Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel beg

BEG DAN ALAT TULIS PERCUMA DARI TAWAS UNTUK DARJAH SATU 2021

Imej
Beg Sekolah TAWAS Korang yang ada anak lahir pada tahun 2014 semestinya anak korang akan memasuki ke Tahun 1 pada tahun hadapan kan? Samalah dengan I. Anak sulung I akan memasuki darjah 1 tahun hadapan. Sebak jugalah rasanya cepat betul dia membesar. Masa dia lahir dulu kami ada daftarkan dia Tabung Warisan Anak Selangor "TAWAS".  TAWAS merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. Program ini terbuka kepada anak-anak kelahiran negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak mencecah usia 3 tahun. Apabila permohonan telah diluluskan, ibu bapa boleh mengambil kad SiManja bersama-sama dengan Penyata Simpanan TAWAS bernilai RM1,500. RM1,500 ini boleh dikeluarkan apabila anak sudah mencecah usia 18 tahun. Sekiranya ahli TAWAS meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun, Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM1,500 akan diberikan kepada waris ahli TAWAS. ( Pengenalan TAWAS  )  Untuk pengetahuan korang