PETUA UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN GOOGLE ADSENSE DENGAN MUDAH

Hello dan Assalamualaikum,

Harini I nak kongsikan pengalaman I apply untuk Google Adsense. Korang pernah dengar tak Google Adsense? Google Adsense adalah program pengiklanan yang dikendalikan oleh Google. Untuk blogger macam I, Google Adsense merupakan satu medium untuk menjana pendapatan semasa berblogging dengan anda membenarkan pihak Google meletakkan iklan pada blog anda. Anda akan menerima bayaran berdasarkan iklan-iklan tersebut. Secara umum, lebih ramai yang membaca blog anda, lebih banyaklah peluang anda untuk menjana pendapatan daripada hasil pengunjung mengklik ke dalam iklan.

Masa I mula blogging I langsung tak tahu mengenai Google Adsense. I cuma blog untuk kepuasan hati dalam bidang penulisan. Maklumlah suri rumah kan, kalau dapat menulis tu rasa macam menyembang dengan orang. Tapi disebabkan blogging pun ambil masa yang lama, I terpikir kan bagus kalau boleh jana pendapatan melalui blog, barulah rasa berbaloi. Jadi, I mula mencari cara-cara untuk menjana pendapatan melalui blogging. Antara jalannya ialah dengan program Affiliate dan Google Adsense. I pilih Google Adsense sebab mereka boleh auto ads sahaja ke dalam blog I. Lagipun Google Adsense memang diiktiraf terutamanya buat YouTuber.

Tetapi nak mendapatkan kelulusan Google Adsense bukanlah mudah!

Ni kronologi I apply Google Adsense. I bukan apply sekali je, I apply berkali-kali! Kadang tu rasa macam nak give up. Setiap kali kene reject tu memang I sedih betul lah.

1) First Time Apply Google Adsense. Masa ni I masih belum beli domain sendiri. I masih gunakan artizas.blogspot.com 

Pada 18 Sept 2020 mereka reply, "The team has reviewed it, but unfortunately your site isn't ready to show ads at this time. There are some issues which need fixing before your site is ready to show ads." dalam erti kata lain REJECTED lah. So I kemaskini lagi blog I. I tambah lagi artikel-artikel menarik.

2) Kali kedua apply Google Adsense. I masih gunakan artizas.blogspot.com.

Pada 27 Sept 2020, mereka reply, "Thank you for your interest in Google Adsense. Unfortunately, after reviewing your application, we're unable to accept you into Adsense at this time." Sekali lagi, kene REJECT. I masih tak give up dan I usahakan untuk menulis lebih banyak konten menarik.

3) Kali ketiga apply Google Adsense. I masih gunakan artizas.blogspot.com.

Pada 31 Oct 2020, juga REJECTED. Mereka reply email yang sama dengan sebelum ni. "Thank you for your interest in Google Adsense. Unfortunately, after reviewing your application, we're unable to accept you into Adsense at this time."  

4) Kali keempat apply Google Adsense. I dah beli domain baru. heartiza.com.

Pada 4 Disember 2020, sekali lagi kene REJECT. Tetapi kali ini reply mereka sounds more convincing "You need to fix some things before your account can be approved" . 

5) Kali kelima apply Google Adsense. I repair habis-habisan blog I. I tukar bahasa, buang short form, I buat blog I lebih engaging pada pembaca. Yang paling penting I tukar setting bahasa kepada Malay-Melayu.

Pada 15 Januari 2021, mereka reply. "Your site is now ready to serve AdSense ads". Akhirnya, APPROVED!


Meloncat-loncat I masa ni! Happy sangatlah. Banyak kali I sujud Syukur. Alhamdulillah!



Inilah email yang Google Adsense hantar pada I. Nampak tak tu 4 kali I kene reject! kali ke-5 baru diterima.


Inilah email yang ditunggu-tunggu! Apabila I buka email ni, I happy sangatlah tak terkata! Senyum je I sepanjang hari. Rasa segala penat lelah berbaloi sangat. Korang nak tak dapat email Congrats macam ni? Kalau nak sambung baca di bawah ni okay. Ikut sahaja petua yang I dah senaraikan. InsyaAllah, boleh approve.



Jadi, berdasarkan pengalaman I, Jom I share tips dan petua untuk mendapatkan kelulusan Google AdSense dengan mudah:

1) Tukar Domain

Disebabkan telah 3 kali kene reject dengan Google Adsense, I ambil langkah untuk membeli domain sendiri. I pilih domain dari GoDaddy. Harganya sangat berbaloi. I pilih RM300 untuk tempoh 5 tahun. Jadi kalau dikira, hanyalah RM60 setahun atau RM4 sebulan. 

2) Content kene berkualiti dan original. 

Jangan meniru blog atau content orang lain. Setiap artikel ditulis dengan menarik, bahasa yang mudah difahami, tidak bercampur bahasa (sikit-sikit takpe) dan diselitkan gambar atau video supaya lebih segar mata pembaca melihat blog kita. Sekiranya ada artikel yang anda rujuk atau ambil gambarnya, jangan lupa untuk credit pada ownernya ataupun anda selitkan sekali link dari mana anda ambil rujukan tersebut.

Selain daripada itu, sekiranya artikel anda berkait dengan artikel yang sebelumnya, pastikan anda interlink ke artikel sebelumnya supaya pembaca akan duduk lama sikit membaca blog anda.

3) Sekurang-kurangnya Blog dah dibina lebih 2 bulan. 

Sebenarnya pihak Google Adsense akan meneliti cara anda berinteraksi dalam blog anda, cara anda menulis, bahasa yang anda gunakan, dan kekerapan anda mengupdate blog. Oleh itu, blog yang dibina sekurang-kurangnya 2 bulan, akan memberi ruang untuk mereka menilai cara anda mengendalikan blog anda. Kalau kurang daripada 2 bulan, tidak banyak informasi yang dapat mereka nilaikan.

I sendiri buat blog pada July 2020 dan pada September baru I apply untuk Google Adsense buat pertama kali.

4) Pastikan Blog Aktif

Haa janganlah blog anda ni sunyi sepi je, update pun sebulan sekali. Pihak Google Adsense pasti rasakan tidak berbaloi untuk memasukkan iklan pada blog anda kerana anda tiada effort untuk membuat artikel baru dan pastinya pembaca tidak akan mengulang kunjungan ke blog anda kerana tiada artikel baru untuk dibaca!

5) Blog Language bersesuaian dengan konten

Untuk Blog yang berasal dari Malaysia, jangan lupa klik pada setting anda di ruangan BLOG LANGUAGE sebagai "MALAY-MELAYU".

Yela, dah kalau anda berblogging dalam bahasa Melayu, tapi dalam setting anda masih language English, macam mana pihak Google Adsense nak faham blog anda. Mereka akan anggap anda tiada konten! kerana penggunaan bahasa yang berbeza. Ini tips yang I gunakan dan tak sampai 3 hari, akaun Google Adsense I berjaya diaktifkan!

6) ABOUT ME wajib diisi

Ini kerana, ruangan ini memberi impak yang besar untuk Google Adsense nilai sama ada Blog anda adalah REAL atau BOT semata. Mereka nak pastikan memang ada individu yang berblogging disebalik Blog anda. Caranya mudah sahaja, lengkapkan ruangan About Me (pastikan anda ada nama dan berilah sedikit intro tentang diri anda), Contact Me (boleh letak email adress. Email yang valid akan menyenangkan hati pihak Google Adsense), dan linkkan blog anda ke media sosial milik anda seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

7) Banyakkan Berdoa dan Jangan Putus Asa!

Please, jangan cepat sangat give up. Rajinkan diri untuk baiki blog anda. Selalu visit ke blog-blog milik orang lain untuk dapatkan tips yang sesuai, selain itu apabila kita visit blog orang lain, kita boleh belajar cara-cara dia blogging dari segi bahsa yang digunakan, cara mengendalikan pembaca dan susun atur blog dia. Dan yang paling penting, titipkan dalam doa apa yang anda mahukan. Doalah banyak-banyak supaya pihak Google Adsense berlembut hati menerima blog anda. Dengan ini, barulah kita dapat menerima rejection dengan hati yang lebih terbuka. Jangan iri hati dengan kejayaan orang lain, doakan kejayaan dia supaya terpalit juga pada kita, InsyaAllah!


Selamat Mencuba! 

Heartiza


Ulasan

  1. Nice tips .. betul sgat.. tetapi biasanya utk blog baru sy akan tunggu 6 bulan baru memohon adsense.. Selamat menabung.. semoga dimurahkan rezeki selalu ^^

    BalasPadam
  2. Wah best petua ne. Eca da lama tggl blog, bru nak aktif balik.. Syukur adsense xbuang lg. Hehehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA