Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pasar malam

RESEPI ROTI JOHN

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Ramai tak yang suka makan roti john? Dulu masa kecil-kecil, roti john ni menu wajib setiap kali pergi ke pasar malam. Dulu rasa unik betul makan roti panjang berinti dan banyak mayonais. Sedap betullah. Banyak pula tu sebab dia dijual sangat panjang. Sesuai di kongsi seisi keluarga. Selain itu, roti john juga sinonim dimakan menjadi juadah berbuka puasa. Maka harini, I bawakan menu nostalgik iaitu roti john. Roti john ni memang di makan comot dan boleh berebut sesama anak-anak. Jom kita tengok resepi dan cara-cara membuat Roti John dirumah: Bahan-bahan Coleslaw: Sedikit Kobis Setengah batang Carrot 1 biji Bawang besar 2 sudu Mayonais (sukatan boleh agak-agak sendiri ye) Cara-cara membuat Coleslaw: 1) Hiris / Sagat nipis kesemua sayur-sayuran. Campur ke dalam satu mangkuk. 2) Masukkan mayonais. Kacau sebati 3) Ketepikan atau boleh letak dipeti ais sekiranya suka sejuk. Bahan-bahan Roti John: 5 ketul Roti Hotdog (Brand gardenia sangat sedap dan lembut) 1 ...