Anak Ketagih Gadget: Kesan dan Cara Mengatasi
Hello dan Assalamualaikum,
Hari ini I nak bincangkan satu topik yang serius dalam dunia keibu-bapaan, iaitu ketagihan anak dengan gadget. Zaman sekarang penggunaan internet adalah satu kemestian dan keperluan dalam kehidupan seharian. Internet pula hanya boleh dilayari dengan penggunaan gadget seperti telefon bimbit, komputer, komputer riba, ipad, tabs, dan juga jam tangan.
Dengan wujudnya internet, sudah cukup untuk membuat anak-anak kecil ketagih gadget. Seram kan? Ya, memang betul internet juga ada kebaikannya, tetapi bukannya untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Penggunaan gadget secara berkala tidak mengapa asalkan dengan pengawasan dan dalam lingkungan waktu yang tertentu. Tetapi penggunaan yang berlebihan dan tanpa kawalan akan memudharatkan anak-anak suatu hari nanti.
Sejujurnya anak I sendiri pun ketagih gadget! Ketika itu anak sulung I baru berusia setahun. Kami sudah dedahkan dia dengan youtube seawal bayi lagi, tetapi hanyalah untuk menonton nursery rhymes, seperti channel Didi and Friends, Little Baby Bum dan MotherGoose Club.
Pada masa tersebut I masih tidak didedahkan dengan bahaya dan ketagihan anak pada gadget. Jadi I rasakan apa yang I buat ini adalah normal dan sebagai satu bentuk pelajaran buat anak I. Kemudian I sedar setiap hari dia akan meminta untuk menonton youtube berjam-jam lamanya dan dia semakin berkurang aktiviti bermain secara fizikal seperti bermain blocks, berlari, melompat dan sebagainya.
Lebih ketara apabila anak I mula establish pattern tidur yang tidak munasabah iaitu berjaga sehingga 3-4pagi semata-mata menonton cartoon di YouTube kemudian bangun tidur pada jam 1 tengah hari dan nap pada waktu maghrib. Teruk betul keadaan kami sekeluarga masa tu. Masing-masing kepenatan dan tidur tidak mencukupi gara-gara anak yang ketagihan gadget.
Tak lama tu kami observe dia dan memang banyak tanda-tanda ketagihan gadget pada dia. Kat bawah ni I senaraikan tanda-tanda ketagihan gadget. Ibu bapa please beri perhatian pada tanda-tanda di bawah ini okay! penting sangat-sangat.
Tanda-tanda anak ketagihan gadget:
1. Anak kuat memberontak.
2. Menjerit dan mengamuk teruk apabila tidak mendapat gadget
3. Anak sukar mendengar dan mengikuti arahan.
4. Anak bersifat pasif dan tidak aktif.
5. Anak tidak pandai bersosial sesama rakan
6. Anak mendesak ibu bapa untuk mengikuti trend media sosial (seperti:tik tok)
7. Anak membenci ibu bapa kerana gadget di ambil.
8. Anak tidak dapat berhenti mengamuk selagi tidak dihulurkan gadget.
9. Anak sukar memberikan perhatian terutamanya dalam pembelajaran
Bahaya ketagihan gadget:
1. Membantut perkembangan anak-anak. Speech delay, aktiviti sosial terganggu, dan tidak aktif.
2. Kerosakan mata pada usia yang muda
3. Obesiti
4. Masalah memberi tumpuan di sekolah
5. Menjadi baran
6. Pendedahan terhadap perkara yang bukan-bukan seperti menonton video berunsur seksual, jenayah dan akhirnya mereka teringin untuk mencubanya.
7. Merasakan gadget itu satu keperluan hidup dan mengabaikan perkara-perkara penting di sekeliling.
Cara-cara untuk mengelakkan anak-anak daripada menjadi mangsa gadget:
1) Busykan anak-anak dengan aktiviti fizikal yang lain.
2) Penggunaan gadget hanya pada masa tertentu.
3) Pasang kata laluan/ Password pada gadget.
4) Memadai dengan cas gadget sebanyak 20% bateri.
5) Kerap beritahu kenapa tidak boleh tengok gadget. Lama2 mereka akan paham.
6) Jangan kalah dengan pujuk rayu dan tangisan.
7) Sentiasa tegas antara kedua-dua parents. Tak boleh salah seorang mengalah.
8) Bawa buku dan color pensel setiap kali keluar makan. Untuk mengelakkan penggunaan gadget dan tantrum di meja makan dan di khalayak ramai.
9) Sorok gadget seawal anak bangun dari tidur. Kawal penggunaan anda dengan gadget supaya anak tidak merasakan gadget itu satu keperluan.
10) Pastikan anak tiada Handphone sendiri sehingga mereka betul-betul matang.
11) Sediakan ruang untuk mereka bermain di rumah supaya mereka kekal seronok dan tidak kebosanan.
12) Banyakkan bersembang dengan anak-anak dan dengar luahan hati mereka.
Alhamdulillah anak-anak I dah tak ketagih gadget. I cuma bagi mereka menonton televisyen dan main game di hp apabila I berada dengan mereka. I sediakan bilik mainan khas untuk mereka bermain dan buat semak. Lepas main I ajar mereka mengemas pula.
Selamat mencuba!
Lots of Love,
Heartiza
Ulasan
Catat Ulasan