Catatan

i-SINAR MEMBERI SINAR HARAPAN BUAT YANG MEMERLUKAN

Imej
Sumber daripada facebook KWSP Umum sudah mengetahui pengumuman yang dibuat oleh KWSP untuk membenarkan pencarum mengeluarkan sejumlah wang sehingga RM10,000 dari Akaun 1 demi kelangsungan hidup semasa situasi Covid ini. Walaubagaimanapun, ini tertaklut pada baki Akaun 1 yang tidak melebihi RM100,000. Tahun 2020 sememangnya tahun yang sangat mencabar buat semua, bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia. Selagi Covid ini masih di sini, selagi itulah kita perlu berhati-hati. Sektor ekonomi negara sudah pasti terjejas teruk terutamanya apabila kebanyakan perusahaan, semakin tersekat susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada Mac 2020. Rata-rata luahan rakyat yang kerungsingan untuk menjana pendapatan semakin meningkat, lebih-lebih lagi buat mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.  Susulan itu, kerajaan mendengar luahan hati rakyat yang terjejas dan meluluskan rayuan untuk mengeluarkan wang simpanan di KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 untuk pencarum yang layak. Ya, p...

RESEPI ROTI JOHN

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Ramai tak yang suka makan roti john? Dulu masa kecil-kecil, roti john ni menu wajib setiap kali pergi ke pasar malam. Dulu rasa unik betul makan roti panjang berinti dan banyak mayonais. Sedap betullah. Banyak pula tu sebab dia dijual sangat panjang. Sesuai di kongsi seisi keluarga. Selain itu, roti john juga sinonim dimakan menjadi juadah berbuka puasa. Maka harini, I bawakan menu nostalgik iaitu roti john. Roti john ni memang di makan comot dan boleh berebut sesama anak-anak. Jom kita tengok resepi dan cara-cara membuat Roti John dirumah: Bahan-bahan Coleslaw: Sedikit Kobis Setengah batang Carrot 1 biji Bawang besar 2 sudu Mayonais (sukatan boleh agak-agak sendiri ye) Cara-cara membuat Coleslaw: 1) Hiris / Sagat nipis kesemua sayur-sayuran. Campur ke dalam satu mangkuk. 2) Masukkan mayonais. Kacau sebati 3) Ketepikan atau boleh letak dipeti ais sekiranya suka sejuk. Bahan-bahan Roti John: 5 ketul Roti Hotdog (Brand gardenia sangat sedap dan lembut) 1 ...

RESEPI MI GORENG KESUKAAN RAMAI

Imej
Hello dan assalamualaikum. Sudah lumrah di Malaysia ini menikmati hidangan Mi Goreng. Boleh di makan semasa sarapan, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam. Mi Goreng memang mudah untuk disediakan, mungkin sebab itu juga ramai yang menghidangkan mi goreng kepada tetamu yang datang mengunjung. Untuk resepi kalini, I nak ajar you guys cara-cara memasak mi goreng yang sedap, cukup rasa, tidak pedas dan menjadi kegilaan anak-anak. Mi kuning yang I gunakan semestinya daripada Gardenia, Mi NuMee. Rasanya lebih enak kerana kenyal, tiada pewarna dan bahan pengawet. Jom kita mulakan! Bahan-bahan: 3 Bawang Merah (dikisar) 3 Ulas bawang putih (dikisar) 1cm halia (dikisar) 6 ekor udang/ sotong/ isi ayam (ikut cita rasa masing-masing) Fishball dan fishcakes secukupnya Daun Kucai dipotong Taugeh setengah mangkuk 1 paket NuMee 1 Mangkuk sawi (boleh guna kobis/carrot) Kicap manis (kipas udang) Sos Tomato Sos Cili Garam dan gula secukup rasa Air Cara-cara: 1. Panaskan minyak, tumiskan b...

RESEPI SPAGETI BOLOGNESE MEMIKAT SELERA ANAK

Imej
Hello dan assalamualaikum. Kebanyakan anak-anak kecil suka makan spageti kan? Ada macam-macam resepi spageti, ada yang dibuat carbonara, aglio olio dan yang paling famous sekali, bolognese. I ada resepi kuah spageti bolognese yang I olah sendiri untuk kesesuaian anak-anak. Sebabnya anak-anak I suka sangat makan spageti bolognese tetapi sering ketepikan sayur-sayur dan daging. Sebab itulah, untuk resepi kalini, I nak ajar buat spageti bolognese yang anak-anak pasti makan licin sebabnya kuah tu pekat kerana bahan-bahan semuanya sudah diblend. Nak blend semua pun boleh, nak blend separuh pun boleh. Secret ingredient untuk hasilkan kuah yang pekat likat ialah mushroom shitake. Jom kita mulakan! Bahan-bahan: Setengah biji bawang holland (terpulang pada size) 1 batang carrot 1 genggam mini tomato 5 ketul cendawan shitake (shitake ni ada aroma dia sendiri, kalau kurang minat, boleh tukar separuh dengan cendawan butang) 1 tin sos pasta ADABI (I sangat minat Adabi kerana rasanya lebih sedap) ...

RESEPI CUCUR SAYUR DAN SOS CICAH

Imej
Hello dan Assalamualaikum, I selalu tak tahu nak masak apa untuk sarapan pagi. Anak-anak ni pun kadang jemu selalu makan cereal, pancake dan nugget untuk breakfast. Kalau menu begini perlu pula masak lain untuk suami I. I pula yang penat terlajak nanti. Mulalah I cuba ingat apa makanan yang Ibu selalu hidangkan pada kami adik beradik. Teringat pula cucur sayur rangup Ibu. Cucur ibu ni memang rangup pada sayurnya. Sedap dan menyenyangkan. Kadang ditambah juga sedikit udang fresh untuk menambahkan protein. Yang lagi mengancam ialah Ibu padankan Cucur Sayur ini dengan Sos Pedas tetapi manis yang Ibu buat sendiri. Jenis-jenis sayur boleh ditukar mengikut selera masing-masing. Antara sayur yang sesuai untuk dibuat cucur ialah carrot, kobis, bawang, taugeh, daun kucai, isi jagung, kentang dan kacang panjang. Anda boleh olah resepi ini mengikut citarasa masing-masing. Selain itu, tepung juga boleh ditukar menggunakan tepung instant seperti cucur adabi. Kalau pakai tepung instant, hanya perlu...

RESEPI DALGONA KAYANGAN

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Tahun 2020 ini, telah viral di Tik Tok cara-cara membuat air nescafe susu yang dinamakan Dalgona. Dalgona dah jadi minuman ruji sepanjang PKP ni. Resepinya sangat mudah dan senang untuk mendapatkan bahan-bahannya. I pun tidak melepaskan peluang untuk merasai Dalgona ini. I sebenarnya tak meminati coffee tetapi sejak dalgona di perkenalkan, I jatuh cinta! Bila dirumah macam-macam style Dalgona I cuba sampailah I buat satu resepi Dalgona yang sangat sedap dah macam minum air di Starbucks pula feelingnya. I panggil ini sebagai Dalgona Kayangan. Peminat coffee pasti meminati resepi Dalgona Kayangan. Bila dah pandai buat sendiri, hari-hari rasa nak buat! Jom I kongsikan resepi Dalgona Kayangan: Bahan-bahan: 2 sudu nescafe instant 2 sudu gula 2 sudu air panas Choc milk (apa-apa brand kegemaran) Fresh milk (apa-apa brand kegemaran) Choc chips cookies (I pakai Black Craving Cookies) Ais Cara-Cara: 1. Masukkan nescafe, gula dan air panas dalam satu cawan 2. Whisk...

RESEPI DAGING DENDENG

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Korang pernah dengar tak daging masak dendeng? hehe bunyi dia kelakar sikit kan. Anak I sebut dinding. I dah ajar banyak kali pun dinding juga yang disebutnya. Dulu-dulu masa I kecil, ibu I selalu masak rendang ayam setiap kali Hari Raya. Sampailah suatu hari tu, Ibu masak daging berwarna hitam gelap dan berkilat. Katanya ni juadah yang dia belajar daripada sahabat dia semasa sahabat dia memenangi pertandingan memasak. Nama juadah ni ialah DENDENG. Pertama kali I makan, memang terus jatuh cinta. Sedap sangat hingga makan pun bertambah-tambah. Sejak dari hari itu, setiap kali raya pastinya Dendeng menjadi juadah utama bersama-sama Nasi Impit. Ibu akan memasak dendeng berkilo-kilo sekali gus untuk diberikan kepada saudara-mara. Bila I dah besar, I belajar masak dendeng ni. Nampak senang tapi sangat meletihkan. Tapi bila orang puji, MasyaAllah betul-betul berbaloi masak di dapur. I juga pernah menjual dendeng. Kebanyakkan customer I akan order dendeng apabila ma...