Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel spaghetti

RESEPI SPAGETI BOLOGNESE MEMIKAT SELERA ANAK

Imej
Hello dan assalamualaikum. Kebanyakan anak-anak kecil suka makan spageti kan? Ada macam-macam resepi spageti, ada yang dibuat carbonara, aglio olio dan yang paling famous sekali, bolognese. I ada resepi kuah spageti bolognese yang I olah sendiri untuk kesesuaian anak-anak. Sebabnya anak-anak I suka sangat makan spageti bolognese tetapi sering ketepikan sayur-sayur dan daging. Sebab itulah, untuk resepi kalini, I nak ajar buat spageti bolognese yang anak-anak pasti makan licin sebabnya kuah tu pekat kerana bahan-bahan semuanya sudah diblend. Nak blend semua pun boleh, nak blend separuh pun boleh. Secret ingredient untuk hasilkan kuah yang pekat likat ialah mushroom shitake. Jom kita mulakan! Bahan-bahan: Setengah biji bawang holland (terpulang pada size) 1 batang carrot 1 genggam mini tomato 5 ketul cendawan shitake (shitake ni ada aroma dia sendiri, kalau kurang minat, boleh tukar separuh dengan cendawan butang) 1 tin sos pasta ADABI (I sangat minat Adabi kerana rasanya lebih sedap) ...