KENA BUANG KERJA? GAJI KENE POTONG? NAK CARI DUIT? - JOIN GLOW PENJANA SEKARANG!




Selama ni, I sangatlah tertanya-tanya tak ada ke mana-mana platform yang provide skill-skill biasa untuk dijadikan income dari rumah. Sebabnya I tau tak semua orang ada fleksibiliti untuk keluar rumah terutamanya semasa PKP ni. Sekarang ni ramai yang ada basic skills seperti pandai gunakan komputer, fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dan cekap menggunakan Microsoft Word, Excel dan Power Point. Macam I ni suri rumah, kalaulah ada job simple macam data entry, copy writing atau calculations yang boleh beri I duit. Ataupun untuk yang professional services macam engineering, AutoCad, design logo, video editing, perakaunan dan sebagainya. 

Dan dua minggu lepas persoalan I ni akhirnya terjawab juga. Rupanya ada platform macam ni!


Korang pernah dengar tak Global Online Workforce (GLOW) PENJANA atas inisiatif MDEC, HRDF dan Ministry of Human Resource Malaysia? I baru sahaja tahu pasal GLOW ni minggu lepas dan laju-laju I terus mendaftar. Jom I introduce pada korang tentang GLOW PENJANA:


1) Apa itu GLOW PENJANA?

Glow Penjana ialah program latihan dan bimbingan dalam mencari pendapatan secara atas talian yang 100% dibiayai oleh kerajaan dan kolaborasi bersama MDEC. Dalam erti kata lain, program ini akan melahirkan freelancers yang berjaya.


2) Apakah tujuan GLOW PENJANA?

Fokus utama program GLOW PENJANA ialah untuk membantu mereka yang tidak bekerja, dibuang kerja, gaji sedikit, atau mengalami potongan gaji untuk mendapatkan wang dengan bekerja di atas talian. Program ini akan melatih individu tersebut untuk menjadi freelancer yang berdaya saing dan mampu mengambil projek dan kontrak dari luar negara.


3) Adakah program GLOW PENJANA akan memberikan kita kerja dan gaji?

TIDAK. Ini adalah program bantuan dan latihan sahaja. Namun bantuan yang diberikan adalah sangat teliti, step by step guidance dalam membentuk diri sebagai seorang freelancer yang berjaya. Kita perlu mencari kerja sendiri dengan skill yang kita ada melalui platform freelancing seperti Freelancer.com dan sebagainya. Gaji akan diberikan berdasarkan projek yang diterima daripada client masing-masing menerusi platform freelancing. Program ini akan mengajar kita mendaftar ke platform freelancing dan tips untuk mendapatkan client.


4) Berapa lamakah tempoh latihan melalui GLOW PENJANA?

Program ini berlangsung selama 3 bulan dari tarikh anda mendaftar di platform. Sokongan diberikan melalui whatsapp group selama 3 bulan. Anda juga perlu menghadiri kelas dan mentoring secara atas talian.


5) Apa bezanya masuk program GLOW PENJANA, dengan mendaftar sendiri ke dalam mana-mana platform Freelancing?

Bezanya adalah support system yang diberikan oleh trainer dan rakan seperjuangan, serta bantuan kewangan dalam bentuk insentif akan diberikan berdasarkan usaha masing-masing. Selain itu, kerajaan membayar sepenuhnya membership freelancer selama 6 bulan yang pertama. 

Sekiranya anda mendaftar sendiri ke website Freelancer.com contohnya; anda adalah bersendirian dan perlu membayar membership bulanan sendiri. Anda juga tiada sokongan dan tips untuk mula mencari client. Risau sekiranya tanpa support system yang kuat, anda mungkin akan segera mengalah.


6) Macam mana nak mendaftar?

Jom I tolong step by step pendaftaran ke GLOW PENJANA:

1) Klik  link di bawah ini dan isi borang sign up di glowfreelancer.com.

Pendaftaran Glow Penjana


2) Apabila korang sign up, korang akan dapat email. Klik email tu dan sign in ke Glowfreelancer.com.



3) Bila dah dapat masuk ke glowfreelancer.com. Inilah dia account yang akan digunakan dalam program latihan ni. Trainer akan cek account masing-masing disini. 

4) klik Edit profile untuk update informasi anda. Button Edit Profile ni ada di atas sebelah kanan account anda. Klik sahaja pada gambar anda. Step ini sangat penting. Trainer akan suruh kita siapkan step ini 100%.



5) Isikan semua detail dengan betul. Yang paling penting isikan Zoom Email iaitu email yang anada gunakan untuk Zoom Account anda. Ini kerana, setiap online class dan mentoring adalah dibuat melalui zoom meeting. Jadi attendance akan direkod berdasarkan ID zoom email anda.



6) Dah selesai isi, pergi semula ke main page dan klik My Profile di sebelah kiri account anda. Di sini anda perlu isikan semua detail seperti dalam resume. Pastikan anda letakkan juga gambar anda.




7) Bila dah siap isi resume anda, anda pulang semula ke home page. Anda akan lihat 100% pada update your profile. Bermakna anda dah isikan semua profile anda. Syabas!

8) Ada dua test yang anda perlu buat. Tak susah pun. Buat pakai computer tau. Pakai Handphone nanti tak keluar apa-apa sebab not supported.

    i) ICT Literacy Test - pass 50%
    ii) English Proficiency Test - pass 50%


9) Yang kat bawah sekali ada chart progress anda. Kalau macam I, I dah attend training dan mentoring session so dia akan ada figurelah di situ. Untuk yang belum attend takde apa-apa pun disitu lagi. Jangan risau. Benda ni auto.

I dah pun join program GLOW PENJANA ni selama seminggu. I dah attend kelas online selama 3 hari berturut-turut dan mentoring session. I pun dah mula mencari kerja di platform Freelancer.com. Memang seronok. Nak dapatkan kerja tu memang susah sedikit tapi kenalah rajin. 

Kalau berminat, boleh klik registration link ni Pendaftaran Glow Penjana .

Pilih Eunice Teng sebagai trainer anda dan Whatsapp MISS ALIA . Nama, email dan no hp anda.

Jom share informasi ni beramai-ramai. Kita jaga kita!


Lots of love,

Heartiza



Ulasan

  1. Green Gaming is our award-winning methodology for guaranteeing secure and sound half in}. With help of|assistance from|the assist of} our ingenious Green Gaming device, players can look at their betting conduct and determine whether it is sound or unsafe. The device contains of an easy self-evaluation test that we combine with particular person information on actual game-play to compute a gambling conduct profile. This information is then used to make 정카지노 a personalized suggestion for a healthy half in} conduct.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA