Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Unit Trust

KELAYAKAN MELABUR DALAM UNIT TRUST

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Hari ni ada lagi information mengenai Unit Trust yang I nak ajar. Hihi, free je kelas Unit Trust I. Boleh baca banyak-banyak kali sehingga paham. Aneway, jom I recap balik mengenai Unit Trust. Unit Trust ni dalam erti kata lain, korang masukkan sejumlah wang/dana untuk dikembangkan dalam jangka masa yang panjang (lebih daripada 5-7 tahun). Melabur di dalam Unit Trust ada dua cara iaitu melalui wang tunai dan melalui Akaun 1 KWSP. Pelaburan melalui KWSP mempunyai syarat-syarat tertentu. Mereka yang layak melabur melalui KWSP ialah: 1) Berwarganegara Malaysia, Permanent Resident atau bukan warganegara yang menjadi member KWSP sebelum 1 Ogos 1998.  2) Berusia 55 tahun dan kebawah. 3) Mempunyai simpanan yang mencukupi di dalam KWSP.  4) Membuat pelaburan melalui kaunter atau agent bertauliah. 5) Pelaburan minimum ialah RM1,000. Selain itu, duit simpanan Akaun 1 KWSP tidaklah kesemuanya boleh dilaburkan. Jumlah yang dilaburkan tertakluk kepada basic savin...

CARA-CARA MELABUR DI UNIT TRUST/UNIT AMANAH

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Untuk yang sudah biasa menyimpan wang, pastinya anda sering mengetepikan sejumlah wang sebagai simpanan sebelum membelanjakan yang lain. Namun, tidak semua orang dikurniakan wang lebihan untuk dijadikan simpanan, rata-rata ramai yang perlu membayar pelbagai hutang bulanan, termasuk menyara anak dan isteri sehinggakan wang untuk disimpan tidak ada. Mujurlah di Malaysia, KWSP diperkenalkan untuk membantu rakyat menyimpan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencecah usia persaraan.  Dua entry yang lepas I dah explain mengenai Unit Trust, mesti korang yang baca sudah faham serba sedikit mengenai Unit Trust ni yang juga merupakan platform untuk menyimpan wang melalui PELABURAN.   Hari ini, I nak ajar mengenai cara-cara untuk membuat pelaburan Unit Trust. Tahukah anda, Unit Trust mempunyai dua cara untuk membuat pelaburan? Cara yang pertama ialah: 1) SECARA WANG TUNAI Kaedah ini sesuai buat mereka yang mempuny...

KENAPA PERLU MELABUR DI DALAM UNIT TRUST?

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Di dalam entry yang lepas, I ada explain mengenai apakah yang dimaksudkan dengan Unit Amanah/ Unit Trust. Kalau nak tahu boleh klik ke pautan ini  KENALI UNIT TRUST  . Hari ini I nak ceritakan pula mengapa perlu kita melabur di dalam Unit Trust. Rata-rata kita semua sedar akan keperluan menabung pada masa sekarang untuk keselesaan di masa hadapan. Namun, adakah tabungan itu mencukupi? Di manakah tempat simpanan yang dapat memaksimumkan simpanan kita di masa tua nanti? Adakah memadai untuk menyimpan wang sekadar di bank atau di bawah bantal? Sebagai seorang yang bijak, ketahuilah, dengan hanya menyimpan wang, kita tidak akan sempat untuk mengumpul jumlah yang besar untuk menampung keperluan di masa hadapan. Oleh itu, membuat pelaburan adalah satu cara yang terbaik untuk menggandakan wang simpanan. Ada pelbagai kaedah untuk melabur. Antara yang sering digunapakai ialah Pelaburan Emas, pelaburan ke Akaun Tabung Haji, pelaburan ASB, pelaburan KWSP dan pe...

KENALI UNIT TRUST ATAU UNIT AMANAH

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Kalian pernah mendengar perkataan Unit Trust atau Unit Amanah/Amanah Saham? Unit Amanah ialah satu pengumpulan duit /dana daripada pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama melalui Pengurus Fund yang professional. Dalam erti kata lain kita memberikan kepercayaan kepada orang lain untuk melaburkan duit kita supaya dapat dikembangkan. Pelaburan Unit Amanah ini berkonsepkan jangka panjang, atau secara logiknya seperti KWSP, biarkan duit anda berkembang dan jangan keluarkan duit sehingga masa tua anda nanti. Unit Amanah ini mempunyai konsep yang sama dengan pelaburan ASB dimana kita meletakkan wang simpanan untuk dikembangkan, tetapi yang membezakannya ialah keuntungan yang kita peroleh. Untuk ASB, keuntungan diterima di dalam bentuk Dividen dan bonus manakala untuk Unit Amanah, keuntungan diterima di dalam bentuk dividen dan kenaikan harga unit dana. Unit Amanah diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah yang dipantau oleh Seruhanjaya Sek...