Short Life Updates


Assalamualaikum dan hello semua! Sorry lama tak update blog, I have been so busy and have some news to share with all of you. Tiap-tiap hari memang nak sangat update blog tapi faktor kesihatan tak mengizinkan. Tambah pula sekarang ni tengah MCO, jadi laptop I banyak digunakan untuk kelas PDPR anak dari pagi sampai ke petang. Bila masuk malam pula I banyak nak berehat. Adakalanya I busy siapkan articles.

Sekarang ni, I memang sibuk dengan banyak perkara. hehe. Jom la I update pasal diri I kejap:

1) We are expecting!

Haa bila I cakap kesihatan I tak mengizinkan, I sebenarnya sedang mengandung! ALhamdulillah. Cabarannya mengandung di musim covid ni masyaAllah stress betul rasa. We have planned this pregnancy for a very long time sebenarnya. Ramai pula yang ingatkan unplanned almaklumlah musim MCO semua orang duduk rumah. Asalnya nak conceive in 2020 tapi covid hits the country so bad kan masa ni. So kitorang pun delay kejap.

Kemudian, I kene buat breast biopsi sebab doktor terjumpa ketulan kecil di sebelah kiri breast I. So we decided to clear on that lump first baru start pregnant. Alhamdulillah the lump is not dangerous. And during Oktober 2020 macam tu negara kita dah start rasa normal balik kecuali masih perlu buat penjarakan sosial. Covid dah tak menyerang teruk mcm dulu lagi. Until.....

Covid spiked semula semasa pilihan raya di Sabah. Malas dah nak komen pasal ni. We proceed je lah dengan plan to be pregnant ni. So, in January 2021, I finally got two lines on my pregnancy test kit. Alhamdulillah.

2) Husband transferred to another department

Macam-macam kitorang plan untuk 2021 ni. Pada penghujung tahun 2020, my husband dapat job offer dengan sebuah company oversea. Sesudah fikir panjang dan solat istikharah, we decided its time untuk dia tukar kerja. Ye lah, nak cari kerja sangatlah susah kan. dah dapat ni takkan tanak cuba. So oklah, we accept it. He was supposed to start in April 2021. Waktu ni I memang mabuk teruk sangat. Sekolah pula dah buka. Alhamdulillah suami mmg banyak sangat tolong menguruskan anak-anak masa ni. I terbaring, muntah, pening, dan mabuk. Kerja baru suami memerlukan dia Work From Home sahaja, so kami plan untuk sama2 di rumah jaga anak dan bekerja. Ye lah I betul2 tak larat. 

Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Lagi 3 hari sebelum memulakan kerja baru, tempat kerja baru tu email untuk terminate my husband effectively because condition covid yang makin teruk. Hence, they see no future venturing into business in Malaysia. So they will refund one month salary to my husband. A lot of damage have been done. My husband terpaksa minta company dia yg dia baru berenti tu untuk ambil dia semula. Alhamdulillah mereka terima. Tetapi he will be transferred to another department. 

Dan MasyaAllah, the new department tu buat dia busy sangat-sangat. Pagi petang siang malam dia kerja. Sedih jugalah sebab job offer asalnya dapat kenaikan gaji. Seiring dengan planning kitorang nak tambah ahli baru dalam rumah ni. Tapi bila masuk balik company lama, department baru, gaji masih sama. I dengan muntah2 dan mabuk2 terpaksa kuatkan diri untuk menguruskan anak2. Mujur jugaklah selepas Raya Aidilfitri, keadaan I bertambah baik. Nanti I cerita pengalaman sepanjang I mengandung  dalam post yang lain k.

3) I mula cari part time job

Since I kesian my husband sorang je cari duit, I decided untuk buat part time job dari rumah. I join freelancing websites tapi I tak dapat apa-apa2 job yang I boleh commit. Kemudian, hadir seorang kawan I buat freelancing dan memerlukan bantuan sebab kerja dia banyak. So I accepted! best jugaklah ada kawan dan kerja dari rumah ni. I mula bulan jan-feb. Tetapi bila I semakin teruk mabuk, I terpaksa stop ambil apa2 job. 

Pada bulan April I kembali ambil freelancing job daripada my friend. Kali ni I dapat job landing page writing. I suka sangat buat landing page writing! Happy lah, dari segi income I dapatlah dalam $25 untuk satu article. Kalau I rajin pulun buat article banyak-banyak,banyaklah income yang I dapat. Tapi ikut kemampuan I, I cuma boleh submit 3-5 article dalam sebulan. Susah ye wfh dengan anak2.

Kemudian I terfikir tentang Young Living. I sememangnya pengguna YL sejak tahun 2019 tetapi tak pernah terpikir untuk berbusiness. So I approach my leader dan mintak tunjuk ajar. And with that, I am officially a YL distributor. Tetapi sesungguhnya nak carik duit ni susah ye. Tak semua orang convince dengan product macam YL ni. So I have to do a lot of sharing. 

Mintak tolong korang semua doakan I okay, nanti I sharing banyak-banyak pasal YL. I am so in love with the products and there is so much I would like to share the benefits of these oils dengan all of you.


Toodles,

Heartiza


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA