KENAPA PERLU MELABUR DI DALAM UNIT TRUST?
Hello dan Assalamualaikum,
Di dalam entry yang lepas, I ada explain mengenai apakah yang dimaksudkan dengan Unit Amanah/ Unit Trust. Kalau nak tahu boleh klik ke pautan ini KENALI UNIT TRUST . Hari ini I nak ceritakan pula mengapa perlu kita melabur di dalam Unit Trust.
Rata-rata kita semua sedar akan keperluan menabung pada masa sekarang untuk keselesaan di masa hadapan. Namun, adakah tabungan itu mencukupi? Di manakah tempat simpanan yang dapat memaksimumkan simpanan kita di masa tua nanti? Adakah memadai untuk menyimpan wang sekadar di bank atau di bawah bantal?
Sebagai seorang yang bijak, ketahuilah, dengan hanya menyimpan wang, kita tidak akan sempat untuk mengumpul jumlah yang besar untuk menampung keperluan di masa hadapan. Oleh itu, membuat pelaburan adalah satu cara yang terbaik untuk menggandakan wang simpanan. Ada pelbagai kaedah untuk melabur. Antara yang sering digunapakai ialah Pelaburan Emas, pelaburan ke Akaun Tabung Haji, pelaburan ASB, pelaburan KWSP dan pelaburan Unit Trust. Pelaburan seharusnya dilakukan dalam tempoh jangka panjang, bermakna apabila anda sudah mula melabur, biarkan sahaja wang anda beranak dengan sendirinya setiap tahun tanpa membuat sebarang pengeluaran.
Antara semua jenis pelaburan di Malaysia ini, mengapakah perlu kita melabur di dalam Unit Trust? Antara sebab-sebabnya ialah:
1) Diktiraf Selamat
Unit Amanah diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah/Unit Trust yang dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Syarikat Pengurusan Unit Amanah perlu mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia. Boleh rujuk ke website Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk senarai penuh Syarikat Pengurusan Unit Amanah yang diluluskan. Jadi, jangan takut, memang sah dan selamat asalkan anda melabur melalui pengurusan yang sah.
2) Pulangan melalui dividend dan kenaikan harga unit dana (Capital Gain)
Capital Gain ni maksud dia, jika anda melabur dengan harga RM1/unit, dan dikemudian hari harga dana naik RM1.50/unit, anda akan mendapat keuntungan RM0.50 untuk setiap unit. Adakalanya ianya menjadi capital loss, namun pelaburan ini adalah untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu naik turunnya harga setiap unit adalah dalam satu trend yang menaik dan InsyaAllah di penghujung hari, harga per unit adalah melebihi harga yang dibeli. Beranilah dan jangan khuatir kerana ini adalah berisiko rendah.
3) Patuh Syariah
Untuk pelabur Muslim, kita semestinya ingin mengelakkan Riba' didalam sesuatu pelaburan. Ini adalah untuk memastikan keuntungan yang diperoleh datang daripada sumber yang halal dan tidak diragui. Jawatankuasa syariah telah diwujudkan untuk memantau ketat dana-dana kebanyakkan Unit Amanah. Dana-dana ini boleh dipilih dan kita boleh minta Pengurus Unit Amanah untuk hanya menggunakan dana yang Patuh Syariah.
4) Terdapat Agent/ konsultan bertauliah yang akan menguruskan dana-dana anda
Jadi, anda tidak perlu pening kepala memikirkan dana apa yang sesuai dengan anda. Agent anda sendiri yang akan membuat penilaian dan akan menghantarkan borang anda. Anda hanya perlu tanda tangan dan cap jari sahaja.
Boleh hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelaburan Unit Amanah/ Unit Trust. Saya boleh bantu anda.
Heartiza
Ulasan
Catat Ulasan