Catatan

AKTIVITI PKP: Berkebun

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Sepanjang PKP apa hobi terbaru yang korang baru ceburi? Untuk I, semestinya memasak. Dulu sebelum PKP I masak biasa-biasa sahaja sebab suami kerja, hanya perlu makan malam di rumah, kemudian anak I ada lunch di tadikanya, so I masak apa yang ada sahajalah untuk I dan anak bongsu I. Tapi bila masuk PKP, semua orang ada di rumah, maka dari pagi hingga ke malam I memang busy betullah di dapur. Ada hari yang I rajin mencuba macam-macam menu menarik, ada hari yg penat, I masak lah simple-simple ataupun foodpanda sahaja. Bila ada masa terluang, I akan ziarah my parents yang duduk berdekatan je dengan rumah I. Terkejut I bila tengok kawasan tepi rumah my dad dah dijadikan KEBUN! Menarik betul, macam-macam pokok ditanamnya terutamanya sayur-sayuran. Hasil tangan my dad selalu menjadi. Bangga betul rasanya. Dulu sebelum PKP dia suka main golf tetapi sejak PKP katanya tak boleh nak main golf jadi badan dah tak berpeluh, so dia mula berkebun. Kalau orang muda boleh exer...

AKTIVITI PKP: Main Masak-Masak

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Apa aktiviti yang korang dah buat sepanjang PKP kali ni? Sejujurnya kali ni jadual I sangatlah padat kerana my eldest daughter dah masuk darjah satu. Jadi I busy pagi petang untuk kelas online. Bila dah masuk weekend, dapat lah I berehat dan buat aktiviti yang I suka cumanya retricted sikit sebab anak-anak pun ajak bermain sama.  Memandangkan hujung bulan nanti hari jadi anak kedua I, I plan nak cuba buat kek sendiri. Alang-alang anak kedua I ni suka masuk dapur, maka kami berdua pun buat la kek sendiri from scratch sebabnya I nak practiselah dulu, I bukannya terus pandai buat kek. Mana tau kalau tak jadi, sempat la I nak tempat orang lain buatkan kek hari jadi dia. I gunakan resepi Kek Oren daripada Che Nom. Korang boleh google resepi tu kat blog dia. Simple sangat step dia sebab tu I confident nak buat dengan my son. Resipi ni I olah sikit sebab I nak letak coating cream cheese disekeliling kek tersebut dan kek tersebut nak berwarna oren dan biru cair s...

PETUA UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN GOOGLE ADSENSE DENGAN MUDAH

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Harini I nak kongsikan pengalaman I apply untuk Google Adsense . Korang pernah dengar tak Google Adsense? Google Adsense adalah program pengiklanan yang dikendalikan oleh Google. Untuk blogger macam I, Google Adsense merupakan satu medium untuk menjana pendapatan semasa berblogging dengan anda membenarkan pihak Google meletakkan iklan pada blog anda. Anda akan menerima bayaran berdasarkan iklan-iklan tersebut. Secara umum, lebih ramai yang membaca blog anda, lebih banyaklah peluang anda untuk menjana pendapatan daripada hasil pengunjung mengklik ke dalam iklan. Masa I mula blogging I langsung tak tahu mengenai Google Adsense. I cuma blog untuk kepuasan hati dalam bidang penulisan. Maklumlah suri rumah kan, kalau dapat menulis tu rasa macam menyembang dengan orang. Tapi disebabkan blogging pun ambil masa yang lama, I terpikir kan bagus kalau boleh jana pendapatan melalui blog, barulah rasa berbaloi. Jadi, I mula mencari cara-cara untuk menjana pendapatan melal...

KAFE IGAUAN : HARGA BERPATUTAN, MENU MENARIK DAN SEMESTINYA SEDAP!

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Korang pernah tercari-cari kedai makan yang sedap dengan harga yang berpatutan tak? Selalunya kalau sedap tu mesti harganya pun mahal kan. Kadang tu viral sahaja yang lebih, harga dah la mahal tapi rasa tak sedap pun! Bila terjadi macam ni mesti rasa nak marah dan semestinya tak akan repeat makan di kedai itu. I selalu terkena macam tu. Pergi ke kedai kerana viral, kemudian rasanya tidaklah sedap seperti yang diwarwarkan. Untuk elakkan marah, I selalu tanam dalam hati untuk redha sahajalah mungkin sedap pada tekak orang lain, tapi tak kena pada tekak I. Bukan rezeki I lah kiranya kan. Tapi harini, I nak kenalkan pada korang satu kedai yang pada I, rasanya sedap, portion mengenyangkan dan yang paling penting harga yang berbaloi! I dah banyak kali order dari kedai ni dan so far rasanya memang maintain sedap. Nama kedai ini ialah KAFE IGAUAN yang terletak di Shah Alam, Selangor. Kafe Igauan terkenal dengan menu nasi berlauknya yang pelbagai.  Sebelum Kafe I...

PENGALAMAN ANAK MASUK KE TAHUN SATU SEMASA PKP

Imej
Hello parents! Amacam, sesi persekolahan 2021 dah bermula kan? Ok tak tu online class? Untung kanak-kanak tadika swasta dibenarkan ke sekolah. Sekurang-kurang dapatlah anak-anak ini bergaul dengan rakan sebaya sambil belajar. Teringat pula zaman I masa tadika dulu-dulu. Masa di tadika, I menangis setiap hari sebab I tak suka dipaksa memakai tudung. (tadika ni tadika islamik) kemudiannya perlu solat setiap kali di sekolah, I kan refuse pakai tudung, jadinya nak solat pun I refuse. Aduhh bila dah besar ni malu pula perangai macam tu. Sedangkan rakan sebaya elok sahaja bertudung dan solat! Lama-kelamaan my mom pun berhentikan I daripada tadika. So sebenarnya I tak habiskan sekolah tadika. Bila kawan-kawan lain graduasi tadika, I tak peduli apa pun. haha.  Kemudian I terus masuk ke tahun 1, ini pun drama juga. I menangis meraung satu sekolah boleh dengar agaknya. I nangis-nangis sampaikan my mom perlu tunggu di tepi kelas setiap hari. I tak ingat ini berlarutan sampai bila tapi agak la...

KENA BUANG KERJA? GAJI KENE POTONG? NAK CARI DUIT? - JOIN GLOW PENJANA SEKARANG!

Imej
Selama ni, I sangatlah tertanya-tanya tak ada ke mana-mana platform yang provide skill-skill biasa untuk dijadikan income dari rumah. Sebabnya I tau tak semua orang ada fleksibiliti untuk keluar rumah terutamanya semasa PKP ni. Sekarang ni ramai yang ada basic skills seperti pandai gunakan komputer, fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dan cekap menggunakan Microsoft Word, Excel dan Power Point. Macam I ni suri rumah, kalaulah ada job simple macam data entry, copy writing atau calculations yang boleh beri I duit. Ataupun untuk yang professional services macam engineering, AutoCad, design logo, video editing, perakaunan dan sebagainya.  Dan dua minggu lepas persoalan I ni akhirnya terjawab juga. Rupanya ada platform macam ni! Korang pernah dengar tak Global Online Workforce (GLOW) PENJANA atas inisiatif MDEC, HRDF dan Ministry of Human Resource Malaysia? I baru sahaja tahu pasal GLOW ni minggu lepas dan laju-laju I terus mendaftar. Jom I introduce pada korang tentang GLOW P...