Sebab Kami Memilih Bersalin Di Hospital UMRA Shah Alam 2021

Assalamualaikum,

Hai semua! I'm sure korang dah maklum yang I baru sahaja melahirkan anak yang ke-3. Anak I pun dah berusia 50 hari. Comel sangat masyaAllah. I suka bayi ni sebab dia senang nak jaga berbanding kanak-kanak. Asalkan cukup susu, buang angin, buang air dan cukup tidur, bayi tersebut pasti tidak meragam.

Ini adalah kali ke-3 I melahirkan anak di Hospital UMRA Shah Alam. Kali pertama adalah pada tahun 2014. Asalnya kami ke Hospital UMRA pasa tahun 2013 untuk rawatan kesuburan. Di sana ada seorang pakar fertility Doctor Navdeep (Lelaki ya) namanya. Nak jumpa beliau bukan senang, dia hanya datang di hospital tersebut pada hari tertentu sahaja. Dan pesakit beliau memang ramai. Dah alang-alang ke UMRA untuk rawatan kesuburan, kami pun teruskan sahaja check-up bulanan di sana sebaik sahaja mengetahui akan kehamilan kami yang pertama.

Gambar hospital UMRA yang diambil daripada capaian Google.

Pernah juga buka buku pink di Klinik Kesihatan Shah Alam pada tahun 2014, namun keadaan di sana sesak, parking sedikit, tandas tidak diperbaiki, dan beratur sangatlah panjang. Tambah pula staff-staff di sana tidak berapa friendly. Bila I tanya soalan, dijawab macam perlian. geram I. Stress setiap kali di sana. So kami decided untuk stick sahajalah check up di UMRA sampai bersalin.

Sebab-sebab mengapa kami memilih hospital UMRA:

1) Memandangkan kami pernah membuat rawatan kesuburan di sini, kami yakin dengan rawatan yang diberikan. Jadi kami teruskan sahaja. (Rawatan kesuburan yang kami buat disana adalah untuk merawat PCOS yang I hidapi)

2) Staff yang friendly. Ada satu staff yang suka bertanya khabar I. I senang betul dengan dia dan staff-staff lain. Staff di sini kebanyakannya wanita. Yang lelaki dikhaskan untuk jaga kaunter, tolak beg dan wheelchair, dan cleaner. Yang menjaga ibu-ibu dan bayi semuanya staff wanita. (Selesalah begitu bagi I Alhamdulillah)

3) Tandas bersih! masyaAllah ini paling penting bagi I. Sebab sepanjang kehamilan, I loya dan muntah-muntah yang teruk. Kalau tandas yg kotor dan busuk, makin loya I nak muntahkan. Jujur, tandas di UMRA kerap kali di cuci, sebab I selalu nampak cleaner masuk dengan mop setiap beberapa jam dan tandas di sana berbau wangi.

Bersih! ni toilet di ward atas. Toilet kat bawah pun bersih!

4) Harga yang berpatutan dan mengikut kemampuan kami. Bab ni subjektif sikit. Bila dikumpul resitnya memang jadi mahal la juga. Tapi dengan fasiliti dan kepakaran yang diberikan, I rasa berbaloi. Kos consultation sahaja RM80. Sekiranya ada ubat-ubatan harganya lebih lagi. Check up bulanan secara purata dalam RM100-RM200 (beserta ubat). Korang boleh refer harga pakej untuk tahun 2021 di bawah ni.


5) I senang dengan semua doktor-doktor di sana. Semua baik, dari segi rawatan dan nasihat. My favourite doktor is Doktor Suseela. Tinggi kurus orangnya. Berambut pendek kemas. Untuk pengetahuan korang, pembedahan ceasarean kebanyakannya dijalankan oleh doktor lelaki manakala kelahiran secara normal banyak dikendalikan oleh doktor wanita. Doktor yang menyuntik anaesthesia juga merupakan lelaki.

6) Lokasi yang dekat dengan rumah kami. Hospital UMRA terletak di seksyen 13 manakala kami tinggal di seksyen 9. Perjalanan hanya memakan masa 10 minit.

7) Wad cantik, kemas, dan toilet bersih.


Memandangkan I dah 3 kali bersalin dan check up di sana. Tipulah kalau I kata everything sempurna. Memang ada some flaws pada mata I. I listkan dekat bawah ni ya untuk rujukan korang.

Kekurangan Hospital UMRA:

1) Pakej yang disediakan termasuk makanan untuk 3 kali sahaja untuk pesakit. Tiada makanan untuk minum petang atau break time. Tak seronok bila kita sebagai pesakit perlu memikirkan tentang makanan sendiri. Sebab bila I compare dengan SDMC, SDMC ada menyediakan biskut dan air panas untuk mengisi perut.

2) Salah faham tentang bilik. I dah alami dua kali salah faham ni, pada kelahiran anak kedua dan kelahiran anak ke3. I minta bilik lain, tapi dapat bilik lain. I siap tunjuk pakej yang I nak beserta harga tetapi bila dapat bilik yang lain pula. Jadi bila dah masuk bilik lain, I memang terpaksa bertegas lah, bilik ni bukan yang I book. jadi barulah mereka tukar.

Dapat juga bilik yang I nak. Asalnya dapat bilik lain. Ini selepas I request tukar bilik.

3) Ruang rawatan selepas bersalin hanya sekadar ruangan bertirai. Kan kalau lepas bersalin, doktor nak check up pada hari ke4, so kita perlu datang ke hospital. I hanya ditempatkan di ruangan rawatan bertirai je. yang mana kalau buka tirai tu org luar ramai sedang menunggu. Agak kurang privasi disitu.

4) Pesakit sangat ramai. Staff juga ramai. Ruangan lobi tu jadi sempit. SOP perlu jaga sendiri ya. Dan kadang ruang rawatan Bilik 6 penuh dengan staff. Sukar untuk penjarakan sosial.

Inilah lobi Hospital UMRA. kecil sahaja. Gambar diambil dari capaian Google.

5) Perlu uruskan uri sendiri. Selepas bersalin Uri diberikan dalam plastik. Untuk bilik biasa, tiada peti ais untuk simpan uri. Memandangkan esok baru nak balik, takkan nak biarkan uri di luar lama-lama. FYI, Kami ambil bilik yang ada peti ais. 

6) Makanan dalam pakej hanya ada 3 meal. Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam. Sekiranya anda pulang lewat pada keesokkan harinya, tiada makanan di sediakan. Nak order dari hospital pun dah tidak sempat. Pandai-pandai manage sendiri ya.

7) Air panas tidak disediakan. Hanya air masak. Nak bancuh milo kena request air panas setiap kali. Yang ini I rasa nasib I kot, sebab sepatutnya ada air panas memandangkan termos ada disetiap bilik.

8) Giliran check up mengambil masa yang lama terutamanya ketika ramai pesakit. Kalau tak ramai memang sekejap sahaja. Rasanya ini dimana-mana pun sama, cuma bilik doktor banyak di UMRA, jadi I expect rawatan sepatutnya laju kerana ramai doktor yang merawat.

9) Tiada parking kalau datang lambat! Perlu bayar parking on time untuk mengelakkan saman MBSA. KAMI KENA SAMAN! huhuuu. hadap je la.

Harap-harap apa yang I share ni bermanfaat untuk semua. I memang selesa dengan Hospital UMRA. Untuk check up bulanan memang terbaik. Untuk melahirkan, bagi I bagus dan cukup memadai. Kalau rate, I would say, 8/10.

Thank you Hospital UMRA for the pleasant stay and delivery. Nanti I share pengalaman bersalin pula ya!

Toodles,

Heartiza





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI BUTTERMILK SHELLOUT YANG SEDAP, BERLEMAK DAN PEDAS

Pengalaman menjalani BIOPSI PAYUDARA