DIY CHALKWALL UNTUK ANAK-ANAK MELUKIS DI DINDING
DIY CHALKWALL MENGGUNAKAN CAT! Semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), semakin banyak aktiviti-aktiviti yang tular di media sosial untuk rakyat Malaysia mengisi masa lapang. Ada juga yang berkongsi resepi, bermain tik tok, bercucuk tanam, dan yang paling I gemari ialah projek bina sendiri (DIY). Ada macam-macamlah projek tutorial yang ada di media sosial, dan yang paling I ingat ialah project DIY wainscoting. Ada bermacam pattern dan ada tutorial yang sangat complete dari segi di mana nak dapatkan material, harga material dan code warna cat. Mula-mula tu ada juga terpikir untuk buat feature wall wainscoting, tapi pikir punya pikir, kami tak berani lagi nak buat sendiri. Lagi-lagi ada anak kecil ni semestinya banyak gangguan. Kemudian, apabila PKP sudah dilonggarkan sedikit, I bawa anak-anak pergi ke rumah atok, sekali yang sulung katanya nak tidur sana sebab rindu atok nenek dan sepupu-sepapat. haha. Oklah, I bagi. Cuma si kecik sahaja yang ikut kami balik ke rumah. Malam...