KELAYAKAN MELABUR DALAM UNIT TRUST

Hello dan Assalamualaikum,

Hari ni ada lagi information mengenai Unit Trust yang I nak ajar. Hihi, free je kelas Unit Trust I. Boleh baca banyak-banyak kali sehingga paham. Aneway, jom I recap balik mengenai Unit Trust. Unit Trust ni dalam erti kata lain, korang masukkan sejumlah wang/dana untuk dikembangkan dalam jangka masa yang panjang (lebih daripada 5-7 tahun). Melabur di dalam Unit Trust ada dua cara iaitu melalui wang tunai dan melalui Akaun 1 KWSP.

Pelaburan melalui KWSP mempunyai syarat-syarat tertentu. Mereka yang layak melabur melalui KWSP ialah:

1) Berwarganegara Malaysia, Permanent Resident atau bukan warganegara yang menjadi member KWSP sebelum 1 Ogos 1998. 

2) Berusia 55 tahun dan kebawah.

3) Mempunyai simpanan yang mencukupi di dalam KWSP. 

4) Membuat pelaburan melalui kaunter atau agent bertauliah.

5) Pelaburan minimum ialah RM1,000.

Selain itu, duit simpanan Akaun 1 KWSP tidaklah kesemuanya boleh dilaburkan. Jumlah yang dilaburkan tertakluk kepada basic savings berdasarkan usia anda. Basic Saving ini adalah jumlah yang dianggarkan paling minimum untuk diperoleh apabila mencecah usia 55 tahun. Ini adalah untuk memastikan pesara mempunyai wang minimum RM1,000 apabila mereka bersara sehingga sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang. (55 tahun - 75 tahun).


Untuk lebih faham, boleh lihat jadual basic savings di bawah ini:



Berdasarkan jadual tersebut, cara pengiraannya ialah:

Jumlah Akaun 1 - Basic Saving = RM YYY

30% x RM YYY = RM XXX

Jumlah yang boleh dilaburkan = RM XXX


JOM! I tunjukkan jadual kiraan berdasarkan contoh:


Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari website KWSP Investment KWSP  atau hubungi I untuk membuat pelaburan Unit Trust.

Heartiza
 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA