AKTIVITI PKP: Main Masak-Masak


Hello dan Assalamualaikum,

Apa aktiviti yang korang dah buat sepanjang PKP kali ni? Sejujurnya kali ni jadual I sangatlah padat kerana my eldest daughter dah masuk darjah satu. Jadi I busy pagi petang untuk kelas online. Bila dah masuk weekend, dapat lah I berehat dan buat aktiviti yang I suka cumanya retricted sikit sebab anak-anak pun ajak bermain sama. 

Memandangkan hujung bulan nanti hari jadi anak kedua I, I plan nak cuba buat kek sendiri. Alang-alang anak kedua I ni suka masuk dapur, maka kami berdua pun buat la kek sendiri from scratch sebabnya I nak practiselah dulu, I bukannya terus pandai buat kek. Mana tau kalau tak jadi, sempat la I nak tempat orang lain buatkan kek hari jadi dia. I gunakan resepi Kek Oren daripada Che Nom. Korang boleh google resepi tu kat blog dia. Simple sangat step dia sebab tu I confident nak buat dengan my son. Resipi ni I olah sikit sebab I nak letak coating cream cheese disekeliling kek tersebut dan kek tersebut nak berwarna oren dan biru cair seperti BLIPPI! Anak I peminat tegar Blippi.


Bahan-bahan yang diperlukan, tepung gandum, susu tepung, gula, telur, minyak masak, baking powder, buah oren, pewarna biru dan emulco oren. 


Buah Oren tu pastikan korang kupas kulitnya dan buang segala serat dahulu tau. Kalau tidak nanti bila dimasak, kek tu akan rasa macam ada tissue sebab serat tu jadi keras n kering.


Mula-mula I blend segala bahan basah, oren, minyak masak, dan telur. Kemudian I masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan tepung dan baking powder.


Chef cilik I dah beraksi. Seronok dia dapat main masak-masak. Apatah lagi bila dapat tau nak buat kek Blippi.


Masalah pertama I muncul hahahahaha. Korang tau tak, Semua adunan tadi tu I masukkan emulco oren untuk kuatkan rasa oren dan warna oren lebih menyerlah. I lupa nak separatekan siap-siap untuk warna biru! So bila I bahagi dua dan masukkan pewarna biru, adunan I jadi warna hijau lumut! (Oren + Biru) Aduuududududduu. I terima lah takdir ini hahaha.


Okay now I nak masak yang warna oren dulu. Into the oven you go!


Dah keluar oven, cantik warna oren yang ni. Memang I puas hati sangat!


Next, masukkan si hijau pulak. sobss patutnya biru. 


Ini dia si hijau yang dah masak. Bau sedap woo!


Ok sementara kita sejukkan kedua-dua kek, I buat dulu topping cream cheese. Simple je. I pakai butter, cream cheese, gula dan sedikit perahan lemon. I masuk saja dalam mixer dan letak sedikit pewarna biru. 



Haaa, biru macam ni la yang I mahukan! oklah ni kira cantik dah biru ni.


Apo lagi, I spreadkan in between the cakes. 


Acah-acah pro gitu. I lapik dengan tisu. Rupanya I silap, kalau pakai tisu, dia cepat lembik so nanti bila nak tarik keluar dia koyak, tisu akan tertinggal bawah kek. hehe nama pun amatur kan! banyak silap I rupanya.


Lepas tu, I spread seluruh kek jadi macam ni. Cantik juga kan. 


Anak I tabur sprinkles. Part ni memang dia suka sangatlah. Korang kalau tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak-anak, buat la kek ke cupcake simple2 dan biar anak-anak hias. Memang diorang suka sangat. Tak percaya cubalah. Lepas dah siap tu haa dia tiba-tiba cakap we need candles! dia panggil daddy terus kami anak-beranak nyanyikan lagu happy birthday dan tiup kek!


Dia punyalah tak sabar nak makan kek. Alhamdulillah, seronok dia. Birthday dia sebulan lagiii! haha. I tengah kumpul duit nak belikan dia magnetic tiles! Dia ni suka building so I rasa dia mesti suka main dengan magnetic tiles nanti.


Sejujurnya lepas siap kek I ni, I decide untuk order je lah kek bday dia nanti. Sebabnya: 
 1) comot sangat I buat
 2) takut salah warna lagi
 3) penat juga nak siapkan! STRESS!


Oklah, itu sahaja untuk harini, nanti kita sembang lagi okayy!

Toodles, 
Heartiza


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA