Kenali Petanda Awal Kehamilan
Hello dan Assalamualaikum,
Ada tak di antara wanita-wanita di sini yang sedang dalam proses untuk hamil? Kehamilan sememangnya sesuatu yang ditunggu-tunggu buat bakal ibu dan bapa. Sesetengah wanita sangat mudah untuk hamil manakala buat sebahagian pula, kehamilan merupakan suatu proses yang lama dan sulit. Jujur buat I, kehamilan tidak datang dengan mudahnya. Sewaktu di awal perkahwinan, kami memang musykil mengapa bayi masih tidak lekat-lekat tetapi kami masih tenang dan tidak terlalu panik sehinggalah keadaan ini berlarutan selama lebih setahun.
Kami mula bertindak berjumpa pakar di sebuah hospital terkemuka di Subang Jaya. Ujian sperma di laksanakan pada suami dan ultrasound dibuat untuk I. Kata doktor, result kami berdua normal! Jadi janganlah risau dan cuba lagi. Belum rezeki lagi tu. Setelah sekian lama memegang kata-kata doktor, I masih juga belum hamil. Dalam hati I terasa seperti tidak sedap, seolah-olah ada sesuatu yang menghalang I untuk hamil. Kemudian kami di perkenalkan dengan doktor pakar di Hospital UMRA oleh salah seorang kenalan suami. Nama doktor tersebut ialah Doktor Navdeep. Setelah diteliti kes kami, doktor menegaskan bahawa I ada PCOS! PCOS tu apa?
PCOS ialah singkatan bagi Polycystic Ovarian Syndrome, iaitu keadaan dimana ovari I mengandungi cyst-cyst kecil yang banyak sehingga menyukarkan telur untuk bersenyawa. Antara perubahan pada badan I ialah berat badan naik mendadak! Ye betul, selepas kahwin, berat I memang naik hingga 10kg! Badan I yang dahulunya slim, betul-betul nampak naik membesar dengan ketaranya sehingga ada saudara mara yang menyangkakan I ni sudah berbadan dua. Sebenarnya gemuk semata!
Macam-macam ubat yang I perlu makan. Dan I perlu jalani macam-macam prosedur. Duit habis beribu. Nanti I cerita dengan lebih lanjut mengenai rawatan PCOS dalam entri yang lain. Setelah berbulan-bulan menjalani rawatan, Doktor menyuruh I membuat test kehamilan menerusi Urine Test. Masa ni memang tak terfikir sangat sama ada negative atau positive, lebih-lebih lagi bila dah terlalu kerap mendapat test yang negatif.
Tiba-tiba, test kali ini POSITIVE!! Allahuakbar! I menangis peluk suami I. I terkejut, terkedu dan pada masa yang sama cukup bersyukur apabila Allah makbulkan doa kami. Dan seterusnya bermulalah episod perubahan pada badan I.
Untuk pengetahuan semua, pada minggu pertama dan kedua kehamilan selalunya Urine Test masih belum dapat mengesan kandungan HCG di dalam air kencing. Sekiranya anda tidak sabar dan membuat ujian air kencing pada ketika ini, keputusan selalunya akan negatif dan anda akan sedih sahaja. Oleh itu, lebih baik sabar dahulu dan perhatikan perubahan pada badan anda untuk sebarang tanda-tanda awal kehamilan. Dibawah ini adalah tanda-tanda awal kehamilan yang I alami sebelum urine test I bertukar positif. Jom kita lihat:
1) Badan berangin atau bergas
Perubahan ini adalah yang paling ketara sekali. I mula perasan tiba-tiba badan I ni penuh sahaja dengan angin. Tak kiralah apa I buat setiap kali pasti I akan sendawa dan ini terjadi seawal bangun subuh lagi sehinggalah sebelum tidur! keadaan ini agak kurang menyenangkan. Pernah sekali I makan durian dan I sendawa tak berhenti sepanjang hari berbau durian! pening I dibuatnya. Keadaan ini berlarutan sehingga 3 bulan pertama kehamilan I.
2) Terasa sakit berdenyut pada payu dara
Selalunya rasa sakit pada payu dara ni berlaku apabila wanita akan datang haid. Cuma yang membezakan sakit haid dan kehamilan ialah, kesakitan pada bahagian puting. Sakit dia mild sahaja tetapi berdenyut-denyut. Semasa I belum tahu I hamil, I ada rasa sakit pada payudara I, tetapi I ingatkan period I dah nak sampai. Sampai la satu hari tu, sakit tu jadi lain macam pula sebab attack pada puting. Mula lah terdetik dalam hati I adakah I ni hamil? Tapi I masih sabar lagi. I tunggu sehingga minggu I sepatutnya period untuk lihat samada period I datang atau tidak. Kalau tidak tu, I dah standby siap-siap dengan urine kit.
Selain daripada itu, I sedar terdapat perubahan pada size aerola iaitu ia yang semakin besar, dan warnanya semakin gelap
3) Cramp di bahagian rahim
Semasa process penempelan embryo, bahagian rahim akan terasa cramp seolah-olah nak period. Process ini tidak la sakit. Cuma rasa macam ketat dan keras di bahagian bawah pusat tu.
4) Merasakan pergerakan ringan di dalam rahim
Pergerakan ringan ni sangatlah minor. kadang perasan kadang tidak. I boleh rasakan ada pergerakan seolah-olah berenang-renang ke kiri atau kanan rahim. Mulanya I rasa pergerakan itu macam angin sahaja tetapi sudah tiga kali kehamilan, I betul-betul boleh rasakan ada pergerakan sebenar dan seminggu kemudian, ujian UTP I pastinya positif.
5) Spotting dan cepat letih
Tiga kehamilan pertama, I tiada langsung masalah spotting. Spotting ini ialah warna perang darah yang keluar seperti hari-hari terakhir period. Agak menggusarkan jugalah, sebab kita boleh salah anggap kebrangkalian itu petanda bakal period sedangkan itu petanda kehamilan. Kehamilan kali yang keempat I mengalami spotting sehingga kandungan mencecah 8 minggu. So I cuma banyakkan berehat, baring dan tidur sahaja. Memang lemah pun keadaan ketika ini.
6) Period tidak muncul
Apabila I mengalami kesemua tanda-tanda awal kehamilan seperti di atas, dan apabila tiba tarikh yang sepatutnya I period, namun period tak juga kunjung tiba, barulah I ambil ujian air kencing di rumah menggunakan test kit yang dibeli di farmasi sahaja. Masa ni memang berdebar-debar. I tinggalkan sahaja kit tersebut di atas sinki, tarik nafas panjang dan baru I berani nak tengok resultnya. Tanda positif adalah dua line manakala tanda negatif adalah satu line. Boleh refer pada packaging test kit masing-masing.
Lain orag lain simptom kehamilan. Semua yang I tulis di atas ni merupakan simptom diri I sendiri. Kalau ada sebarang kegusaran atau kesakitann melampau, tolonglah refer pada doktor yang pakar. JANGAN AMBIL UBAT SEBARANGAN TANPA PENGAWASAN DOKTOR.
Kalau anda sudah mengandung, tahniah! kalau belum lagi, jangan putus asa. Rezeki Allah itu luas. InsyaAllah.
Lots of Love,
Heartiza
sedang usaha utk hamil.. doakan sy..
BalasPadam