Hello dan Assalamualaikum,
Sepanjang PKP apa hobi terbaru yang korang baru ceburi? Untuk I, semestinya memasak. Dulu sebelum PKP I masak biasa-biasa sahaja sebab suami kerja, hanya perlu makan malam di rumah, kemudian anak I ada lunch di tadikanya, so I masak apa yang ada sahajalah untuk I dan anak bongsu I. Tapi bila masuk PKP, semua orang ada di rumah, maka dari pagi hingga ke malam I memang busy betullah di dapur. Ada hari yang I rajin mencuba macam-macam menu menarik, ada hari yg penat, I masak lah simple-simple ataupun foodpanda sahaja.
Bila ada masa terluang, I akan ziarah my parents yang duduk berdekatan je dengan rumah I. Terkejut I bila tengok kawasan tepi rumah my dad dah dijadikan KEBUN! Menarik betul, macam-macam pokok ditanamnya terutamanya sayur-sayuran. Hasil tangan my dad selalu menjadi. Bangga betul rasanya. Dulu sebelum PKP dia suka main golf tetapi sejak PKP katanya tak boleh nak main golf jadi badan dah tak berpeluh, so dia mula berkebun. Kalau orang muda boleh exercise/zumba dari rumah untuk berpeluh, tapi untuk yang dah berusia, berkebun sangat mudah untuk mereka berpeluh!
Tepi rumah my dad, betul-betul sebelah dengan jiran, my dad convert jadi kebun sayur-sayuran. Dulu kawasan ni ada pokok mata kucing tapi selalu tak berbuah kemudian terlampau merimbun lalu my dad tebang aje pokok tu.
Macam-macam sayur-sayuran dia tanam. Kat sini boleh nampak 3 baris pokok dah mula bertunas. Korang agak-agak tu sayur apa tu?
Daun pudina guyss! Sangat cantik meriah dia tumbuh dalam pasu. Boleh petik aje rendam dalam teh panas untuk rasa mint-mint gitu. Kalau buat laksa johor pun sedap ni.
Daun kesum. Sedap masukkan dalam kuah asam pedas. My mom paling terer buat asam pedas memang I makan hingga menjilat jarilah.
Ulam raja. Kami ni orang jawa memang sangat-sangat gemar makan ulam-ulaman.
Ni pokok bunga. I tak tahulah nama bunga ni. Tapi menaikkan seri rumah dengan warnanya.
Pokok apa ya ni? anyone tahu?
Lagi satu pokok bunga. Merah Menyala. Again, I tak tahu nama bunga. Kalau korang tahu boleh komen kat bawah k.
Serai! Ni penting dalam masakan melayu.
Daun pandan sangat-sangat banyak. Nak buat nasi lemak petik jari aje hihi daun pandan dah depan mata. Nak buat kuih muih pun senang dah ada daun pandan banyak macam ni.
Pokok jagung. Yup, Jagung!
Another set of pokok jagung bersebelahan dengan pokok pucuk ubi. Dulu ada pokok pisang tapi dah ditebang.
Hasil daripada kebun my dad. Semestinya beliau bagi I bawa balik. Free sayur for the week! yeasss! Alhamdulillah. Ni apa nama dia eh? Pak choy kan? hihi.
Bukan seketul tau. Ni semua I bawa balik.
Sawi segar!
Ada sedikit belubang kat daun tu tapi tak banyak pun yang rosak. Alhamdulillah semua ni I dapat bawa balik. hihi.
Daun pandan. My husband paling beriya suruh I bawa balik daun pandan. Nak buat ayam pandan macam khairul aming katanya. hihi.
Sebenarnya banyak lagi pokok my dad. Daun kari, daun limau, dan pokok limau pun ada. Kat depan rumah pula ada pokok nenas dan mangga yang dah berbuah banyak kali. Manis pulak tu. Kalau la ada pokok durian, mesti lagi best. hihi. boleh makan durian freeflow!
Korang duduk rumah baik-baik tau. Jangan keluar kalau tak perlu, kalau stress cuba cari hobi baru macam berkebun, memasak, menjahit, menari, menyanyi dan sebagainyalah. Untuk yang stress teruk please cari kawan. Contact any helpline kalau mula rasa depressi. Kita Jaga Kita Kan?
Toodles,
Heartiza
Seronoknya... Tetiba sya rindu rumah kat kampung. Pkp 2.0 ni abah umi sya ada projek baru. Kebun fertigasi. Kagum tengok semangat dorang. Btw, abah sya baru 1st year bersara. Tu yg mcm2 projek sekrang. Rasa nk nanam macam2 gak. Tapi umah apartment kan. Take care sis.
BalasPadamkebun fertigasi? woww sangat tu! I rasa orang-orang tua memang enjoy bercucuk tanam kan. Bila dapat makan hasil tanaman tu perghhh nikmatt. Sama la I pun terigin nak menanam tapi duduk kondo ni tak ada tanah. Pernah jugak tanam pokok kat pasu di balcony. Tapi balcony sangat lah direct matahari, sekejap je pokok kering dan mati! aduhai. aneway, thanks for the comment. U also take care sis!
Padam