PENINGNYA PKPB NI? APA YANG BOLEH, APA YANG TIDAK BOLEH??
Hello dan Assalamualaikum, Korang pastinya sudah sedia maklum yang kes Covid di negara kita sudah mececah lebih 2000 kes SEHARI dengan sekurang-kurangnya satu kematian SEHARI. Jujur I katakan, ini sangat menyesakkan jiwa, kerana I sudah sangat tepu duduk dirumah, tanpa pergaulan dengan rakan-rakan dan hanya berhubung melalui media sosial sahaja dalam tempoh masa yang panjang. Honestly, I cannot see the end of this anytime soon. Yang paling tidak menyeronokkan ialah pergerakkan yang terbatas kerana Selangor kini berada di zon merah, maka pergerakkan merentas daerah adalah dilarang sama sekali. Gambar diambil daripada instagram Kementerian Kesihatan Malaysia. Nasib baik rumah parents I hanyalah berada 5 minit daripada rumah I, which means dapatlah I kerap ke sana. Namun hati I masih memikirkan keadaan mertua yang berada jauh di Bangi. Rumah kami berlainan daerah, mertua di daerah Hulu Langat dan Kami di daerah petaling. Bagaimana untuk kami pulang ke sana sepanjang PKPB ini?? Mujurlah ka...