KENALI UNIT TRUST ATAU UNIT AMANAH


Hello dan Assalamualaikum,

Kalian pernah mendengar perkataan Unit Trust atau Unit Amanah/Amanah Saham? Unit Amanah ialah satu pengumpulan duit /dana daripada pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama melalui Pengurus Fund yang professional. Dalam erti kata lain kita memberikan kepercayaan kepada orang lain untuk melaburkan duit kita supaya dapat dikembangkan. Pelaburan Unit Amanah ini berkonsepkan jangka panjang, atau secara logiknya seperti KWSP, biarkan duit anda berkembang dan jangan keluarkan duit sehingga masa tua anda nanti.

Unit Amanah ini mempunyai konsep yang sama dengan pelaburan ASB dimana kita meletakkan wang simpanan untuk dikembangkan, tetapi yang membezakannya ialah keuntungan yang kita peroleh. Untuk ASB, keuntungan diterima di dalam bentuk Dividen dan bonus manakala untuk Unit Amanah, keuntungan diterima di dalam bentuk dividen dan kenaikan harga unit dana.

Unit Amanah diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah yang dipantau oleh Seruhanjaya Sekuriti Malaysia. Syarikat Pengurusan Unit Amanah perlu mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia. Antara contoh-contoh syarikat pengurusan unit amanah ialah Public Mutual Berhad, Kenanga Investors Berhad, CIMB-Principal Asset Management Berhad, Hong Leong Asset Management Berhad dan banyak lagi.

Dana-dana yang diluluskan di Malaysia sudah beratus-ratus jenis. Untuk yang beragama Islam, jangan khuatir, kerana dana yang berasaskan patuh syariah juga tersenarai untuk memastikan pulangan yang diterima itu bersifat bersih dan halal.

Apabila disebut mengenai pelaburan, semestinya melibatkan sejumlah wang tunai yang disalurkan untuk memperolehi dana. Namun, tahukah anda, Unit Amanah juga boleh dilabur dengan menggunakan sebahagian dari Akaun 1 KWSP, dan hanya boleh dikeluarkan sekali dan setiap 3 bulan? Bermakna dalam setahun, seseorang individu yang mencarum KWSP boleh mengeluarkan sejumlah wang daripada Akaun 1 sebanyak 4 kali untuk dilaburkan pada Unit Amanah.

Namun begitu, jumlah wang yang boleh dikeluarkan daripada Akaun 1 bukanlah kesemuanya. Hanya sebahagian sahaja yang dibenarkan oleh KWSP mengikut baki selepas diketepikan basic saving di Akaun 1. Cara pengiraannya ialah seperti berikut:


Jumlah Akaun 1 - Basic Saving = RM YYY

30% x RM YYY = RM XXX

Jumlah yang boleh dilaburkan = RM XXX


Tujuan pengiraan ini mengambil kira Basic Saving adalah untuk jaminan supaya kita masih mempunyai baki selamat di Akaun 1 sekiranya pelaburan tidak mendatangkan untung. Kita mesti ingat setiap pelaburan ada risk factor masing-masing. 

Cara pelaburan boleh terus ke pejabat Pengurusan Dana pilihan anda ataupun lebih mudah menggunakan perkhidmatan Pengurus Dana yang bertauliah untuk melaburkan duit kita. Antara fee yang akan dikenakan untuk setiap pelaburan ialah:

1) Sales Fee : Hanya dikenakan sekali untuk setiap transaksi pembelian

2) Management Fee : Dikenakan setahun sekali

3) Switching Fee : Hanya dikenakan jika ingin menukar dana ke dana pelaburan lain

4) Trustee Fee : Dikenakan setahun sekali

5) Redemption Fee : Dikenakan apabila pelabur ingin menjual unit pegangan


Pemilihan Unit Amanah mestilah dibuat terlebih dahulu untuk memastikan pilihan kita tepat. 

Boleh hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelaburan Unit Amanah. Saya boleh bantu anda.

Heartiza



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA