PENGALAMAN ANAK MASUK KE TAHUN SATU SEMASA PKP

Hello parents! Amacam, sesi persekolahan 2021 dah bermula kan? Ok tak tu online class? Untung kanak-kanak tadika swasta dibenarkan ke sekolah. Sekurang-kurang dapatlah anak-anak ini bergaul dengan rakan sebaya sambil belajar. Teringat pula zaman I masa tadika dulu-dulu.

Masa di tadika, I menangis setiap hari sebab I tak suka dipaksa memakai tudung. (tadika ni tadika islamik) kemudiannya perlu solat setiap kali di sekolah, I kan refuse pakai tudung, jadinya nak solat pun I refuse. Aduhh bila dah besar ni malu pula perangai macam tu. Sedangkan rakan sebaya elok sahaja bertudung dan solat! Lama-kelamaan my mom pun berhentikan I daripada tadika. So sebenarnya I tak habiskan sekolah tadika. Bila kawan-kawan lain graduasi tadika, I tak peduli apa pun. haha. 

Kemudian I terus masuk ke tahun 1, ini pun drama juga. I menangis meraung satu sekolah boleh dengar agaknya. I nangis-nangis sampaikan my mom perlu tunggu di tepi kelas setiap hari. I tak ingat ini berlarutan sampai bila tapi agak lama jugalah. Bila masuk masa rehat, my mom tunggu I dekat kantin. Dia ajar I beli jambu 20sen. Sebabnya I tak pandai kira duit lagi masa tu. So untuk memudahkan I, dia bagi I duit 20sen untuk cukup-cukup beli jambu. So hari-hari I beli jambu je! haha. Ye la, I dah la penakut, nak beli kuih lain tak pandai lagi kan. Dah lama-lama tu, I bagitau my mum I nak makan karipap pula. Harga pun sama 20sen. So baru my mum tambah lagi 20sen untuk karipap pula. hehe. Lama-lama I dah pandai membeli, I dapat duit belanja 50 sen atau RM1. best sgt dah ni, I boleh beli karipap dan jambu masa rehat. Dan masa balik I beli aiskrim 50sen. hihi. I ni memang kuat makan.

Berdasarkan pengalaman I masa kecil, sekarang ni I teruja nak merasainya sebagai seorang ibu. Tahun ni anak sulung I darjah satu dah. Segala kelengkapan kitorang dah beli siap-siap semasa awal tahun termasuklah baju sekolah, beg sekolah dan buku sekolah. Ye la, kitorang diingatkan berkali-kali oleh kementerian bahawa sekolah akan dibuka pada 20 Januari 2021. Tetapi memandangkan kes Covid semakin menaik, kami dah boleh agak sekolah pastinya secara online. Dan sememangnya tepat sekali! PKP dilaksanakan sehingga 26 Januari maka hari pertama sekolah adalah secara atas talian! 

Apabila semuanya atas talian, I jadi terpinga-pinga sebab I tak kenal seorang pun guru, mahupun contact number guru! Yang I tahu, semua orang kata pihak sekolah yang akan hubungi ibu bapa untuk urusan persekolahan atas talian. Jadi I pun menunggu la. Tunggu punya tunggu, I langsung tak dapat apa-apa panggilan ataupun Whatsapp. Tetapi I masih rileks lagi, sebab I anggap semua parents pun begitu. Bila tarikh persekolahan semakin dekat, I semakin takut pula kenapa I langsung tak dapat update daripada sekolah. So pada 18 Januari, I contact jiran I yang ada anak darjah tiga. Katanya, cikgu dah lama agihkan kelas anak-anak dan masukkan ibu bapa ke dalam whatsapp group Kelas masing-masing. Terkejut betul I. Anak I kelas mana pun I tak tahu!

Selaju yang mungkin I terus call sekolah. Dalam hati, I takut kalau tiba-tiba nama anak I tiada dalam sekolah yang kami daftarkan! Aduhh, sekolah dah nak mula LUSA! cuak betul I. Mujur pihak sekolah angkat panggilan I. Diorang akui memang semua ibu bapa tahun 1 sudah dimasukkan ke dalam group whatsapp. Jadi diorang ambil nombor telefon I dan nama anak I untuk dicek. Sampai sejam I menunggu takde apa-apa update pun. Sekali lagi I call untuk kepastian. Syukur kata mereka nama anak I memang ada. Jadi I kene tunggu approval Ketua Kanan Panitia Belah Petang untuk masukkan I dalam group tersebut. 

(Kenapa laa nombor I cikgu boleh tercicir. kenapaaaaa)

Bila I dah masuk dalam group whatsapp, apa-apa info sebelum ni I tak dapat nak view. Dan group whatsapp ni pula untuk keseluruhan ibu bapa tahun 1. Bukan ikut kelas. I bersangka baik sahaja, mungkin kelas belum diagihkan untuk tahun 1. Esoknya dah 19 Januari, sehari sebelum kelas online bermula pada 20 Januari, I masih tak dapat walau secebis update dalam group tu. I dah naik marah juga lah. I tanak ketinggalan hari pertama persekolahan anak I!

I scroll semua nombor Ibu Bapa dalam group tahun 1 dan I jumpa nama seorang cikgu. I minta tolong cikgu tu berikan I update untuk esok. Tetapi whatsapp I tidak berjawab. Kemudian I tebalkan muka untuk whatsap salah seorang ibu dalam group tersebut. Alhamdulillah, Ibu tersebut menolong I sebaiknya! Thank you so much! Dia bagi I list nama anak-anak, dari situlah baru I tahu anak I kelas di mana. Kemudian dia bagi I link untuk join whatsapp kelas anak I. Ya Allah leganya! Masa itu dah lewat petang 19 Januari.

Hari pertama sekolah pun bermula. Seawal pagi I bangun untuk kemas class station untuk anak I. Yang jadi mangsa mestilah meja makan. hehe. Mungkin ada rezeki I boleh sediakan study table yang sesuai untuk dia suatu hari nanti. InsyaAllah. Buat masa sekarang ni meja makan pun dah cukup selesa. 


Bersih berkilat meja makan I demi anak tersayang. Semoga Allah terangkan hati awak semasa belajar ye sayang mommy daddy. 


Untuk sesi pagi anak I ada kelas agama pada jam 9 - 11 pagi. Pukul 8.30 pagi I kejutkan dia untuk mandi dan bersiap. Mujur dia bagi kerjasama, mandi senang, pakai baju senang dan yang paling penting senang pakai tudung. ehemm ehemm. (naseb baik tak menurun perangai mak dia tanak pakai tudung masa kecil. haha) I kabut juga pagi tu sebab first time I gunakan google meet. Selama ni I pakai zoom sahaja untuk kelas tadika anak I. Barulah I tau sebaiknya anak perlu ada email sendiri. Sekali lagi I kabut sign up email account anak I. Semua ini untuk Google Classroom log in nanti. 


Tengoklah tu, kelas dah mula pun dia peluk lagi Simba buchuk dia tu. Simba tu memang kawan baik dia sejak baby lagi. 24jam berkepit. 


Simba masih dikepit dalam tangan dia. Lambat sikit kelas nak bermula masa ni. hehe

Sekolah kebangsaan pula bermula jam 2 petang hingga jam 4 petang. Kedua-dua kelas pada hari ini hanyalah sekadar ambil attendance dan pengenalan diri masing-masing. Belum mula belajar lagi. Rasanya ini diambil kira sebagai tempoh orientasi.

Menunggu cikgu dan kawan-kawan. I pujuk dia pakai uniform sekolah tapi dia tak nak pula. hehe. naseb baik tak wajib pun pakai uniform.


Kelas ni hanya menyanyikan lagu sekolah. Kemudian anak I dah mula melukis sendiri. hehe. Biasalah tu, online class cikgu beriya di depan, budaknya dok melukis.


I sebenarnya dapat nampak online class ni sedikit sebanyak membebankan pelbagai pihak baik guru-guru, ibu bapa dan anak-anak. Macam-macam cerita I dengar. Tapi nantilah kita ceritakan susah payah online class ni. Apa-apa pun terima kasih cikgu-cikgu yang berusaha menjayakan online class. I paham, kita tengah perang dengan pandemik, maka perlulah kita semua adaptasi norma baharu dalam sistem pendidikan. Banyak lagi ruang untuk diperbaiki. Nanti I sambung next post bincangkan tentang hal ini.

Toodles for now,

Lots of love,

Heartiza


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA