Catatan

Anak Ketagih Gadget: Kesan dan Cara Mengatasi

Hello dan Assalamualaikum, Hari ini I nak bincangkan satu topik yang serius dalam dunia keibu-bapaan, iaitu ketagihan anak dengan gadget. Zaman sekarang penggunaan internet adalah satu kemestian dan keperluan dalam kehidupan seharian.  Internet pula hanya boleh dilayari dengan penggunaan gadget seperti telefon bimbit, komputer, komputer riba, ipad, tabs, dan juga jam tangan. Dengan wujudnya internet, sudah cukup untuk membuat anak-anak kecil ketagih gadget. Seram kan? Ya, memang betul internet juga ada kebaikannya, tetapi bukannya untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Penggunaan gadget secara berkala tidak mengapa asalkan dengan pengawasan dan dalam lingkungan waktu yang tertentu. Tetapi penggunaan yang berlebihan dan tanpa kawalan akan memudharatkan anak-anak suatu hari nanti. Sejujurnya anak I sendiri pun ketagih gadget! Ketika itu anak sulung I baru berusia setahun. Kami sudah dedahkan dia dengan youtube seawal bayi lagi, tetapi hanyalah untuk menonton nursery rhymes, seperti chan

Kenali Petanda Awal Kehamilan

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Ada tak di antara wanita-wanita di sini yang sedang dalam proses untuk hamil? Kehamilan sememangnya sesuatu yang ditunggu-tunggu buat bakal ibu dan bapa. Sesetengah wanita sangat mudah untuk hamil manakala buat sebahagian pula, kehamilan merupakan suatu proses yang lama dan sulit. Jujur buat I, kehamilan tidak datang dengan mudahnya. Sewaktu di awal perkahwinan, kami memang musykil mengapa bayi masih tidak lekat-lekat tetapi kami masih tenang dan tidak terlalu panik sehinggalah keadaan ini berlarutan selama lebih setahun. Kami mula bertindak berjumpa pakar di sebuah hospital terkemuka di Subang Jaya. Ujian sperma di laksanakan pada suami dan ultrasound dibuat untuk I. Kata doktor, result kami berdua normal! Jadi janganlah risau dan cuba lagi. Belum rezeki lagi tu. Setelah sekian lama memegang kata-kata doktor, I masih juga belum hamil. Dalam hati I terasa seperti tidak sedap, seolah-olah ada sesuatu yang menghalang I untuk hamil. Kemudian kami di perkenalkan

AKTIVITI PKP: Berkebun

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Sepanjang PKP apa hobi terbaru yang korang baru ceburi? Untuk I, semestinya memasak. Dulu sebelum PKP I masak biasa-biasa sahaja sebab suami kerja, hanya perlu makan malam di rumah, kemudian anak I ada lunch di tadikanya, so I masak apa yang ada sahajalah untuk I dan anak bongsu I. Tapi bila masuk PKP, semua orang ada di rumah, maka dari pagi hingga ke malam I memang busy betullah di dapur. Ada hari yang I rajin mencuba macam-macam menu menarik, ada hari yg penat, I masak lah simple-simple ataupun foodpanda sahaja. Bila ada masa terluang, I akan ziarah my parents yang duduk berdekatan je dengan rumah I. Terkejut I bila tengok kawasan tepi rumah my dad dah dijadikan KEBUN! Menarik betul, macam-macam pokok ditanamnya terutamanya sayur-sayuran. Hasil tangan my dad selalu menjadi. Bangga betul rasanya. Dulu sebelum PKP dia suka main golf tetapi sejak PKP katanya tak boleh nak main golf jadi badan dah tak berpeluh, so dia mula berkebun. Kalau orang muda boleh exer

AKTIVITI PKP: Main Masak-Masak

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Apa aktiviti yang korang dah buat sepanjang PKP kali ni? Sejujurnya kali ni jadual I sangatlah padat kerana my eldest daughter dah masuk darjah satu. Jadi I busy pagi petang untuk kelas online. Bila dah masuk weekend, dapat lah I berehat dan buat aktiviti yang I suka cumanya retricted sikit sebab anak-anak pun ajak bermain sama.  Memandangkan hujung bulan nanti hari jadi anak kedua I, I plan nak cuba buat kek sendiri. Alang-alang anak kedua I ni suka masuk dapur, maka kami berdua pun buat la kek sendiri from scratch sebabnya I nak practiselah dulu, I bukannya terus pandai buat kek. Mana tau kalau tak jadi, sempat la I nak tempat orang lain buatkan kek hari jadi dia. I gunakan resepi Kek Oren daripada Che Nom. Korang boleh google resepi tu kat blog dia. Simple sangat step dia sebab tu I confident nak buat dengan my son. Resipi ni I olah sikit sebab I nak letak coating cream cheese disekeliling kek tersebut dan kek tersebut nak berwarna oren dan biru cair seper

PETUA UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN GOOGLE ADSENSE DENGAN MUDAH

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Harini I nak kongsikan pengalaman I apply untuk Google Adsense . Korang pernah dengar tak Google Adsense? Google Adsense adalah program pengiklanan yang dikendalikan oleh Google. Untuk blogger macam I, Google Adsense merupakan satu medium untuk menjana pendapatan semasa berblogging dengan anda membenarkan pihak Google meletakkan iklan pada blog anda. Anda akan menerima bayaran berdasarkan iklan-iklan tersebut. Secara umum, lebih ramai yang membaca blog anda, lebih banyaklah peluang anda untuk menjana pendapatan daripada hasil pengunjung mengklik ke dalam iklan. Masa I mula blogging I langsung tak tahu mengenai Google Adsense. I cuma blog untuk kepuasan hati dalam bidang penulisan. Maklumlah suri rumah kan, kalau dapat menulis tu rasa macam menyembang dengan orang. Tapi disebabkan blogging pun ambil masa yang lama, I terpikir kan bagus kalau boleh jana pendapatan melalui blog, barulah rasa berbaloi. Jadi, I mula mencari cara-cara untuk menjana pendapatan melal

KAFE IGAUAN : HARGA BERPATUTAN, MENU MENARIK DAN SEMESTINYA SEDAP!

Imej
Hello dan Assalamualaikum, Korang pernah tercari-cari kedai makan yang sedap dengan harga yang berpatutan tak? Selalunya kalau sedap tu mesti harganya pun mahal kan. Kadang tu viral sahaja yang lebih, harga dah la mahal tapi rasa tak sedap pun! Bila terjadi macam ni mesti rasa nak marah dan semestinya tak akan repeat makan di kedai itu. I selalu terkena macam tu. Pergi ke kedai kerana viral, kemudian rasanya tidaklah sedap seperti yang diwarwarkan. Untuk elakkan marah, I selalu tanam dalam hati untuk redha sahajalah mungkin sedap pada tekak orang lain, tapi tak kena pada tekak I. Bukan rezeki I lah kiranya kan. Tapi harini, I nak kenalkan pada korang satu kedai yang pada I, rasanya sedap, portion mengenyangkan dan yang paling penting harga yang berbaloi! I dah banyak kali order dari kedai ni dan so far rasanya memang maintain sedap. Nama kedai ini ialah KAFE IGAUAN yang terletak di Shah Alam, Selangor. Kafe Igauan terkenal dengan menu nasi berlauknya yang pelbagai.  Sebelum Kafe Igaua

PENGALAMAN ANAK MASUK KE TAHUN SATU SEMASA PKP

Imej
Hello parents! Amacam, sesi persekolahan 2021 dah bermula kan? Ok tak tu online class? Untung kanak-kanak tadika swasta dibenarkan ke sekolah. Sekurang-kurang dapatlah anak-anak ini bergaul dengan rakan sebaya sambil belajar. Teringat pula zaman I masa tadika dulu-dulu. Masa di tadika, I menangis setiap hari sebab I tak suka dipaksa memakai tudung. (tadika ni tadika islamik) kemudiannya perlu solat setiap kali di sekolah, I kan refuse pakai tudung, jadinya nak solat pun I refuse. Aduhh bila dah besar ni malu pula perangai macam tu. Sedangkan rakan sebaya elok sahaja bertudung dan solat! Lama-kelamaan my mom pun berhentikan I daripada tadika. So sebenarnya I tak habiskan sekolah tadika. Bila kawan-kawan lain graduasi tadika, I tak peduli apa pun. haha.  Kemudian I terus masuk ke tahun 1, ini pun drama juga. I menangis meraung satu sekolah boleh dengar agaknya. I nangis-nangis sampaikan my mom perlu tunggu di tepi kelas setiap hari. I tak ingat ini berlarutan sampai bila tapi agak lama j