Catatan

PETUA UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN GOOGLE ADSENSE DENGAN MUDAH

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Harini I nak kongsikan pengalaman I apply untuk Google Adsense . Korang pernah dengar tak Google Adsense? Google Adsense adalah program pengiklanan yang dikendalikan oleh Google. Untuk blogger macam I, Google Adsense merupakan satu medium untuk menjana pendapatan semasa berblogging dengan anda membenarkan pihak Google meletakkan iklan pada blog anda. Anda akan menerima bayaran berdasarkan iklan-iklan tersebut. Secara umum, lebih ramai yang membaca blog anda, lebih banyaklah peluang anda untuk menjana pendapatan daripada hasil pengunjung mengklik ke dalam iklan. Masa I mula blogging I langsung tak tahu mengenai Google Adsense. I cuma blog untuk kepuasan hati dalam bidang penulisan. Maklumlah suri rumah kan, kalau dapat menulis tu rasa macam menyembang dengan orang. Tapi disebabkan blogging pun ambil masa yang lama, I terpikir kan bagus kalau boleh jana pendapatan melalui blog, barulah rasa berbaloi. Jadi, I mula mencari cara-cara untuk menjana pendapatan melal...

KAFE IGAUAN : HARGA BERPATUTAN, MENU MENARIK DAN SEMESTINYA SEDAP!

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Korang pernah tercari-cari kedai makan yang sedap dengan harga yang berpatutan tak? Selalunya kalau sedap tu mesti harganya pun mahal kan. Kadang tu viral sahaja yang lebih, harga dah la mahal tapi rasa tak sedap pun! Bila terjadi macam ni mesti rasa nak marah dan semestinya tak akan repeat makan di kedai itu. I selalu terkena macam tu. Pergi ke kedai kerana viral, kemudian rasanya tidaklah sedap seperti yang diwarwarkan. Untuk elakkan marah, I selalu tanam dalam hati untuk redha sahajalah mungkin sedap pada tekak orang lain, tapi tak kena pada tekak I. Bukan rezeki I lah kiranya kan. Tapi harini, I nak kenalkan pada korang satu kedai yang pada I, rasanya sedap, portion mengenyangkan dan yang paling penting harga yang berbaloi! I dah banyak kali order dari kedai ni dan so far rasanya memang maintain sedap. Nama kedai ini ialah KAFE IGAUAN yang terletak di Shah Alam, Selangor. Kafe Igauan terkenal dengan menu nasi berlauknya yang pelbagai.  Sebelum Kafe I...

PENGALAMAN ANAK MASUK KE TAHUN SATU SEMASA PKP

Imej
Hello parents! Amacam, sesi persekolahan 2021 dah bermula kan? Ok tak tu online class? Untung kanak-kanak tadika swasta dibenarkan ke sekolah. Sekurang-kurang dapatlah anak-anak ini bergaul dengan rakan sebaya sambil belajar. Teringat pula zaman I masa tadika dulu-dulu. Masa di tadika, I menangis setiap hari sebab I tak suka dipaksa memakai tudung. (tadika ni tadika islamik) kemudiannya perlu solat setiap kali di sekolah, I kan refuse pakai tudung, jadinya nak solat pun I refuse. Aduhh bila dah besar ni malu pula perangai macam tu. Sedangkan rakan sebaya elok sahaja bertudung dan solat! Lama-kelamaan my mom pun berhentikan I daripada tadika. So sebenarnya I tak habiskan sekolah tadika. Bila kawan-kawan lain graduasi tadika, I tak peduli apa pun. haha.  Kemudian I terus masuk ke tahun 1, ini pun drama juga. I menangis meraung satu sekolah boleh dengar agaknya. I nangis-nangis sampaikan my mom perlu tunggu di tepi kelas setiap hari. I tak ingat ini berlarutan sampai bila tapi agak la...

KENA BUANG KERJA? GAJI KENE POTONG? NAK CARI DUIT? - JOIN GLOW PENJANA SEKARANG!

Imej
Selama ni, I sangatlah tertanya-tanya tak ada ke mana-mana platform yang provide skill-skill biasa untuk dijadikan income dari rumah. Sebabnya I tau tak semua orang ada fleksibiliti untuk keluar rumah terutamanya semasa PKP ni. Sekarang ni ramai yang ada basic skills seperti pandai gunakan komputer, fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dan cekap menggunakan Microsoft Word, Excel dan Power Point. Macam I ni suri rumah, kalaulah ada job simple macam data entry, copy writing atau calculations yang boleh beri I duit. Ataupun untuk yang professional services macam engineering, AutoCad, design logo, video editing, perakaunan dan sebagainya.  Dan dua minggu lepas persoalan I ni akhirnya terjawab juga. Rupanya ada platform macam ni! Korang pernah dengar tak Global Online Workforce (GLOW) PENJANA atas inisiatif MDEC, HRDF dan Ministry of Human Resource Malaysia? I baru sahaja tahu pasal GLOW ni minggu lepas dan laju-laju I terus mendaftar. Jom I introduce pada korang tentang GLOW P...

KELAYAKAN MELABUR DALAM UNIT TRUST

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Hari ni ada lagi information mengenai Unit Trust yang I nak ajar. Hihi, free je kelas Unit Trust I. Boleh baca banyak-banyak kali sehingga paham. Aneway, jom I recap balik mengenai Unit Trust. Unit Trust ni dalam erti kata lain, korang masukkan sejumlah wang/dana untuk dikembangkan dalam jangka masa yang panjang (lebih daripada 5-7 tahun). Melabur di dalam Unit Trust ada dua cara iaitu melalui wang tunai dan melalui Akaun 1 KWSP. Pelaburan melalui KWSP mempunyai syarat-syarat tertentu. Mereka yang layak melabur melalui KWSP ialah: 1) Berwarganegara Malaysia, Permanent Resident atau bukan warganegara yang menjadi member KWSP sebelum 1 Ogos 1998.  2) Berusia 55 tahun dan kebawah. 3) Mempunyai simpanan yang mencukupi di dalam KWSP.  4) Membuat pelaburan melalui kaunter atau agent bertauliah. 5) Pelaburan minimum ialah RM1,000. Selain itu, duit simpanan Akaun 1 KWSP tidaklah kesemuanya boleh dilaburkan. Jumlah yang dilaburkan tertakluk kepada basic savin...

KANAK-KANAK YANG MENDOMINASI YOUTUBE

Imej
Sedar tak sekarang ni YouTube memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Lebih-lebih lagi dunia yang sedang tenat di landa Covid, anak-anak kebosanan duduk di rumah maka mereka mencari alternatif lain untuk menghilangkan bosan, iaitu dengan menonton YouTube! I bukan nak bash any parents, sebabnya I pun samalah macam tu juga. Anak-anak I sibuk main handphone/ipad/ Tv semuanya untuk tengok You Tube. Cuma di rumah I control anak-anak I untuk tengok YouTube Kids sahaja. You Tube I bagi tengok bila I ada bersama kalau tidak, I takut mereka terdedah dengan video yang bukan-bukan pula. Bila kat rumah ni anak-anak banyak melayan YouTube Kids, I pun samalah tengok. Sekarang ni memang ramai betullah YouTuber kanak-kanak. Anak-anak I suka tengok channel YouTuber berbanding tengok cartoon. Harini I nak senaraikan antara channel YouTube Kids yang anak-anak I sangat fan tegar! 1) LITTLE BIG TOYS (5.04mil subscribers) Bug bersama Ibu Bapany...

CARA-CARA MELABUR DI UNIT TRUST/UNIT AMANAH

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Untuk yang sudah biasa menyimpan wang, pastinya anda sering mengetepikan sejumlah wang sebagai simpanan sebelum membelanjakan yang lain. Namun, tidak semua orang dikurniakan wang lebihan untuk dijadikan simpanan, rata-rata ramai yang perlu membayar pelbagai hutang bulanan, termasuk menyara anak dan isteri sehinggakan wang untuk disimpan tidak ada. Mujurlah di Malaysia, KWSP diperkenalkan untuk membantu rakyat menyimpan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencecah usia persaraan.  Dua entry yang lepas I dah explain mengenai Unit Trust, mesti korang yang baca sudah faham serba sedikit mengenai Unit Trust ni yang juga merupakan platform untuk menyimpan wang melalui PELABURAN.   Hari ini, I nak ajar mengenai cara-cara untuk membuat pelaburan Unit Trust. Tahukah anda, Unit Trust mempunyai dua cara untuk membuat pelaburan? Cara yang pertama ialah: 1) SECARA WANG TUNAI Kaedah ini sesuai buat mereka yang mempuny...