil subscribers)
Toys And Colors merupakan channel sekumpulan kanak-kanak Fillipino yang bermain pretend play bersama-sama dengan pak cik dan mak cik mereka. Rancangan mereka sememangnya menarik, mereka mempunyai jalan cerita yang unik. Kanak-kanak yang terlibat bernama Jannie, Emma dan Wendy. I respek kanak-kanak ini kerana mereka bercakap dengan satu nada yang sama dan skrip yang simple. Suara mereka cukup jelas dan jalan cerita mereka juga baik.
Oklah, nanti kita sambung lagi. Korang boleh check it out channel kanak-kanak ini.
Heartiza.
Ulasan
Catat Ulasan