Anak Ketagih Gadget: Kesan dan Cara Mengatasi
Hello dan Assalamualaikum, Hari ini I nak bincangkan satu topik yang serius dalam dunia keibu-bapaan, iaitu ketagihan anak dengan gadget. Zaman sekarang penggunaan internet adalah satu kemestian dan keperluan dalam kehidupan seharian. Internet pula hanya boleh dilayari dengan penggunaan gadget seperti telefon bimbit, komputer, komputer riba, ipad, tabs, dan juga jam tangan. Dengan wujudnya internet, sudah cukup untuk membuat anak-anak kecil ketagih gadget. Seram kan? Ya, memang betul internet juga ada kebaikannya, tetapi bukannya untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Penggunaan gadget secara berkala tidak mengapa asalkan dengan pengawasan dan dalam lingkungan waktu yang tertentu. Tetapi penggunaan yang berlebihan dan tanpa kawalan akan memudharatkan anak-anak suatu hari nanti. Sejujurnya anak I sendiri pun ketagih gadget! Ketika itu anak sulung I baru berusia setahun. Kami sudah dedahkan dia dengan youtube seawal bayi lagi, tetapi hanyalah untuk menonton nursery rhymes, seperti ...